Sunday, June 29, 2014

Menu berbuka : Resepi karipap telur rangup ala bazar ramadhan step by step

Assalamualaikum dan salam ramadhan..

Alhamdulillah, selesai sudah hari pertama kita berpuasa. Menu berbuka puasa kami hari ini yang simple-simple jek iatu nasi ayam madu dan karipap telur rangup. Karipap ni di request dari papa tau. Dah lama juga mama x buat karipap.Berkurun lah jugak..haha.padahal bahan-bahan die bukan lah susah sangat pun smpi jarang-jarang nak dibuat. Biasalah kan, bila berpuasa, macam-macam nak makan.Dok terbayang pasar ramadhan aka param kat malaysia, lagi lah membuak-buak nak makan ni lah makan tu lah..haha. Perasaan membuak-buak nak makan masakan malaysia cuisine ni memang normal klu duduk di perantauan..lagi bahan tuh limited edition, lagi tuh lah nak try masak itu dan ini..hihi

Karipap tok ibu mmg sgt digemari seluruh ahli keluarga kami. Saiz die yang agak besar, inti yang padat siap bertelur lagi dan kulit yg rangup mmg kalau makan panas-panas confirm tak cukup satu tau. Kata tok ibu, penggunaan telur iu, selain dari menambah selera,  inti pun boleh dijimatkan..hahaa. Klu nak tahu, tok ibu klu buat kuih karipap laju sepantas kilat, entah mama x perasan bila die buat inti, bile die kelim, tahu dah siap goreng jek..haha.sbb tuh klu masa di malaysia mmg xsempat nak nuntut ilmu..Bila dah kat perantauan ni, baru lah sibuk2 terhegeh2 nak belajar masak lah buat karipap lah..hihi..Tok ayah pula kata, dari kecik moyang abg Naufal dan adik ica jual karipap untuk mencari rezeki..Sebab itu lah jugak adik beradik tok ayah semua ada bakat terpendam mengelim karipap dengan cantik..Sadly, bakat mengelim mmg x diwarisi oleh mama..kahkah. Tak lupa arwah maktok Naufal pun pandai sgt buat karipap tp arwah pergi sblm mama dewasa utk belajar apa jua masakan istimewa dari Maktok. Alfatihah.

Tutup sejarah karipap, jom kita belajar mcm mana nak buat karipap telur rangup paling sempoi. Inspirasi karipap telur daripada resepi  tok ibu. Nak dapat resepi yang tepat measurement dari mak-mak kita mmg xdelah kan..Balik-balik mesti depa akan kata ala agak-agak lah masak kan. xakan lah nak ukur berapa cm berapa ketui and etc etc kan..haha.letih letih..hihi..camtu terpaksa lah mama try and error yer tak...harap-harap dpt lah pujian daripada papa dan perut mama..jadilah..hihi

original karipap telur tok ibu biasanya aka menggunakan inti kentang dan daging. Tapi kali ini mamarasa mama nak mix inti kentnag dengan inti peberet mama iaitu ubi keledek. Bagi mama, klu karipap keledek mama lebih suka gunakan udang kering or ikan bilis dan if mama makan karipap kentang pula,  lebih suka gunakan daging cincang dan ayam. Jadi sebab mama nak ada dual rasa kentang dan keledek ubi manis, mama akan gabungkan daging dan udang kering..hehe..Jom bongkar bahan apa yang ada dalam gerobk dapur.zazzzzz

Bahan-bahan inti karipap telur sempoi
  • 1 biji ubi keledek manis jepun
  • 2 biji kentang
  • Daging cincang
  • 2sb udang kering yang ditumbuk lumat
  • 2 1/2 serbuk kari daging
  • 3sb cili yang diblend gan bawang besar dan bawang putih
  • daun cellery atau sup
  • 2 1/2 cawan air lebih kurang
  • buat syarat sedikit daun kari
  • garam dan gula
Bahan kulit karipap rangup 
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cawan marjerin yang di panaskan
  • sedikit air sejuk dlm peti atau boleh gunakan ais
  • garam
Cara penyedian inti karipap

1. Inilah watak utama as inti karipap yang akan digunakan iaitu encik ubi keledek manis dan puan ubi kentang. Potongkan dadu yang sama saiz supaya tekstur ubi adalah konsisten dan kemudian rendamkan.


2. Sementara puan dan encik ubi direndamkan, kita boleh sediakan bahan untuk menumis pula seperti yang disenaraikan di atas. Perhatian, cili paste tuh xdelah guna satu bekas yer..Saja kebetulan mama buat lebih utk stok senang nk guna bila-bila nanti. Gambar hiasan dibawah ni, terlupa plak nak masukkan telur rebus.hihi


3. Lepas tuh, kita dah boleh start tumis. Mcm tumis masak kari sama jek. Panaskan minyak, tumis cili paste hingga garing. Pastu masukkan paste kari dan sambung menumis. Dah pecah minyak, masukkan lah udang kering dan daging cincang. Daging ni klu nak rasa best lagi , kita boleh gunakan daging yang kita cincang halus dan sebahagian di potong cecomel, barulah bila kita makan, uwah ada tekstur  yang berbeza. chewah idea ni mama tiru dari masterchef..iklan ulak sekejap ye. Bila daging nampak dah kecut, masukkan lah encik dan puan ubi-ubi kita. Diikuti dengan air. Perasakan dengan garam ,gula dan bubuh lah  herba cellery utk bangkitkan bau yg semerbak. Biarkan  masak dan kacau sesekali sehingga ubi-ubi kita empuk.

Taraa ini lah my humble inti yg moist gitu.


Cara penyedian kulit karipap

Panaskan marjerin dalam kuali. Kemudian kita ambil satu bekas masukkan tepung, garam dan sedikit gula dan buatkan lubang ditengahnya. BIla marjerin dah cair aka panas, curahkan ke lubang tadi dan ambil garfu gaul-gaul. Agak-agak dah sejuk, gaulkan jek guna tangan dan pastikan adunan sekata dan jadi mcm bread crumb berketul-berketul mcm dlm gmbr kat bawah ni ok. Last sekali bubuh air sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh.


Bila dah jadi doh pula, bahagikan keada beberapa bentuk bulat-bulat. Mama dapat lebih kurang 10 ke 12 keping karipap saiz sederhana. Lepastu boleh lah start mencanai, sudukan inti n telur . Last step ready utk diklimkan. Inilah akibat rupa bentuk karipapku bila mengelim dan mencanai time anak-anak tengah berperang..hahaha.


Inti pula sengaja dibuat lebih dan simpan dlm fridge utk projek kuih moreh yg akan dtg..hehe..Siap karipap ku yang hodoh bila di goreng. Belive me, dont always judge a book by its cover tau..Try lah gigit baru tahu kerangupan dan kepadatan inti yang moist tuh..Bukan mama yang ckp tau, ini terstimoni dari papa.hehe


Alhamdulillah,selesai sudah dimakan waktu bebuka puasa tadi. Kita kasi zoom sikit kepadatan inti yang nyum nyum rasanya..hehe


Actually utk abam dan ica sempat lagi mama buatkan karipap kosong. Bukan karipap sgt, ala just canai bulat dan goreng. Cam pepedum pun ada rupanya papa kata.. Tapi x sempat nak bergambar, adik ica laju jek makan. 

Tak cukup dengan pepedum bulat, abam ratah tepi-tepi karipap sampai terbogel. Habis juga tiga karipap abam bogelkan.. Inti pula mmg die x layan langsung..Tak kene agaknye dengan jiwa taste die..hihi


Selamat berbuka puasa dan semoga ibadah puasa kita diterima oleh NYA. Insyaallah.

1 comment:

  1. Sedapnye karipap telur tu mama naufal n ica..mintak seketul dua boleh..hehehe

    ReplyDelete