Wednesday, August 27, 2014

Kisah Naufal & Kelas Kumon di Jepun


Assalamualaikum & Ohaio Gozaimasu ;)

Esok genap sebulan setengah  Naufal di kelas Kumonnya. Mama start hantar Naufal ke kelas Kumon masa bulan ramadhan hari tu dan hari ni pula dah nak abis bulan syawal.  Sekejap jek masa berlalu. huhu. Mama sempat selitkan Naufal dalam summer program yang ditawarkan oleh Kumon di mana dpt extra empat kali kelas dengan bayaran normal untuk sebulan iaitu 6000 yen. Kumon ni takde yuran pendaftaran dan any hidden fee. Bila register terus boleh start belajar.

Ini pula kelegkapan belajar semua termasuk dalam yuran bulanan kecuali E-pencil ;)


Bila masa umur naufal genap tiga tahun pada hari kelahirannya mei lepas, mama dah start pasang niat untuk hantarkan naufal belajar or join mana-mana play group. Play group pun xsemudah yang disangkaka untuk di cari di sini dengan kekangan bahasa. huhu.

Bagi mama tak rugi untuk menghantar anak kita menimba ilmu tak kira lah ilmu itu berbentuk fromal or tak formal, apa sahaja bidang ilmu kerana ia sangat meluas. Hasrat mama dan papa tertunda dua bulan disebabkan macam-macam masalah yang tak dapat dielakkan. hihi. Pada mulanya, memang tak sangka Naufal akan join kelas kumon sebab mama selalu fikirkan nak join  kindergarden at least atas empat tahun dan bla bla. Maka, ada kemungkinan naufal x dpt join mana-mana activity disebabkan baru berumur tiga tahun selain daripada hantarkan ke taska. Kadang-kadang mama dan papa pernah juga rasa ahh tunggu jek balik malaysia dan sekolahkan di sana lagi bnyk pilihan.

Sampailah satu ketika, selepas hasrat yang tertunda selama dua bulan, entah macam mana tiba-tiba pada hari yang sama mama hantarkan marissa untuk dapatkan suntikan pnemococal di klinik berhampiran, dapat semangat yang trigger mama untuk menuju ke kumon untuk survey dan buat lawatan tapak. Ketepikan sifat nervous yang x boleh berbahasa nihongo, ketepikan sifat malu kerana saya adalah foreigner dan alhamdulilah bertemu dengan sensei yang mmg fasih berbahasa inggeris dan friendly. Lepas sensei explain what is Kumon all about especially for 3 years old boy like naufal mmg rasa teruja n yakin sgt inilah yg terbaik utk abang. Bila papa balik dan kami berbincang tentang subjek yang nak pilih iaitu english sbg permulaan. Ketepikan pemikiran yang mana "lagi berapa bulan nak balik rugi jek hanto" hihi.. Tak rugi lah sebenarnya sebab percayalah ilmu xpernah rugi klu kita cari. Insyaallah.

Berbalik pada cerita Kumon. Kumon ni disini adalah antara salah satu program after school yang terkenal di Jepun. Ada bnyk lagi program after school daripada syarikat2 lain yang lebih kurang mcm Kumon, ada juga aktiviti bersukan dan sebagainya. Tapi kumon mmg bersepah-sepah cawangannya di sini.

Mengikut pemahaman mama, mudah jek kumon ni lebih pada latih tubi subjek Matematik, english dan Jepun. Macam tusyen tapi bukan tusyen..haha ..Apa tuh? hah, Latih tubi  berbentuk worksheet yang diberikan mengikut potensi dan tahap anak-anak kita sendiri dan kaedah yang digunakan adah untuk develop self learners skill.

Dalam seminggu ada dua kali kelas yang perlu dihadiri Naufal iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Selebihnya, Naufal perlu siapkan homework di rumah. Setiap sessi kelas pula bergantung pada berapa lama boleh concentrate utk siapkan aktiviti yang disediakan pada hari tersebut. Paling cepat dalam setengah jam, paling lama sejam setakat ni. Sememangnya sensei sgt ambil berat tentang pelajar baru mcm Naufal, jadi abang diminta awal sblm kelas bermula untuk menyesuaikan diri. Sementara tggu naufal abis kelas, mama n adik ica sekodeng dari luar or jalan2 kat kedai2 yang berhampiran.

Sebulan yang lalu, hari pertama naufal ke kelas kumon yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Masa tu iras muke nampak happy tapi tak tahulah berapa lama die boleh concentrate nanti..hehee.. Sempat juga berposing ala ninja depan pintu kelas. yeehaa org nak g skool ;) hehe


Hari pertama mama dan papa join tgk abang belajar dan cuba fahamkan apa konsep yang cuba disampaikan. Naufal dicadangkan untuk start dari level satu. Aktiviti pertama naufal buat adalah belajar sesuaikan utk pegang pensel dan start dari worksheet yang paling simple.

Mama sangat suka dengan pendekatan yang kumon gunakan. xde pulak mendesak untuk belajar ABC seperti yang mama sangkakakn utk umur mcm Naufal. Back to basic ikut kesesuain dan potensi individu.


Lepas muka agak dah bosan, belajar vocabulary pula guna E-pencil. Pensil tuh ada lagu-lagu. Bila pointkan kat buku, die akan sebut dan naufal perlu repeat. Macam ni lah rupanya untuk level Naufal.



Sensei akan baca jek walaupun Naufal tak mahu repeat  ke tgk tempat lain ke or bla bla (very shy untuk bercakap or maybe conflict bahasa) . Iyelah atleast dpt dengar pun jadilah. Listen kan part of learning..Tak gitu?  hehe..Klu xdpt concentrate lagi, sensei akan guna kaedah flash card. Mama nya mmg seronok, tapi untuk naufal concentrate mmg sgt mencabar n menguji kesabaran.

Lepas tuh klu Naufal cemerlang dlm kelas dan siapkan semua activiti, dapatlah upah main puzzle heehehe.. Bagi main pun ketat jek mukenye nak abiskan.huhu


Sessi belajar berakhir pun depends pada concentration berapa lama naufal ambil masa untuk siapkan semua worksheet dan buku aktiviti. Paling x sabar bila sensei akan kata, u are done naufal for today and u can go back..haha..Balik rumah siap sedia lah dengan homework yang menimbun..huhu. Homework ni okei sgt bagi mama, sedikit sebanyak ia bagi mama idea mcm mana nak start ajar anak di rumah termasuklah membaca dan latih tubi.




Cabaran mama di Kumon pula adalah bila masa kes naufal meragam di dalam kelas. Moody. Nangis nak balik dan penat..huhu..Nak spend quality time setengah jam pun bukan semudah yang disangkakan..hahaha..Cabaran kedua pula, kita ada destroyer klu mama stay kat dalam kelas. kihkih. Hah ye, ica lah sibuk nak sekolah sekali ;P


So far dah sebulan setengah Naufal di Kumon ada nampak kemajuan walaupun bukanlah drastik tp still mama percaya itu adalah peningkatan dalam dirinya . Antaranya yang paling latest sensei kata naufal dah pandai pegang pensel (sebelum ni start menggunakan crayon) dengan cemerlang and request nak sit like big boy. X mahu dah duduk meja kecik..;P hee. Yang kedua nya paling ketara Naufal yang dahulu nye mulut ada emas, sekarang dah boleh repeat vocab..sangat sugoiii..sensei pun gembira bila Naufal dah ada confident utk berckp serta kenal vocabulary yang disebut. Alhamdulillah..Lepas sebulan kot..;P hihi. Bekenaan dengan latih tubi, Naufal mampu untuk belajar berdikari dan fokus untuk habiskan worksheet sehingga 10 pages. Kalau sebelum ni hanya mamp buat lima dah menangis dudk bawah kerusi..Besyukur sgt dengan perubahan Naufal di dalam kelas ;)


Lepas balik kelas, mestilah kene tuntut upahnye..haishhh. Upahnye sama ada nak man beskal ngan jiran, g playground or paling takkpun teman mama beli  grocery ;)


Jom buat throwback : Naufal start dengan worksheet yang atas paling kiri sekarang dah boleh sambung dotdot.


Inilah contoh worksheet yg abam baru jek buat tadi..menarik dan kreatif ;)


Lepas sebulan join program summer, tebal macam ini yang abang dah buat. Unexpected much but still proud of u  ;). Dulu crayon sekarang dah naik taraf pencil. Sharpener tuh present from sensei for his achievement ;)


Mama bersyukur, rutin harian Naufal sudah mula terisi dengan aktiviti/ homework walaupun hanya beberapa minit . Kalau dulu mama xde idea nak tackle apa yang naufal minat. balik-balik tgk Naufal asyik main game, i pad dan kartun 24 jam. tension juga mama..Huhu. Alhamdulillah, sekarang seminggu dua kali ke kumon, selebih harinya buat latih tubi di rumah.  Skill berbasikal pun dah bertambah laju sejak bawa basikal sendiri ke kumon ;) hehe

Yang pasti kami akan merindui kelas kumon yang hanya tinggal sebulan.

Teruskan usaha anakku semoga berjaya dunia akhirat. Amin.

Wallahualam.

2 comments:

  1. Salam,
    Nak tanya, boleh tak kalau saya daftarkan anak di Kumon untuk subject Nihonggo sahaja? Mereka boleh aturkan silibus begitu, tak?

    Terima kasih,
    Amir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      sorry for late reply..
      Boleh..kita boleh pilih sama ada utk ambil subjek nihongo, english or math..Anak saya cuma ambil subjek english sahaja..Saya pasti kumon ada silibis utk anak tuan..Cubalah ke cawangan terdekat kumon..;)

      Delete