Sunday, September 27, 2015

Kedai Baju Murah Di Jepun


Assalamualaiukum dan Kombawa!!

Pada Ibu-ibu yang mencari baju murah-murah dan tidak kisah pada branded, di Jepun ini anda boleh berkunjung ke kedai baju Elfin Doll atau nama jepun nya NitsiMatsuya. Tersangat lah murah baju-baju kat sini especially kalau ada sale. Actually, cawangan kedai ini memanag bersepah termasuklah masa kami duduk di Chiba dulu. Senang jek nak perasan, kalau nampak logo rabbit macam dalam gambar kat atas tu, betullah itu kedainya.

Buktinya, lihat apa yang mama dah beli dalam masa kurang sejam..haha..Ini lah nama nya damag. Walaupun mama mula nya agak sedih duduk di Tsuruga sebab out circuit, tapi kesedihan terubat sikit lepas jumpa kedai ini hasil exploration berbasikal hari ini..hihi..


Mama borong baju tidur Abang dan Ica..Kebetulan memang tengah nak carikan baju tidur budak-budak, tambah pula sekarang dah nak masuk mid autumn, so baju-baju summer (which is sesuai utk pakai di Malaysia) tersangat lah murah. Dah dapat 50% pada tag, bila kat kaunter dapat lagi 50%..yehooo..Berbaloi2 dan boleh lompat bintang..

Mama suka style baju tidur kat sini sebab seluar die ada getah sampai kat perut which is klu baby tersangatlah bagus fungsi nya..boleh elak kembung perut / masuk angin kata orang tua-tua..

Selain daripadakedai Elfin Doll, jika anda duduk di kawasan bandar, kedai-kedai baju yang berbaloi untuk dikunjungi di Jepun (bukan di Malaysia ;P) ialah seperti berikut ;-

1. Akachan Honpo ( Serba Serbi Kelengkapan baby) 
2. Uniqlo for baby and kids
3. Gap ( Beli time Lucky Cuopon, mmg terbaik!! )
4. Old Navy
5. H&M ( boleh dpt baju cute-cute dgn harga duit syiling jek ;P)
6. Next ( Klu xde sale better beli online terus dari UK site sbb di Jepun double harga nya)
7. Mothers way
8. Aeon

Tapi kedai-kedai kat atas ni memang bertuah lah badan kalau jumpa kat kampung Tsuruga ni..haha..bagus juga, selamat mama dari damage.;P.hihi..Baju-baju budak memang murah di Jepun belum kes kalau pi outlet lagi kan.. Perlu  di ingat beli masa sale..Memandangan Jepun ialah negara empat musim, maka setiap kali tukar musim kebiasanya ketika peak, mmg akan ada sale giler-giler.dan harulah memebli time itu ;)

Berbeza  di Malaysia, mama beli baju baru utk anak-anak bila ada ocassion, macam raya ke nak pergi bercuti ke dsb.. Di jepun, boleh tukar baju setiap musim sebab selalu ada sale ;P..Sebab tuh juga bnyk kedai secondhand kat sini, baju xsempat buruk, dah di jual ke kedai secondhand sebab sentiasa beli ikut musim dan juga anak-anak cepat membesar..Duduk negara empat musim, mmg xrecommend beli baju anak besar (macam org tua selalu berpesan, beli lah besar sikit sebab budak cepat membesar) sebab klu anda beli baju besar, xsempat anak anda nak padan, dah bertukr musim. Makanya, setahun kemudia, baru boleh pakai semula..al kisah..

Duduk di luar negara juga, anda bebas membeli barang branded kerana nilai matawangnya yang besar dan negara empat musim. Jadi beli barang branded adalah perkara normal berbeza dengan di Malaysia, bagi mama, kedai baju Gap mmg mama takut nak masuk ;( huhu...papa sue geleng kepala..kahkahkah

Kenangan berpaut kembali..10 weeks to go..

Wassalam..

Lot of  love,

Mama Ica dan Abam

No comments:

Post a Comment