Friday, September 19, 2014

Jelajah Tokyo with kids : Shinaga Aquarium





Assalamualaikum semua ;)
Good day everybody!!

Kenangan 15 hari terakhir di Jepun..Huwaa..

Ini cerita kelmarin sebenarnya. Sambil menyambil penat mama mengemas rumah dan packing barang yang x berkesudahan tuh, sempat jgk kami pi nengok ikan. Kes die macam ni, disebabkan dah janji dengan abam nak bawak tengok dolphin lerr. Lately ni bnyk sgt kehulu kehilir cari-cari barang sampai abam dah x larat nak masuk shopping mall dan kedai-kedai, memang muke ketat dan akan cepat-cepat ajak mama dan papa, abam nak balik rumah..hah kan, bila anak bujang dah pandai bercakap..Pastu papa pula pujuk anank, nanti papa bwk abam nengok dolphin macam kat tv nak? terus member melebar senyum smpi ke telinga..haha..sebab dah tersebut kan, kene lah tunaikan..ingt x elok berjanji klu x tunaikan walaupun dengan anak kecil..hehe..

Maka ke Shinagawa Aquarium lah rabu lalu. Ini merupakan jelajah aquarium kali ke tiga kami terjah di Jepun selain dari Yokohama sea life park dan Kasai Aquarium.

Memang x dapat dinafikan, kami sekelurga peminat aquarium no 1. haha. So far sepanjang aquarium yang kami dah pernah jelajah, no satu masih lagi di Jeju aquarium..memang kelas dan terbaik!! Kat Jeju pun sampai dua tempat gak kami sempat terjah berkenaan dengan hidupan laut ni..hehe...fanatik x? Di Auckland pula kami terjah hidupan di laut yg berkonsepkan underwaterworld..hehe..Yang paling best bagi mama tentulah aquarium yang plus sea life show sekali mcacam dolphin etc2..Aquaria di KLCC jew tak sempat terjah lagi..huhu

Sambung story Shinagawa Aquarium okei..selalu nak melalut dalam mukadimah ;P

Station train yang paling hampir dengan Shinagawa Aquarium adalah :



Kami sampai di sini lebih kurang 2pm. Lewat juga kami sampai hari tuh sbb badan letih pagi nak berjalan..pengsan terus terbabas sampai petang. Kelam kelibut jugak lah sebab show terakhir utk sea lion pukul 2.30 pm. huahua..So better sesiapa sahaja lepas ni nak ke Shinaqa Aquarium kene plan ur trip sbb takut terlepas show..rugi lah pula.



 Hoi sea lion say welcome hi to kami..kihkih..xsia-sia mama jalan laju2 sampai semput..hihi


Memandangkan kami dtg hari weekday, setiap interval satu jama akan ada show. So habis jek sea lion show, kami pun start jalan dari beginning semula sementara tggu lagi sejam utk next show by dolphin pula..hihi.

Kami habiskan masa di tingkat pertama dulu..saja-saje buang masa sejam kot layankan anak-anak semetara nk tggu dolphin beraksi. x sabar..x sabar..haha

Apa yang menarik perhatian abam dan ica antaranya :

Manyakknyer fish mama........;) Inilah segerombolan ikan sardin yg dok bnyk juai dalam tin di Malaysia and menu feberet kebiasaan bg x sempat masak.kikiki. Di Jepun, ikan sardin di jual fresh..punyelah manyak tulang tau..sbb tuh ada org masak ikan sardin gunakan pressure cooker smpi tulang jadi lembut..well xtahu lah sama ada masih ada khasiat or tidak klu dah masak terlalu lama..huhu


Hah, cicin kata abam.. Sebut betul-betul lah abang..Penguin..


 Punyerlah excited dua beradik nih kan..hehe


Gotcha!!..candid cute face by Ica.. pls abaikan awek baju maroon ok..hehe (macam mana eh nak blur kan muke awek tuh risou jadi big issue pula mana tahu awek ni terjumpe blog mama and claim, gambar tanpa izin..howaaa ) Bajet femes jek blog mama kata papa..whatever ;P


Then, tibalah masa utk tgk show yang abam n ica paling x sabar tunggu..kikikiki

Suggoii kan Dolphin ;) comel gegiler kot!!

Tiap kali Dolphin tunjuk bakat, mak-mak jepun, daddy2 jepun, anak2 jepun kompem paling semangat bersorak sugoiii!! mana lah anak-anak mama teruja giler menepuk tangan..hahaahah


Macam ahli gymnastik x? hehe


 Semngat x? lepas abis show pun sibuk nak tgk dolphin dekat-dekat..haha


Goodbye to dolphin..

Sambung jenjalan kat second floor pula..

Siapa nak feel walk under water? hehe papa yang paling excited..




cer teka siapa kat pokok tuh? 

Kelakar giler masa ni, bayangkan masa kami jalan-jalan feel tgk hidupan laut dlm hutan, tetiba abam berlari menjerit nagis dan takut keluar dari hutan..haha.terpinga2 mama n papa masa ni..apehal lah budak ni..rupenyer, masa mama tekan satu botton ni, abam org first yg nmpk pakcik tua kat pokok tuh..nasib x terkencing abang oii..hihi..lawak giler..



Last but not least, Shark pun ada..berbaloi-baloi.. ;P

Tolong mama ica, tgn mama kene gigit..hihi



Selesai sudah.. Shark ni paling last tank die dekat dengan pintu keluar..bye-bye Mr. shark yg berjaya buat abam ketakutan..hehe..Sebenarnya kami terlepas pandang, dah balik rumah baru perasan, selain dari show dari dolphin n sealion ada gak show utnuk seal dan underwater..hohoho..rugi ;(

overall, tempat die xberapa besar..sesuai utk habiskan bersama keluarga dalam masa dua ke tiga jam..

Pastu, boleh terus smbung lepaking kat luar dan bersolat di taman luar dari aquarium tuh. cantik sgt pemandangan kat luar tuh ;)




dah tak kuat lah nak dukung abam...huhu



Lepas magrib, perut dah lapor sgt..otw nak ke station terus terjah family mart beli burger ikan dan nasi telur utk bebusak..lapor sgt pas tgk ikan..haha


Perut dah kenyang, baru leh sambung jalan nak balik umah..

balik rumah lah sangat kan..

Sempat lagi  kami melencong berdating kat Ginza penat-penat tuh. ambik feel sblm balik Malaysia.kikiki


 Ginza view at night ;)


Wallahualam..

Wednesday, September 10, 2014

Finally, Abang Naufal is ready for the haircut!! yeah





Assalamualaikum..

Hai semua and kombawa..

Dua minggu lately ni, mama dan papa bizi sangat packing barang-barang untuk bawa balik Malaysia. Pening juga kepala nak fikirkan mana yang nak bawa balik, mana yang nak shipping, mana yang nak buang, mana yang nak juai jugak, mmg xlekang tangan. Ini semua dah jadi rutin overnight overtime mama dan papa bila dua beradik tidur baru dpt berkemas..haha..Bila siang hari pula, klu papa x ke skool, sibuklah uruskan segala mcm hal termasuk shopping apa yang patut utk bawa balik, terhegeh2 nak pi melawat tempat sana sini yang x dijelajahi lagi..haha..bayangkan lah bertapa masa xmenyebelahi kami...huhu..badan mama pula terasa lesu yang amat, mata pula dah mcm panda, pinggang pun feel mcm nak terpatah jek bila bangun tidur, makan dan masak pula ala kadar..huhu.

Tapi..ada tapinya, semangat mama xpernah terpadam nak share sesuatu dalam blog yang x seberapa ini. Lagi menghitung hari nak balik, lagi lah mama nak share macam-macam..huhu.

Alkisah petang tadi, mama dan papa berjaya pujuk abam untuk projek menggunting rambut. Yeehaaa, finally, pada usisa 3 tahun 4 bulan, abang dah ready untuk haircut. No tantrums, No shouting, No crying and No No No hates things..hehe.semuanya direlakan oleh Naufal. Langsung mama x sempat nak apply petua yang mama pernah tulis di sini disebabkan perangai abam yang sgt sugoiii!! hihi

Alhamdulillah, well, apa yang mama boleh kata cuma, bila masa itu tiba, dengan sendirinya anak kita akan sedia untuk menggunting rambut. Kalau nak flashback, dua bulan sebelum ni baru jek  bwk ke kedai sekali ngan ica ptg rmbut, tp end up dengan melalak n menjerit. Memang beraya lah hari tuh ngan rambut panjang tapi dpt cover ngan songkok..hehe.Klu kita paksa pun susah hairdresser nak mengunting..anak pun x happy yer tak..

Berdebar juga masa nak bawak ke kedai sbb tkt kes abam geleng kepala,  xmahu gunting dan nangis kuat-kuat..oh tidak..

Sepanjang dalam kereta, bercerita dengan abam, macam mana org yang baik like adik ica, boleh gunting rambut dengan org lain.. pot pet  pot pet mak jemah panjang-panjang dan janjikan utk reward sesuatu if berjaya gunting rambut..hehe

Dua hari sebelum tuh pula, mama ada juga trial and error menggunting rambut Naufal. Siap ngan props gunting, sikat , kain ngan hair dryer lengkap..haha. Mama tunjukkan pada abang Naufal, mcm mana sebenarnya proses menggunting rambut and apa yang perlu naufal buat..Termasuklah buat-buat sleep/pejam mata..haha

Bia tiba masanya..jeng jeng..

jeng..

jeng..


Abang Naufal dengan rela hati duduk dan sedia untuk diguntingkan rambutnya..Mama paling excited dan bagi semangat mcm cheer leaders kat tepi tuh..gambare abam!! you can do it ..

Padahal, abam relax jek, macam xde ape pun berlaku..(Pelik juga dlm hati ni, apehal drastik sungguh perubahan die)


Sesekali mama tergelak tgk gelagat abam..punye lah geli gelaman bila org tuh tala hair sryer kat tengkok abam..haha


Baik kan wajah abanm ;)


Yeah, now u have done ;) Mama Finishhhhhh..yeahh..abam nak ball!! terus itu yg pertama disebutnye..kikiki..

Iye sayang nanti kita main ball banyak-banyakkk sgt..

hemsem x saya? 

Alhamdulillah, selesai projek menggunting rambut. Macam x percaya naufal boleh sit like a super star dan bertahan dlm 15 minit tau.. Maama rasa petua bercerita dan amali cara menggunting rambut mcm berkesan jek..hehe..sifat bertahan dan concentrate pula mama yakin die adapt sejak masuk kelas kumon..hehe..whateverlah kan...you have grown so much son !! I'am proud mama (walaupun ada jek baby jepun kat sebelah naufal lagi kecik kot..rilex jek).

Sporting habis abang siap posing tau ;P 



 Wallahualam.

Sunday, September 7, 2014

Jelajah Tokyo : Roponnggi Hills with my kids



 Assalamualaikum & Kombawa,

Hari ini hanya tinggal  20 sahaja lagi sebelum kami sekeluarga pulang ke Malaysia for goods. Dalam kesibukkan mama dan papa mengemas rumah dan packing barang, sempat lagi mama curi-curi masa untuk update blog sebagai kenang-kenangan. Sebenarnya sepanjang kami sekeluarga di Jepun, alhamdulillah banyak dah tempat menarik di Tokyo yang kami dah jelajahi cuma xsemua mama sempat coretkan. Sob sob.

Di hari-hari terakhir kami di sini, sempat lagi mama dan papa try nak flashback ada ke lagi tempat tourist attraction yang belum terjah. Maka hari rabu lepas, petang-petang hari tanpa planning, terus nak ke Roponggi Hills. Yang sebenarnya kunjungan mama ke Roponggi Hills dah masuk kali kedua yang mana kali pertama mama dan Naufal jadi tour guide (since papa bizi ngan worknya) bawa paklong, maklong dan zara ke sini tapi end up melencong ke mana hentah sampai ke hardrock cafe. Seriously mmg tour guide yang tak boleh diharap..Hikhik..Itu cerita dua tahun yang lepas dahh.

Kali ni, Mama dan papa berjaya terjah ke Roponggi Hills. Yeah, terletak di tengah-tengah bandar Tokyo, memang lebih mudah  untuk kami sekeluarga meggunakan Densha dari rumah kami. Roponggi hills konsep asas sama lah macam bukit bintang yang dekat KL tuh. hihi

Sempat bergambar buat kenangan ketika sedang menuggu ketibaan Densha di Stesen paling hampir dengan rumah kami iaitu Myoden des. Myoden ini salah satu station dalam Tozai Line TOkyo Metro subway ;)


Haitt. Confirm, bila balik Malaysia, kami akan rindu Densha!! huhu. Bukan Densha jek, banyak lagi bende yang istimewa kami dah explore disini yang menyebabkan kami akan rindu sgt tentang kehidupan di Jepun.* feeling nak nangis malam-malam buta ni. Not forgotten, i'm sure really gonna miss part of being a proud stay at home mom with two little kids ;) *tears starts coming down on my face ;(. Terlebih feeling sudah malam ni. 

Fokus mama!! Ok des, lets start with : 

How to Access by Subway?

Ok, mudah sahaja kalau nak ke Roponngi Hills ini. Kami menguunakan salah satu subway yang boleh menghubungkan kami kesini iaitu Tokyo Metro Hibya Line, jadi sbb nak pergi Roponggi kan wajib turun di Roponggi station ya. Lepas jek turun, cari exit 1c, terus nampak escalotor dan signage  mcm gambr mukadimah kat atas tuh. hihi.

Apa yang best pulok?

1. Lepas naik escalotaor, kami terus nampak Maman. Maman? Spider ngan telur tuh lah. Sangat besar kot kalau siapa x nampak mmg tak tahu nak kata apa. Telur tuh abam yang perasan. Mama ada teyur manyak kat atas.. hehe



            

2. Bersebelahan ngan Maman gergasi, ada Bunga Rose gergasi pula..hihi. Cer teka sebalik giant Rose tuh ada menara apa? Tokyo tower or Tokyo sky tree? nampak kan yang hitam merah tauu..hihi..cari lah sendiri jawapannye..ahaks..





3. Hi class boutique tak usah nak kata memang banyak sangat kat sekitar Roponggi Hill side. But semua bukan taraf ku.hihi. Jadi tutup mata jalan terus..hehe..


4. Pastu mama n papa nampak satu bangunan yang paling tinggi kot kat Roponggi hills tuh. Mendongak  jugaklah kepala papa tgk skyscraper ni.hehe..Tak lain x bukan bangunan tersebut namanya Mori tower.


Dalam Mori Tower ada art Museum , art galerry, tokyo city deck view. Harus kami bersuka ria naik sebab semangat nak cuci mata.Sampai kat atas, semuanya berbayor, terpadam terus hasrat nak sekodeng bandar tokyo dan tower kedua tertinggi di jepun kat deck yang paling atas tuh..huhu.. Tak yah nak sesedih sangat, klu elakkan menggunakan lift, dan follow tangga kat tepi bangunan mori ni, mama rasa dah cukup cantik untuk tgk pemandangan di sekitarnya ;)



5.  Pastu on the way nak ke headquarters TV asahi, akan susur Roponggi street. Klu tadi dalam Plaza bnyk kedai hi class kan (walaupun kami x masuk), kat tepi-tepi Roponggi ni lagilah..fuhh, mama namakan super hi class boleh kot..hehe..xyah nak jakun dan berkasta sangat..haha.. sama jek macam apa yang ada di Ginza street ;P..hehe

Nak jugak mentioned tetiba Headquarters Tv asahi kan..Yang sebenarnya mama and papa ke Roponggi hills ni  ingtkan dpt tgk roadshow doremon tapi hampa lepas bertanya kat Infomartion kaunter, kelibat doremon xakan kelihatan sebab roadshow dah tamat. So, mereka suggest kami utk ke HQ tv asahi sbb ada Doremon tggu Naufal n Ica kat sana ;) hehe




6. Di Roponggi hills area terdapat satu stage besar untuk performance. Stage nih terletak betul-betul berhadapan dengan bangunan TV asahi yang kami tercari-cari..hehe



7. Tapi tak masuk lagi ke TV asahi, sebab nak abiskan outdoor, mama dan papa kedepan lagi sikit untuk ke Mori garden. Garden x besar mana, yang lebih menonjol love art symbolic sahaja dan of course kene bergambar untuk memori ;)



 8. Last but not least, kami ke Headquarters TV asahi. TV asahisenang cerita macam ASTRO, saluran tv berbayar dan salah satu rancangan paling top di dunia adalah Doremon.

Gambar seperti di bawah ni special diambil masa kat entrance siap ada tarikh dan jam yang membuktikan jelajah kami sekeluarga di sini. hihu..


Ang ang ang doraemonmu. Akhirnya kelibat doremon berjaya diketemukan walaupun tadi hampa sekejap sbb roadshow sempena movie doremon yang bakal ditayangkan di pawagam dah pun habis. Ada pula pameran Doremon kat sini, memang x mengecawakn papa Naufal ;)


Pintu ajaib Doraemon.


Bilik Doremon dan Nobita ni sebiji macam rumah-rumah kat jepun. Pintu, karpet, tingkap, langsir, beg sekolah dan etc semua mennunjukkan typical rumah jepun.


Ini bantal busuk Nobita dan test paper Nobita!!


Mama kasi zoom sikit result matematik Nobita!! hehe.. Naufal n Ica janji bila besar nanti jangan tunjukkan markah ini pada mama dan papa..hohoho



cheeszuee...

 keh keh keh abam sempat berposing..


 Version papa..Nak jgak tuh baring mcm Naufal..over kan ;P


Bergambar puas-puas sebab tak dapat pergi muzium Doremon di Yokohama..heee


Meow meow meow sambi bunyikan cit cit cit. Sama lah abang n Ica, tiap kali nampak cat mmg inilah perkataan tadi tuh lah yang keluar dari mulut dua beradik..hehe


Sin chan pun ada..berbaloi-baloi ;) Sin Chan abang x kenal. yang sebenar papa lebih excited. Siap pegang papan tanda yang opss tak tahu apa maksudnya..haha



 9. Lepas letih jenajaln campur meragam bebudak, sebelum balik nak tempuh sesak dalam train jap lagi, singgah jap Family room. Rehat dan bagi BF sebab si puteri dah meminta-minta dari kat tempat doremon..hehe


 Wajah-wajah tengah tido sesuai untuk penutup cerita kali ini. comel dan baik sangat muka ime tido. ;)



* Di daerah Roponngi ada Masjid arab yang terletak 2 km dari roponggi hills.  Antara masjid yang terdapat di Tokyo.


Wallahualam ;)