Monday, March 24, 2014

Projek Meroti : Homemade roti boboi boy

Assalamualikum dan konichiwa ;)

Alhamdulillah..Masih lagi diberi kesihatan yang baik untuk mama update blog yang tak seberapa ini..Entry pertama untuk bulan March kali ni mama start dengan projek meroti..hehe..cerita main snow yang lepas pun x abis tulis lagi tau dah skip dengan entry meroti..haha..ngelat sikit takpekan ;P..kikiki..Semangat tuh datang tiba-tiba utk berkongsi resepi projek meroti untuk anak-anak mama dan semua rakan-rakan mama yang sudi untuk mencuba..

Actually, dari minggu lepas lagi mama teringin sangat nak makan roti boy..bukan apa, terbayang-bayang bila masuk jasko tmn universiti, bau semerbak roti kopi ni mmg cukup hebat utk paksa mama singgah dan beli...kiki..jadinyer, semalam gigihkkan diri walaupun sibuk dengan melayan telatah anak-anak untuk buat roti boboi boy ni. Bread maker pun cam dah melambai-lambai, "eh mama u buat roti guna ai, kompem kerja u jadi mudah, cepat dan gebu gebana walaupun anak-anak u menangis lah meragam la berperang lah usaha menguli ai yang uruskan" wah itu sudah bagus..Terima kasih aunty apriana hadiahkan mama BM yang sangat berguna after balik malaysia for good tahun lepas..hihi

Macam biasalah kan, start mengoogle resepi..cari nyer cari, terjumpa lah satu blog ni aku bukan masterchef..layan juga lah resepi dalam ni sbb die pun stay kat sini, so mama percaya barang-barang  yang die gunakan of coz dr sini jugakkan ...senang cerita la mama nak cari nanti..haha

ok, jom start projek meroti..

Homemade roti boboi boy
Resepi asal by : Aku bukan masterchef

bahan untuk filling
  • 50g mentega - disuhu bilik
  • 50g cream cheese - disuhu bilik (mama x letak sbb xde stok)
  • sedikit esen vanilla (mama letak satu penutup)
  • 50g gula perang (mama gantikan dengan 35g gula biasa sbb xde stok gula perang)

bahan topping
  • 50g mentega - disuhu bilik
  • 40g gula icing
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • 1 1/2 sudu besar kopi espresso- dibancuh 1 sudu besar air (mama guna nescafe gold dan sedikit emulco kopi)
  • 50g tepung gandum

bahan doh roti
  • 250g tepung gandum / tepung roti
  • 35g gula kastor
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil bread improver - ABM tambah
  • 1 1/2 sudu kecil yis kering
  • 1/2 biji telur - dipukul sedikit
  • 135ml susu segar - disuamkan lebih kurang 45℃ (mama gantikan dengan 2 sb susu naufal dan 135ml air)
  • 30g mentega - disuhu bilik
cara-caranya

filling
  1. Masukkan mentega dan cream cheese didalam mangkuk dan pukul sehingga sebati lebih kurang 3 minit.
  2. Masukkan gula perang dan vanilla dan pukul sebati.
  3. Masukkan kedalam mangkuk kecil dan wrapkan. Letakkan didalam freezer supaya inti beku dan mudah untuk proses memasukkan inti dalam doh
topping
  1. Masukkan mentega dan gula icing kedalam mangkuk. 
  2. Pukul sehingga kembang lebih kurang 5 minit.
  3. Masukkan telur dan kopi sedikit demi sedikit. Pukul sebati.
  4. Masukkan tepung gandum dan pukul rata. Bila dah ok, masukkan kedalam piping bag dan letakkan kedalam fridge sebelum digunakan.
doh roti
untuk doh mama masukkan semua bahan dalam encik BM. hehe
  1. Aktifkan yis dengan campurkan air, gula dan yis..kacau dan biarkan 5 minit..if berbuih yis ok..otherwise jgn teruskan kompem bantat nanti..
  2. Masukkan bahan basah dahulu dalam BM iaitu telur, dan yis yang telah diaktifkan pastu bahan-semua bahan kering seperti tepung
  3. Set applikasi doh 1 1/2 jam dan encik BM akan menurut perintah..hehe..pastu dah siap, tekan aplikasi menumbuk yang 5 saat..okei..
Penyedian
  1. Ambil doh yg diperap tadi.
  2. Ambil pula inti didalam freezer tadi. Bila dah keras, mudahlah untuk dibahagikan.
  3. Ambil doh tadi dan leperkan. Kemudian, masukkan inti kedalamnya.
  4. Tutup semula doh dengan kemas. Pastikan tutup dengan rapat. Jika tidak, inti akan meleleh keluar. Buat sehingga habis.
  5. Perap dengan dilapik kain selama 40-45 minit.
  6. Bila dah doh kembang, paipkan topping diatasnya (rujuk gambar).
  7. Masukkan doh yg dah siap dipaip topping tadi kedalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 170℃. Bakar selama 15-20 minit. ABM bakar selama 17 minit. Ikut oven masing2.
  8. Sejukkan seketika sebelum dimakan.
wah panjang berjela kan..terima kasih untuk Aku Bukan Masterchef..Ingat kawan-kawan, resepi yang panjang berjela ni xsemestinya susah nak buat...senang jek sebenarnya..jangan tertipu tau..mama pun amatur pembuat roti..

Inilah rupa  roti boboi boy mama..rupanya comot sebelum dibakar..;P hehe

Abaikan lingkaran kopi yang comot..haha
Ini pula rupa selepas dibakar..yeah handsome kan?? kiki..alhamdullilah..excited sangat bila nampak roti tuh kembangsemangkuk dan kopi tuh melting dlm oven..woweee..Masyuk sangat bau kopi masa tengah bakar tau...semerbak..Godaan ..haha

Yang bahagian kerak tuh paling Krispy dan x sabar nk makan
Tengok papa makan tuh..sedap sangat lah tuh sampai tak cover mulut mengunyah..

Shared on FB!!
Ica pun suka sangat.. wah awak baru nak masuk 11 buln tau dah nak makan roti manis-manis yer.
plz mama kali ni jek..sedap la maa.. plz..plz..hehe ;)

tuh die ica dan roti-rotinyer
Abam Naufal sorry mmg anti roti..Bau layan die tgk kami makan..Nasib lah awak naufal xdpt rasa kesedapan roti boboi boy ni tau..tak tahu sampai bila nak anti roti..hmmm..entahlah anak bujang mama sorang ni.. Abam pantang larang tgk roti, terus loya cam org mengandung..haha..whatever..

Jemput makan semua..

Till then

 wassalam..