Sunday, September 7, 2014

Jelajah Tokyo : Roponnggi Hills with my kids



 Assalamualaikum & Kombawa,

Hari ini hanya tinggal  20 sahaja lagi sebelum kami sekeluarga pulang ke Malaysia for goods. Dalam kesibukkan mama dan papa mengemas rumah dan packing barang, sempat lagi mama curi-curi masa untuk update blog sebagai kenang-kenangan. Sebenarnya sepanjang kami sekeluarga di Jepun, alhamdulillah banyak dah tempat menarik di Tokyo yang kami dah jelajahi cuma xsemua mama sempat coretkan. Sob sob.

Di hari-hari terakhir kami di sini, sempat lagi mama dan papa try nak flashback ada ke lagi tempat tourist attraction yang belum terjah. Maka hari rabu lepas, petang-petang hari tanpa planning, terus nak ke Roponggi Hills. Yang sebenarnya kunjungan mama ke Roponggi Hills dah masuk kali kedua yang mana kali pertama mama dan Naufal jadi tour guide (since papa bizi ngan worknya) bawa paklong, maklong dan zara ke sini tapi end up melencong ke mana hentah sampai ke hardrock cafe. Seriously mmg tour guide yang tak boleh diharap..Hikhik..Itu cerita dua tahun yang lepas dahh.

Kali ni, Mama dan papa berjaya terjah ke Roponggi Hills. Yeah, terletak di tengah-tengah bandar Tokyo, memang lebih mudah  untuk kami sekeluarga meggunakan Densha dari rumah kami. Roponggi hills konsep asas sama lah macam bukit bintang yang dekat KL tuh. hihi

Sempat bergambar buat kenangan ketika sedang menuggu ketibaan Densha di Stesen paling hampir dengan rumah kami iaitu Myoden des. Myoden ini salah satu station dalam Tozai Line TOkyo Metro subway ;)


Haitt. Confirm, bila balik Malaysia, kami akan rindu Densha!! huhu. Bukan Densha jek, banyak lagi bende yang istimewa kami dah explore disini yang menyebabkan kami akan rindu sgt tentang kehidupan di Jepun.* feeling nak nangis malam-malam buta ni. Not forgotten, i'm sure really gonna miss part of being a proud stay at home mom with two little kids ;) *tears starts coming down on my face ;(. Terlebih feeling sudah malam ni. 

Fokus mama!! Ok des, lets start with : 

How to Access by Subway?

Ok, mudah sahaja kalau nak ke Roponngi Hills ini. Kami menguunakan salah satu subway yang boleh menghubungkan kami kesini iaitu Tokyo Metro Hibya Line, jadi sbb nak pergi Roponggi kan wajib turun di Roponggi station ya. Lepas jek turun, cari exit 1c, terus nampak escalotor dan signage  mcm gambr mukadimah kat atas tuh. hihi.

Apa yang best pulok?

1. Lepas naik escalotaor, kami terus nampak Maman. Maman? Spider ngan telur tuh lah. Sangat besar kot kalau siapa x nampak mmg tak tahu nak kata apa. Telur tuh abam yang perasan. Mama ada teyur manyak kat atas.. hehe



            

2. Bersebelahan ngan Maman gergasi, ada Bunga Rose gergasi pula..hihi. Cer teka sebalik giant Rose tuh ada menara apa? Tokyo tower or Tokyo sky tree? nampak kan yang hitam merah tauu..hihi..cari lah sendiri jawapannye..ahaks..





3. Hi class boutique tak usah nak kata memang banyak sangat kat sekitar Roponggi Hill side. But semua bukan taraf ku.hihi. Jadi tutup mata jalan terus..hehe..


4. Pastu mama n papa nampak satu bangunan yang paling tinggi kot kat Roponggi hills tuh. Mendongak  jugaklah kepala papa tgk skyscraper ni.hehe..Tak lain x bukan bangunan tersebut namanya Mori tower.


Dalam Mori Tower ada art Museum , art galerry, tokyo city deck view. Harus kami bersuka ria naik sebab semangat nak cuci mata.Sampai kat atas, semuanya berbayor, terpadam terus hasrat nak sekodeng bandar tokyo dan tower kedua tertinggi di jepun kat deck yang paling atas tuh..huhu.. Tak yah nak sesedih sangat, klu elakkan menggunakan lift, dan follow tangga kat tepi bangunan mori ni, mama rasa dah cukup cantik untuk tgk pemandangan di sekitarnya ;)



5.  Pastu on the way nak ke headquarters TV asahi, akan susur Roponggi street. Klu tadi dalam Plaza bnyk kedai hi class kan (walaupun kami x masuk), kat tepi-tepi Roponggi ni lagilah..fuhh, mama namakan super hi class boleh kot..hehe..xyah nak jakun dan berkasta sangat..haha.. sama jek macam apa yang ada di Ginza street ;P..hehe

Nak jugak mentioned tetiba Headquarters Tv asahi kan..Yang sebenarnya mama and papa ke Roponggi hills ni  ingtkan dpt tgk roadshow doremon tapi hampa lepas bertanya kat Infomartion kaunter, kelibat doremon xakan kelihatan sebab roadshow dah tamat. So, mereka suggest kami utk ke HQ tv asahi sbb ada Doremon tggu Naufal n Ica kat sana ;) hehe




6. Di Roponggi hills area terdapat satu stage besar untuk performance. Stage nih terletak betul-betul berhadapan dengan bangunan TV asahi yang kami tercari-cari..hehe



7. Tapi tak masuk lagi ke TV asahi, sebab nak abiskan outdoor, mama dan papa kedepan lagi sikit untuk ke Mori garden. Garden x besar mana, yang lebih menonjol love art symbolic sahaja dan of course kene bergambar untuk memori ;)



 8. Last but not least, kami ke Headquarters TV asahi. TV asahisenang cerita macam ASTRO, saluran tv berbayar dan salah satu rancangan paling top di dunia adalah Doremon.

Gambar seperti di bawah ni special diambil masa kat entrance siap ada tarikh dan jam yang membuktikan jelajah kami sekeluarga di sini. hihu..


Ang ang ang doraemonmu. Akhirnya kelibat doremon berjaya diketemukan walaupun tadi hampa sekejap sbb roadshow sempena movie doremon yang bakal ditayangkan di pawagam dah pun habis. Ada pula pameran Doremon kat sini, memang x mengecawakn papa Naufal ;)


Pintu ajaib Doraemon.


Bilik Doremon dan Nobita ni sebiji macam rumah-rumah kat jepun. Pintu, karpet, tingkap, langsir, beg sekolah dan etc semua mennunjukkan typical rumah jepun.


Ini bantal busuk Nobita dan test paper Nobita!!


Mama kasi zoom sikit result matematik Nobita!! hehe.. Naufal n Ica janji bila besar nanti jangan tunjukkan markah ini pada mama dan papa..hohoho



cheeszuee...

 keh keh keh abam sempat berposing..


 Version papa..Nak jgak tuh baring mcm Naufal..over kan ;P


Bergambar puas-puas sebab tak dapat pergi muzium Doremon di Yokohama..heee


Meow meow meow sambi bunyikan cit cit cit. Sama lah abang n Ica, tiap kali nampak cat mmg inilah perkataan tadi tuh lah yang keluar dari mulut dua beradik..hehe


Sin chan pun ada..berbaloi-baloi ;) Sin Chan abang x kenal. yang sebenar papa lebih excited. Siap pegang papan tanda yang opss tak tahu apa maksudnya..haha



 9. Lepas letih jenajaln campur meragam bebudak, sebelum balik nak tempuh sesak dalam train jap lagi, singgah jap Family room. Rehat dan bagi BF sebab si puteri dah meminta-minta dari kat tempat doremon..hehe


 Wajah-wajah tengah tido sesuai untuk penutup cerita kali ini. comel dan baik sangat muka ime tido. ;)



* Di daerah Roponngi ada Masjid arab yang terletak 2 km dari roponggi hills.  Antara masjid yang terdapat di Tokyo.


Wallahualam ;)

2 comments:

  1. Hai geng..seronoknye....mmg menarik!!
    Btw..naufal ensem!!

    ReplyDelete
  2. Haloo..terima kasih sudi sdrop coment kat entry ni..kiki
    Rambutt dah tutup mater tuh, jalan pun xnmpk dah aunty 😂😍

    ReplyDelete