Thursday, June 26, 2014

Kembara Pulau Jeju : Kids on the go (part 4)

Jungang Shopping Mall @ Downtown jeju & Pantai depan hotel


Assalamualaikum dan Kombawa ;)

Entry sebelum ini mama ada buat sum up or listkan tempat-tempat menarik yang telah  dijelajahi bersama hero dan heroin kami di pulau jeju baru-baru ini. Hari ni pula rasa mama nak share dengan lebih mendalam tempat-tempat yang disenarikan sebelum ini..Haha xdelah mendalam sgt sampai kene menggali lubang dik oi, cuma sedikit gambar-gambar untuk memori buat anak-anak mama bila besar nanti..hehe

Tempat pertama yang kami jelajahi, of coz yang paling dekat dengan hotel yang kami duduk iaitu Jungang uderground shopping mall yang terletak di downtown Jeju. Memang x jauh dari hotel kami, lebih kurang lima minit by walk ikut jalan belakang. Junggang shopping mall ini adalah satu-satunya shopping mall yang terdapat di Jeju yang duduknya di  bawah tanah..hehe..Kitorang bukanlah berniat nak menyopping kat sini, just jalan-jalan di tempat  org dan explore apa yanga ada  keliling hotel kami..kot-kot lah kan jumpe restoran kambing golek halal kan..mana lah tahu..ahahahaha ;P

Papa n adik ica sempat berposing sebelum turun kat bawah tuh..


Apa agaknya yang syok sgt nak menyopping kat bawah tanah ni agaknya? haha..seriously, semua barang yang dijual adalah brand yang mama x pernah dengar kecuali kedai The Face shop dan ettude house. Selain daripada dua kedai yang famous nih, mmg xde kedai yang menarik hati kami..Bosan jugak lah, harga pun bukan lah murah mana pun. Apa yg mama perasaan bnyk jugak jual barang-barang fake cth mainan lego lah, beg2 yang mana korang takkan jumpa klu jalan di jepun..itu realiti..hehe..The Face shop layan jugak sebab mama tahu pun my mil dan sil gunakan produk skin care ini di Malaysia..Mama pun teruja bila tgk harganya yang klu tunjuk kat papa mesti kompem dpt..hehe..Mama sempat rembat eye liner 300yen, Lip liner 300yen dan lipstic 400yen..berbaloi lah dengan sekelip pantas mama merembat..kiki

 

Lepas anak-anak dah start meberontak kebosanan, kami keluar dan jalan skitar downtown. Boleh tahan jugak downtown ni..Suasana die hidup macam dekat petaling street or whatsoever street yang korang nak letak nama..hehe..Yang pentingnya street die of coz lah butik-butik branded macam Lacoste lah dan etc etc..Harga ekau jgn tnye, klu tak masuk pun, eden dah tahu mahal..


Dah lama mama berangan nak beli kasut Toms, dpt lalu tepi kedai pun jadilah..hehe



Dengar cerita, klu siapa kaki shopping boleh terjah Lotte duty free shop di sebelah seogwipo sana..mama x pergi, tp basically, saya percaya barang yang dijual di sana, sama apa yang ada kat airport. Yang beza nya duty free shop yang ni  x terletak di airport. yang kami perasan kat airport nanti, cuma ada ruang collection sahaja dan xde duty free shop lagi di jeju airport nanti.


Lepas dah round, and anak-anak pun still behave, so kami teruskan jejak jelajah petang tu di bahagian sebelah depan hotel pula. Maka kami dengan tidak sengaja terjumpalah bangunan Jeju art Center berhadapan dengan pantai. Xde apa yang special pun sebab kami xmasuk but jadikan landmark incase klu kami naik bas sesat ke boleh lah direct ke tempat ni..hahaha



Mokcik ica nak bawak kami pi mana ni hah? Ni aksi klu anak dah xmahu dibendung dalam stroller mahupun carrier lagi..kiki



Deruan ombak yang sangat menenagkan..

 Last but not least, jakun tak dpt bergambr ngan Korean airline yang tengah fly di udara..hehe


Wassalam..

To be continued..

No comments:

Post a Comment