Saturday, June 21, 2014

Kembara Pulau Jeju : Kids on the go (part 1)

Assalamualaikum..

Hai dan Konichiwa..

Dua hari lepas, kami sekeluarga baru saja balik dari Pulau Jeju nun di Korea selatan. Sebenarnya, tujuan utama mama dan anak-anak ke pulau Jeju ni adalah nak jadi cheer leader untuk papa present kertas kerja papa di sana.So klu nak istihar kembara ke pulau jeju ni sebagai percutian keluarga pun bukanlah sepenuhnya. Kata orang tuh, sambil menyelam minur air sekali..hihi

Bagi sesiapa yang pernah menonton drama bersiri korea mesti dah boleh agak dengan keindahan semula jadi yang terdapat di jeju island. Ia juga sering dikaitkan dengan pulau yang paling romantik dan semakin dikenali apabila sering menajdi lokasi pengambaran berbulan madu dalam kebanyakkan drama korea yang memletup seperti Full House, Princess Hour, Boys over flowers dan sebagainya. Sebenarnya mama bukanlah peminat drama korea yang fanatik pun. Nak menggebang lebih takut salah pula. mama, drama terakhir yang mama follow ialah Boys over flowers masa zaman belajar dulu lah tapinyer.. huhu..But, as far as i know, tak pernah lagi tgk drama korea like family and kids filmed di jeju. So sebelum berpeluang menjejakkan kaki di sana, asyik dok terbayang aktiviti apa yang boleh dibuat bersama family di jeju nanti. Bukan apa, risau juga klu bebudak ni boring nak tengok mama dan papa die bercintan cintut di tepi pantai..hahaha..btw, ini hanyalah first impression saje dan mama akan ceritakan pelbagai aktiviti menarik yang kami sekeluarga sempat lakukan di sana.

Perjalanan dari tokyo ke jeju island tidaklah jauh mana. lebih kurang macam dari Malaysia pergi Indonesia dalam dua jam setengah. Memikirkan jarak yang x berapa nak jauh ni jugaklah gigihkan diri nak follow papa. Pertama kali travel dengan dua anak kecik  ni berdebar juga nak duduk dalam flight lelama. Buatnye dua-dua orang meragam serentak dalam kapal terbang, boleh bikin pramugari huru hara..haha.So last minute decide nak ikut papa since papa kata, probably ini adalah last conference yang papa akan hadir sebelum habis study di Jepun.Insyaallah.

Sebelum trevel x bnyk persiapan yang mama lakukan untuk anak-anak mama. Dengan confidentnya, x bawak sebarang bekal makanan untuk anak-anak sebab percaya korea sure mcm jepun, x bnyk beza. Dengan kata lain tuh, klu lapar, cari jek 7 eleven paling tidak pun confirm ada nasi, telor dan salad..So nak jadikan cerita memang mama xdelah  nak prepare makanan budak-budak ni jauh sekali makanan kami seperti sambal kantang kacang bilis ke rendang daging ke tuna ke dari rumah.Yang sempat grab malam before tuh adalah roti putih, seaweed ampanman dan maggie cup instant nissin . Dalam kepala masa ni memanag berharap ada kombini yang exactly jual macam 7 eleven kat sini.huhu.sejauh mana agaknya harapan mama ni? jeng-jeng..Untuk persiapan dalam kapal terbang pula, senjata utama yang mama bawa masa dlm flight untuk tackle dua beradik adalah full batery charged ipad, snek segala macam biskut dan air.

Maka di satu pagi subuh ahad cerah bermulalah pengembaraan kami.

Hari pertama 

Kami sekeluarga bertolak ke Pulau Jeju daripada airport Narita dalam pukul 9.30 pagi. Seawal jam 5 pagi kami dah keluar rumah untuk naik train dan kejar bas di Kasai station untuk  ke airport..kelam kelibut x usah nak kata..mana nak bawak stroller, mana nak dukung adik ica dan mana nak tolak luggage, mana nak sangkut kamera kat leher dan mana beg tangan mama nak sangkut kat mana pun dah x tahu..Harus mama cutikan perkhidmatan beg tanganku..Hanya org yang berkeluarga dan menggunakan perkhidmatan awam yang faham situasi ku..hahaha..whatever, alhamdulillah, manage to sampai airport on scheduled.



Now we are ready for boarding time


Dua-dua budak kecik ni lepak dalam flight lepas penat tolak beg agaknya..hehe



Alhamduliilah lepas 2 jam setengah kami sekeluarga sampai di Pulah Jeju..Turun jek flight, memang dah terngiang-ngiang kat telinga lagu drama cerita Korea..apa-apa pun kene amik feel dulu kan..hihi.

Airport Jeju xdelah besar mana. Lepas claim baggage, terus cari teksi untuk ke Jeju Palace Hotel. Sebelum ni mmg dah pernah survey yang harga taxi di jeju murah lebih kurang mcm kat Malaysia jek. Cuak jgk lah klu x tahu harga nak naik taxi sbb taxi yang disediakan kemain kereta yang kelas-kelas ko. Kami pun tanpa segan silu naik taxi yang paling kilat dan besar. Bila lagi nak rasa kan naik Kia Grandeur ni..hehe. Jarak hotel dari airport lebih kurang 5km dan tambang yang dikenakan adalah dalam 5000 won. ok sesangat. Klu di jepun, jgn cuba-cuba nak naik teksi..mahal sgt.


Sampai di hotel memasing terpengsan tapi abam tetap x pernah pengsan klu dpt layan kartun..hehe



Hotel Jeju Palace ni dalam gambar nampak gagah lah sangat..haha..Sebenarnya biasa jek.sangat old skool hokey sampaikan aircond pun counter bawah yang control. Internet wi fi pun slow dan give up hence kami beli prepaid wi fi  olleh di 7 eleven berharga sehari dalam rm10.Hotel ni papa piih sebab yang utama nya dekat dengan tempat conference di Ramada Hotel (kembali pada tujuan dtg jeju)haha. By walk dalam 10 minit. Walaupun hotel ini  agak old skool, kedudukan die bagi mama sgt convenient. kat bawah hotel ada kombini 7 eleven, GS 25, CVS store, jalan depan sikit ada e-mart ala giant, seberang hotel pula ada pantai dan if ikut jalan belakang hotel, ada downtown which is one of tourist spot. Sekian untuk reiew hotel..haha

Lepas jek kemas-kemas barang, papa terus dengan agenda die di Ramada Hotel dan kami tiga beranak dengan agenda berendam dalam kolam bilik air.

Jom siap-siap kita turun bawah cari-cari makanan dan tgk apa yang ada kata papa lepas jek die balik dari registration di Ramada. Dalam hati ni dok mengumpat ingat ni kat malaysia ke senang nak cari makanan. hihi

Aktiviti suai kenal dengan keadaan sekeliling hotel tidak mengecewakan langsung. Kami berjaya terjah:

a.  Convenience store CVS



b. Convenience store 7 eleven. 

                         

c. Pasaraya e-mart aka pasaraya giant di Jeju


d. Pantai  (seberang jalan hotel)



e. Downtown ( jalan kaki belakang hotel)


 Makanan yang paling sedap berjaya kami jumpa adalah jatuh pada hidangan :

 

Nasi dan telur pindang style korea.Telur ni ada kisah disebaliknye juga. Merata kami cari telur rebus, yang jumpe semua  telur pindang. Mulanya memang tak lah nak membeli. Lepas kami dah giveup x jumpe telur rebus original kami pun rasa pelik dan try cari resepi telur korea untuk tahu ingredient yang digunakan untuk buat telur pindang yang sperti dijual dimana-mana kedai di sana. Telur ni penting bagi mama atleast boleh dijadikan lauk dan sejak azalinya adalah lauk kegemaran anak-anak mama aka lauk penyelamat tatkala mood malas mama. So mati akal juga lah klu telur takde nanti..huhu. Google2, alkisahnye, korean memang makan telur pindang atau dipanggil telur sauna. Telur sauna ni basically di rebus lama sama lah mcm telur pindang kita cuma xde lah rempah ratus daun kot..Baru lah dengan yakinnya, kami membeli telur   pindang style korea. Selamat satu menu untuk anak-anak mama..kahkahkah.rasa die sodap!! Untk mama dan papa, memang terkenang2lah sambal bilis dan rendang kat rumah dan rindukan 7 eleven jepun...sob-sob.

To be continues in part 2

No comments:

Post a Comment