Thursday, June 26, 2014

Kembara Pulau Jeju : Kids on the go (part 5)

Ripley's Believe it or not museum, Teddy Bear Museum, Cheonjion waterfall, Pacific land & Hello Kitty island

Assalamualaikum dan Kombawa ;)

Jelajah Jeju kali ni fokus di sebelah selatan jeju Island iaitu bandaraya Seoqwipo. Tempat yang first menarik perhatian kami untk terjah adalah di Jungnam Resort. Kawasan Jungnam Resort memang besar and kat sini kira macam centre of tourist attraction. Macam-macam ada temasuklah yang tersenarai kat atas, muzium chocolate, botanical garden dan etc etc..Apapun, bangunan Ripley's belive it or not memang mengujakan untuk kami terjah awal-awal bila sahaja sampai di Jungnam Resort..Rekabentuk bangunan die yang pelik bin ajaib buatkan kami terpanggil nak masuk..hehe

Muzium Ripley's believe it or not

Anak bujang mama punyelah tak sabar kan nak masuk..Siap berninja dan buat chicken dance kat depan tuh..tup-tup bila dah masuk, die ngan adik dielah manusia paling xsabar nak kelaur sebab ketakutan. Anak-anak mama memang x enjoy masa kat sini, mungkin pada mata mereka, pameran ni menakutkan dengan suasana yang gelap. Kita pun klu duduk sensorang dalam tuh, mahu seram jugak dengan patung-patung yang terbeliak mata, ada skeleton bagai..haha. Pameran dalam ni  semua yang pelik-pelik sama macam kita pernah tgk dlm tv kecik-kecik dulu. Konsep pameran die separate ikut gallery termasuklah scary gallery dan ada satu gallery di bahagian luar. Kami ambil masa lebih kurang sejam untuk pusing-pusing dalam muzium ini. overall, papa yang paling happy..kehkehkeh..Mama, bolehlah nak layan..;P


Belive it or not, kereta paling kecil didunia..haha


Dalam x sedar kitorang gotcha on camera..hihi..cumil kan..


The tallest man ever and he died  at earlier 20.

 Space Gallery..

Pantang ada ruang, mesti ada perasaan kebebasan ntuk berlari-lari..wahailah anakanak ku..


The only starbucks cafe in Jeju ada kat sini...
Papa singgah untuk tambah collection mug sbg cenderahati utk diri sndiri..haha

   

Muzium teddy bear


Berhadapan dengan muzium Ripley's pula ada Teddy bear Muzium dan sebelah Teddy bear muzium pula ada chocolate muzium.hehe..Pada mula tuh, xdpt terima dek akal, teddy bear pun nak ada muzium ke hoi..hoho..Sebab rasa macam rare jek muzium ni dan quiet famous di korea so kami decide untuk singgah and hope kids will enjoy berbanding visit yang sebelum ni..hihi..Lagi satu the reason kami nak masuk sebab perut dah lapar nak santap burger shrimp di Lotteria cafe yang disorokkan muzium ni..Jom terjah!!

Klu dah namanye muzium, mestilah ada pameran kan. Pameran kali ni watak utama nya sudah tentu teddy bear.. Pameran die start dengan asal usul teddy bear acanne, pastu acanne rupe teddy bear in history  , teddy bear meets the art world etc etc and bahagian outdoor pula menceritakan kehidupan teddy bear by nature surrounding..entah pelik-pelikkan..layankan jek..

Teddy bear featuring in Louis Vutton menjadikan ia bear paling mahal dalam world record price. The probel is ade ke org nak kesah dan beli .haha ;P


Teddy bear gi jalan-jalan kat  Disneyland? 


Part yang bolehlah dikira excited..Bear featuring in famous korean drama princess hours..


Lupa nak mentioned, kat sebelah bawah ada 4d live konsert elvis..Kadang-kadang rasa pelik tapi layan jeklah..haha


Bahagian outdoor sememangnya paling dinantikan oleh my kids as usual.berlari dan terus bekejaran..



 Akhirnya, sampai lah kemuncak yang dinantikan untuk Brunch di cafe..nyum nyum..


Peristiwa yang x boleh lupa, mama tercicir cap penutup camera dalam sebok2 ambik gmbr ngan bear yg xbernyawa tuh.. ;( sedih dan papa terus merajuk..Last gambr sebelum keluar yg menjadi saksi kehilangan penutup camera..huhu..mama percaya hilang masa otw dari cafe ke patung korea ni..ishh!! sorry papa kita cari kat akihabara ye nanti..huhu


Tamat kisah teddy bear..Sebelum keluar sempat kami mengambil wuduk dan sembahyang di carpark botanical garden. Dalam perjalanan tuh sempat buat lambaian kasih kat choc museum. Walaupun x singgah, jejak jelajah tuh sekurang-kurangnya ada lah juga..hehe

cheonjion waterfall




Seterusnya tiba masanya untuk kami menikmati pemandangan keindahan ciptaan Allah swt. Sememangnya sesuatu yang paling kami nantikan di Pulau Jeju. Natural Sight seeing in jeju island is best place and therapy for us..Ketenangan, kedamaian, keamanan, keromantikan and etc etc yang sama maksud dengannya. Sediakan aja kaki dan energy untuk hiking.Klu tgk signbord kat ats tuh agaknya berjaya ke  mama dan papa hiking bersama anak-anak? huhu

Dimulakan hiking petang tuh dengan lafaz bismillah, check point tempat pertama kami adalah di Seonim gyi
bridge. Jambatan seonim gyi ini merupakan salah satu mercu tanda di jeju island yang merentasi Cheonjion waterfall. Klu berdiri kat tengah jambatan tuh mamang gayat sebab bila pandang bawah just nmpk curam yang sangat dalam dan boleh nampak air terjun sayup-sayup jek bunyinya..Kus semangat mmg serun. Selain dari view air terjun, kita boleh nampak bumbung botanical garden nun kat seberang sana..hehe




Cheongjiyeon waterfall ni sebenarnya ada tiga tingkat berbeza mengikut ketinggian curam. Stroller tak boleh bawak sekali sebab kawasan die bertangga. Dengan semangat yg berkorbar kata org tuh klu dah smpi x tengk rugi kan, mama pun meneruskan ekspedisi pendakian dengan skirt bagai dan carry baby..fuhh extreme kot..well, xdelah mencabar sgt, alhamduliilah kami 4 beranak sampi jugak kat air terjun yang pertama..Bunyi air terjun mmg menyegarkan..wahhhhhhhhhhh...subhanallah..



Ekspedisi diteruskan utk ke waterfall yang ke dua..turun naik tangga maka sampailah di sini..;)


Jap, waterfall yang ketiga mana pulak bah? chet mmg mama pancit terus cramp bagai..haha..kami surrender terus naik kereta dan berlalu jek pergi..hihi..mission consider 95 percent completed..jadilah kan..haha

Pacific land

Kami sekeluarga meneruskan penjelajahan ke Jungnam beach resort. Tak jauh dari waterfall tadi hanya lebih kurang dlm 5km sahaja. Berhadapan Jungnam beach ada pacific land show. Masa sampai sini hati berbelah bahagi, nak masuk ke x, nak masuk ke tak sebab masa kami sampai show yang terakhir dah start. Last, mama tgk muka papa, papa signal kat mama, kite redah jeklah..hihi..Maka bersinggalah kami di Pacific land show.


Apa yang menarik boleh didapati di sini ialah ada tiga live show termasuk monkey show, Sea Lion show and dolphin show. overall mama rate 3 bintang sahaja and if mama tahu yang kami akan ke Jeju aqua life park, maka kami xakan ke sini pada hari itu..hihi..Apapun, still enjoy the show with kids..


This is what they called dolphin rider..ko ada ? haha


Taking pictures with cutie dolphin..


Keseluruhan persembahan mengambil masa lebih kurang 45 minit..45 minit untuk tiket berharga 1000 won adakah berbaloi??

Jungnam Beach

Habis jek show, kami pun bercanda di pasiran pantai Jungnam bersebelahan dengan bangunan pacific land tadi. Jalan-jalan menghirup udara segar dan menyaksikan pukulan ombak sgt menenangkan..subhanallah.I really love nature..huhu..

Walaupun cuaca x mengizinkan pada petang tuh, hujan renyai-renyai, sempat juga untuk kami ambil gambar for our memories. Sebelum hari gelap, kami beredar untuk balik ke hotel petang tuh. Badan pun dah terasa melekit dan letih dan perut dah tentunya paling lapor..hehe


Pakcik kat bawah ni klu sesiapa dtg Jeju mmg merata jumpe kiri kanan depan belakang..hahah..and of cozlah kan ada kat Jeju jek hokey harus mama snap gambor die. Pada mula nya kami ingat pakcik ni ala-ala tuhan yang disembah. Pastu masa kat airport mama tnya seorang korean and depa kata pakcik ni bukanlah tuhan. Die ni mcm simbolik of Jeju's grand of  grandfather to the grandfather. Berapa bnyk grand lahhh.Yang penting tiada sebarang niat disebalik gambar ini...wallahualam..



Underneath pokok kelapa i'll wait for u sayang..muah..hehe



Ica nyomelnyer awak!! kiss..


Hello Kitty Island




Wassalam

Bersambung di episod akhir part 6  ;)

No comments:

Post a Comment