Sunday, June 22, 2014

Kembara Pulau Jeju : Kids on the go (part 2)

......Sambungan dari part 1

Sewa kereta di pulau Jeju

Kembara Pulau Jeju kami teruskan untuk menyewa kereta untuk keesokan harinya. kebetulan papa memang dah ada lesen antarabangsa maksudnya xde masalah nak drive di jeju. Actually, sewa kereta ni, bukan lah plan asal kami, lebih pada backup plan takut-takut cuaca x mengizinkan cerah ke dan etc masalah yg bakal dihadapi. Lepas campur tolak bahagi darab kos menggunakan public transportation, masa yang suntuk dan kembara bersama dua anak kecil, malam tuh kami decide jugak utk buat reservation secara online kereta sewa yang paling comel dan murah iaitu kia morning di syarikat kt kumho. Sebelum buat reservation kene join membership untuk dapatkan diskaun. Untuk reservation adalah free, xde pun kene bayar lagi. Kami harap pilihan kami tepat selain drpd keadaan cuaca yang dijangkakan hujan renyai berterusan. Insyaallah.

Dalam kul 9 pagi, kami bergegas ke airport untuk ke syaikat kt kumho. Dari airport ada shuttle bus yang disediakan di arrival gate. Sampai di airport, terus je ke kaunter dan tunjukkan reservation online yang papa dah buat semalam serta lesen antarabangsa.


Depa akan suruh kita tunggu bas yang disediakan. Perjalanan lebih kurang lima minit jek rupanye ke kt kumho.



Sampai-sampai, terus register dikaunter dan die hanya terima pembayaran secara kredit card sahaja.


Dari jauh abam jerit ternampak bus Taio. Abam kata, mama sama mama sama dalam ipad rupanya..hehe


Terjumpa juga kereta pororo..Abam tetap kata, mama sama!! excited sungguh..


Lepas dah register, bolehlah tgk kereta..hihi..masa ni ada instructor akan ajar menggunakan GPS dan kita pula perlu check whole body takut ada calar balar ke..tapi x yah risau klu ambik full cover insurans. Belasah saja kata papa. GPS mudah jek nak guna, just masukkan number phone, die akan direct kita ke destinasi yang dituju..hehe..But yang paling nampk kerisauan di wajah papa adalah untuk drive left handed car..huhu



Agak-agak papa nerveos tak? Biasalah kan mula-mula tuh wajah kenerveosannya mmg xdpt nak tipu. Tips memandu yang paling penting of course kene sentiasa utamakan sebelah kanan. totally terbalik dr malaysia. If perlahan ikut kanan and overtake ikut kiri..tak susah mana as long as obey the traffic rules..hehe


Kemana agaknya papa bawa kami ni eh agaknye? Jangan risau ye, mama akan senaraikan aktiviti dan tempat menarik yang sempat  kami jelajahi  mengikut perhatian kami untuk entry yang bakal menyusul. Insyaallah.

To be continued in part 3.

No comments:

Post a Comment