Monday, June 23, 2014

Kembara Pulau Jeju : Kids on the go (part 3)

...Sambungan dari part 2,

Assalamualikum dan Hai semua..

Sebelum mama senaraikan tempat menarik yang berbaloi dikunjungi bersama anak-anak di Pulau jeju, jom kita fahamkan peta sekali imbas seperti dalam gambar kat bawah ni :


Map ni saya ambil dari google je. Basically pulau jeju terbahagi kepada 4 bahagian yang terdiri daripada dua bandaraya iaitu jeju si (bahagian utara) dan seogwipo (bahagian selatan)  serta bahagian timur dan barat. Banyak sebenarnya tarikan yang boleh didapati si pulau jeju seperti dalam map di atas. Untuk info lebih lanjut boleh refer sini. Terserlah pada masing-masing nak cover yang mana, suka nature ke suka amusement park ke or maybe suke shopping ke.hehe.. Bagi kami sekeluarga, kami terjah mana yang berkesmpatan dan yang penting sesuai bak kata org berbaloi-baloi  untuk anak-anak.

overall, bandaraya seogwipo mmg x mengecewakn dan harus dikunjungi klu ke pulau jeju. Banyak main attraction tertumpu di sini cuma sediakan duit tiket jeklah..haha. Sebelah barat pula langsung kami x smpat nak explore. Selebihnya, mana-mana tempat yang kami sempat pergi, mama akan senaraikan mengikut keutamaan yang paling menarik dan best untuk dikunjungi bersama keluaraga.

12 Tempat yang paling menarik untuk dikunjungi bersama keluarga di Pulau Jeju adalah :

1. Jeju Aqua planet (timur)
2. Ripley's believe it or not museum (selatan)
3. Teddy bear museum (selatan)
4. Trick art museum (selatan)
5. Cheojunam waterfall  (selatan)
6. Pacific island (selatan)
7 Jungnam down town (utara)
8. Hello kitty island  (selatan)
9. Chocolate Museum  (selatan)
10. Kimyong Maze park (timur)
11. Seopokoji or seongsan illchubang (timur)
12 .Halim park (barat)

Kami hanya sempat singgah hingga senarai yang ke 8. Dari 9 ke 12 lebih pada angan-angan yang tak sempat ditunaikan dan mama percaya jika ada masa, worth untuk singgah..;) Apapun kami sekeluarga tetap bersyukur..

1 comment:

  1. Blh tanya duduk hotel apa kat jeju. Sewa kereta bape rm ye

    ReplyDelete