Tuesday, July 1, 2014

Hari ke dua iftar : Ketayap gedik polka dot berinti karipap

Assalamualaikum dan selamat bersahur!!

Alhamdulillah selsesai sudah tiga hari berpuasa. Biasa bulan puasa, mama tidur lepas subuh, jadi adalah sedikt masa untuk mama selit-selit nak share something kat sblog. Bila berpuasa di musim panas, waktu siang lebih panjang daripada malam. Kami berbuka dlm pulul 7 malam, berterawih selepas isyak lebih kurang jam 9 malam dan sahur jam 2 pagi. Papa memang akan tidur dengan anak-anak  tapi klu mama yang terlelap sama, takut terlepas utk bangun sahur pula. Jadi mama lah jadi burung hantu. Hari ni burung hantu x bersendrian ada peneman burung hantu kecik. Siapa lagi kan klu bukan bdk yg selalu thn ngantuk dan x puas hati selagi mama x tido. Tak lain x bukan, ya abam Naufal lah jawapannyer..hihi

Selain dari menu utama kami semalam iaitu nasi putih dan gulai ikan, mama selitkan juga ketayap gedik polka dot..Lagi sedih papa namakan ketayap penuh jerawat..kahkahkah. Disebabkan ada lebih inti karipap semalam dan resepinya ada di sini, mama cuba variasikan penggunaan inti karipap di dalam adunan ketayap pula..Bak kata org tua, jangan membazir walaupun niat awal mama nak buat karipap frozen. Sebab x daya semalam maka adalah lebihan inti unruk hari ini,

Actually, mil mmg expert buat ketayap dengan inti rekaannye sendiri, mmg marvelous. sambil menaip nih telan iur jeklah..gulp. Mana x terliur nya, inti tuh  istimewa bg saya, apa yang mil cuba buat adalah fussionkan inti versi barat dan tradisional..hehe menarik kan..Insyaallah utk entry yang  lain, mama akan share inti ketayap version mil.

So hari ni kita fokus belajar buat batter untuk ketayap polka dot. Lets check it out bahan-bahannya.

Resepi ketayap gedik  polka dot inti karipap

Bahan2 Dadar
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan/susu segar - mama guna susu segar
  • secubit garam
  • esen pandan/4 helai daun pandan- mama tak letak
  • pewarna hijau secukupnya- mama gunakan sedikit pewarna warna kuning
  • 1 biji telur
  • sedikit minyak
  • Untuk polka dot, ambil dlm sesenduk kecil adunan dan campur dg sedikit serbuk coklat.isikan adunan berwarna coklat dlm plastik,gunting kecil dan dot2 atas kuali.
Bahan2 Inti karipap
Bolrh rujuk di sini.

Cara Penyedian
  • Bancuhkan kesemua bahan2 sehingga sebati dan tapiskan bancuhan- mama x rajin nak menapis
  • Panaskan kuali dengan api sederhana lalu lengserkan sedikit minyak
  • Dengan menggunakan piping bag, buat dot2 atas kuali dan biarkan seminit dua
  • Masukkan sesenduk adunan ke dalam kuali dan lenggangkan kuali hingga menjadi dadar yg agak nipis.
  • Biarkan kuih dadar masak. kuih tak perlu dibalikkan. Angkat & letak dalam pinggan. 
Hah inilah hasilnya ketayap gedik janji ada dot. Ada lebihan adunan dadar, mama siap decorate tulisan nama adik ica lah, bama naufal lah pastu lukis kartun ampanman lah..haha.Its fun! hasil die biarlah rahsia..chet padahal xsempat digambarkan..huhu



Wallahualam

Selamat bershur dan berpuasa.

No comments:

Post a Comment