Wednesday, May 7, 2014

Resepi Red velvet cupcakes for her 1st birthday ;)

Assalamualikum dan kombawa semua..

Kek ataupun kek cawan memang sinonim dengan majlis harijadi..Ada yang anatara kita pilih untuk membeli kek di di kedai, ada juga yang memilih untuk menempah daripada yang pakar membuat kek dan ada juga memilih untuk membuat nye sendiri di rumah. .Mana satu agaknya menjadi pilihan mama?jeng jeng jeng..

Alhamdulillah, untuk hari ulang tahun pertama ica, buat pertama kali mama pilih untuk homemade baking project..hehe..berbekalkan oven dan hand mixer mama yakin dengan diri mama yang mama boleh baking birthday cupcake istimewa untuk hari jadi pertama ica..

Sebelum buat decision untuk buat red velvet cupcake, macam-macam idea mencanak-canak dalam kepala nih nak buat chocolate chip cupcake lah, blueberry cupcake lah, carrot cupcake lah..nampak sangat lah kan mama yang over craving the cupckes..hasil die tarrak tahu macam mana lagi.

Malam sebelum tuh, adalah ajak papa ke aeon untuk cari bahan buat kek pagi esok..bende paling penting nak cari adalah beetroot aka ubi bit sbg natural red colouring dalam cupcake nanti..almaklumlah red velvet nih paling sexy jatuh pada warna nye yang kedua baru rasanya..kihkih..so, klu boleh memang nak cuba buat guna natural coluring instead of pewarna tiruan..sob sob pencarian gagal di jepun..agaknye mmg xde kat jepun nih..Plan pertama untuk buat kek red velvet isnpirasi dari dr.ezani mokoto masterchef terpaksa hold and immediately mama swap dengan resepi yang menggunakan pewarna biasa..huhu

Jom kita jeling-jeling resepi kek cawan baldu merah..

Resepi asal by : Laura in the kitchen

Bahan-bahan untuk kek:
  • 1 ¼ cup of all Purpose Flour
  • ½ tsp of Baking Powder
  • ½ tsp of Baking Soda
  • ¼ tsp of Salt
  • ¼ cup of Unsalted Butter, softened at room temperature
  • ¾ cup of Granulated sugar
  • ¾ cup of Buttermilk : utk buttermilk mama gantikan dengan 1 cwn susu segar dan 1 sudu lemon lepastu baru sukat 3/4 cawan
  • 1 Egg
  • 1 tsp of Vanilla Extract
  • Red food Coloring
Bahan-bahan untuk frosting:
  • 2 Cups of Powdered Sugar
  • 4 oz of Cream Cheese, softened at room temperature
  • 2 Tbsp of Unsalted Butter, softened at room temperature
  • 1 Tbsp of Milk
  • 1 tsp of Vanilla Extract

Cara penyedian:
  1. Lima bahan kering pertama diayak dan disatukan dalam satu bekas..pastu ketepikan
  2. Dalam bekas lagi satu,  pukul telur, butter bersama gula hingga sebati.Pastu perlahankan mixer, masukkan bahan kering tadi berselang dengan butter milk sedikit demi sedikit.
  3. Kuap balik adunan supaya sekata.
  4. Sedia diletakkan dalam cup pilihan anda dan bakar pada suhu 180 lebih kurang 20 minnit.
  5. Sementara di bakar, sediakan bahan untuk cream cheese frosting. Untuk frosting campurkan semua bahan dan mix sehingga  sebati dan frosting ringan.Masukkan dlm piping bag dan simpan sekejap dalam peti.
p/s Resepi di atas akan menghasilkan 12 cupcakes jika saiz kecil tapi klu pki saiz mcm mama dpt dalam 4 or 5 cupcakes sahaja.

Lepas cupcake sejuk, hiaskan dengan toping cream cheese ikut kreativiti anda..pastu set kan kek yang dah siap tadi dalam peti lebih kurang 15 minit ke..

Lihatlah, inilah hasil sentuhan tanganku yang keras kejung ;P hehe..


Tarra ini pula rupa paras kek cawan masa bawak g piknik...tengok cream cheese tuh meleleh dek penangan matahari yang terik.hehe..yang penting rasa dan tekstur tuh masih okei..hihu


Selamat mencuba!!

Selamat hari lahir yang pertama sayangku..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment