Wednesday, February 8, 2017

Welome aboard Mahirah Elyna Binti Mohd Nabil!!



Assalamualaikum w.r.t. and hello lovely mommies out there!!

Hopefully, masih x terlambat untuk mama sayyyyyyyyyyyy Hello 2017!! 

Syukur alhamdulillah, 2016 telah setahun   setahun, sebulan, seminggu dan sehari berlalu ;) hihi

Dalam masa setahun x update blog yang dah lama bersawang atas sebab terlampau "busy", of coz ada banyak sangat bende yang telah terjadi x sempat mama nak listkan satu persatu...

Mama now tengah maternity leave mood lagi and yippy dpt jadi housewife balik,.berganda happiness...walaupun temporary, jadilah kan...peluang seumur hidup ni, akan mama manfaatkan bersama anak-anak mama to the maximum!!

But then, why mama still xde masa nak tulis blog..how i miss my blog..

Alhamdulillah, kelahiran puteri kedua kami, highlighted as the most precious and important day of the year and life!! Our newborn selamat dilahirkan pada tanggal 30 November 2016 pada jam 4.40 petang seberat 3.31kg dan tinggi 51cm di Hospital Annur, Bangi. Mahirah Elyna nama diberi, In arabic, bermaksud yang mahir, cerdas,cerdik manakala Elyna pula bermaksud yang lembut.Semoga pilihan nama ini secantik akhlak puteri mama dan papa.

Selang sehari lepas mahirah dilahirkan, again ada big suprise for us..guess what, syukur alhamdulillah, dah boleh ambil kunci rumah baru ;) ( menangis, lepas almost enam kali pindah randah from JB-dengkil-kajang-putrajaya-gyotoku,japan-myoden,japan-bangi-bangi lagi- akhirnya dapat juga miliki rumah sendiri)

" Ya allah, Ya allah, Ya allah, aku bersyukur dengan nikmat rezeki yang engkau kurniakan" 

Mama xnak touching-touching sgt, celoteh panjang dalam entry ni, have to cut all story short, sebab baby kejap lagi nagis, bangun nak menyusu, abang n kakak pula klu mama lama sgt depan laptop, mahu berperang nanti.nak kemas rumah lagi, packing barang nak pindah..wee hooo..hihi..pengalaman bersalin mama nak story juga, pengalaman nak masuk rumah baru pun nak story juga... insyallah  di entry lain tau..takut lari topik..hihi..


Jom, mama nak belanja gamabr precious gift from Allah..Welcome dear Mahirah Elyna to our family ;) Abang, kakak, mama and papa love u lotss..



 
Fresh from Womb!! Not even one day old ;)





 ..
.
.
.
.
.
.

latest picture of the day ;)


Mahirah Elyna @ 2 months young ;)



Thursday, October 1, 2015

Kembara Pulau Jeju : Kids on the go (part 6)

Trick art museum Jeju















Aqua planet jeju
























*This is what we call wordless wednesday..hahahha

Lots of love,

Mama Ica and abam..

Wednesday, September 30, 2015

Minuman paling best dan insyaallah halal di Jepun

Kombawa!!

Assalamualaikum,

Minuman halal di Jepun? biar betik.?

Ya,..memang anda tidak akan jumpa minuman berlabel halal di Jepun...

But no worries, mama akan share minuman yang mama rasa sedap sangat dan anda patut cuba bila anda ke Jepun. Minuman ini insyaallah halal dan anda boleh like page Seri Jaya Indonesia untuk lihat macam-macam minuman or snacks yang insyaallah selamat untuk di makan, Page ini bagi mama sangat membantu kerana tuan empunya page ini, yang telah bermaustatin lama di bumi sakura  mengambil langkah menghubungi syarikat untuk mendapatkan kepastian ingrediasi dalam sesuatu makanan dan berkongsi  bersama muslim di sini.


Alhamduliilah.

5 minuman yang menjadi kegemaran mama, papa, abang dan ica ialah

1. Air  Calpis ;)


2.  Chocalate Van Houten Coco panas or sejuk

3.  Caramel Cofee



4.  Milk Cofee lagi



5. Cofee lagi ...heheh ;)  



Because I'm cofee lover...but then, cofee sedap-sedap ni boleh beli kat memana convenience store..cofee starbuck pun boleh beli di convenience store juga..heheh

Hati-hati kalau anda ingin mencuba minuman yang anda tidak pasti ingredientnya,  terutamanya yang menggunakan susu sepetii milk tea, cofee, chocclate  kerana khuatir shorteningnya daripada butaniku aka babi or etc etc..Last but not least, anda juga boleh try green tea dan jus buahan-buahan (unik mengikut musim), layan juga lah..haha

Minuman-minuman di jepun kebanyakannya sedap-sedap dan berpatutan..100yen, value for money and sedap!! Vending machine pun hampir di setiap penjuru ada..Klu musim sejuk, memang tekak mama ni pandang air panas jek lah..hahhaa

Selamat mencuba..


Wallahualam.


Lots of love,

Mama Ica dan abam

Sunday, September 27, 2015

Kedai Baju Murah Di Jepun


Assalamualaiukum dan Kombawa!!

Pada Ibu-ibu yang mencari baju murah-murah dan tidak kisah pada branded, di Jepun ini anda boleh berkunjung ke kedai baju Elfin Doll atau nama jepun nya NitsiMatsuya. Tersangat lah murah baju-baju kat sini especially kalau ada sale. Actually, cawangan kedai ini memanag bersepah termasuklah masa kami duduk di Chiba dulu. Senang jek nak perasan, kalau nampak logo rabbit macam dalam gambar kat atas tu, betullah itu kedainya.

Buktinya, lihat apa yang mama dah beli dalam masa kurang sejam..haha..Ini lah nama nya damag. Walaupun mama mula nya agak sedih duduk di Tsuruga sebab out circuit, tapi kesedihan terubat sikit lepas jumpa kedai ini hasil exploration berbasikal hari ini..hihi..


Mama borong baju tidur Abang dan Ica..Kebetulan memang tengah nak carikan baju tidur budak-budak, tambah pula sekarang dah nak masuk mid autumn, so baju-baju summer (which is sesuai utk pakai di Malaysia) tersangat lah murah. Dah dapat 50% pada tag, bila kat kaunter dapat lagi 50%..yehooo..Berbaloi2 dan boleh lompat bintang..

Mama suka style baju tidur kat sini sebab seluar die ada getah sampai kat perut which is klu baby tersangatlah bagus fungsi nya..boleh elak kembung perut / masuk angin kata orang tua-tua..

Selain daripadakedai Elfin Doll, jika anda duduk di kawasan bandar, kedai-kedai baju yang berbaloi untuk dikunjungi di Jepun (bukan di Malaysia ;P) ialah seperti berikut ;-

1. Akachan Honpo ( Serba Serbi Kelengkapan baby) 
2. Uniqlo for baby and kids
3. Gap ( Beli time Lucky Cuopon, mmg terbaik!! )
4. Old Navy
5. H&M ( boleh dpt baju cute-cute dgn harga duit syiling jek ;P)
6. Next ( Klu xde sale better beli online terus dari UK site sbb di Jepun double harga nya)
7. Mothers way
8. Aeon

Tapi kedai-kedai kat atas ni memang bertuah lah badan kalau jumpa kat kampung Tsuruga ni..haha..bagus juga, selamat mama dari damage.;P.hihi..Baju-baju budak memang murah di Jepun belum kes kalau pi outlet lagi kan.. Perlu  di ingat beli masa sale..Memandangan Jepun ialah negara empat musim, maka setiap kali tukar musim kebiasanya ketika peak, mmg akan ada sale giler-giler.dan harulah memebli time itu ;)

Berbeza  di Malaysia, mama beli baju baru utk anak-anak bila ada ocassion, macam raya ke nak pergi bercuti ke dsb.. Di jepun, boleh tukar baju setiap musim sebab selalu ada sale ;P..Sebab tuh juga bnyk kedai secondhand kat sini, baju xsempat buruk, dah di jual ke kedai secondhand sebab sentiasa beli ikut musim dan juga anak-anak cepat membesar..Duduk negara empat musim, mmg xrecommend beli baju anak besar (macam org tua selalu berpesan, beli lah besar sikit sebab budak cepat membesar) sebab klu anda beli baju besar, xsempat anak anda nak padan, dah bertukr musim. Makanya, setahun kemudia, baru boleh pakai semula..al kisah..

Duduk di luar negara juga, anda bebas membeli barang branded kerana nilai matawangnya yang besar dan negara empat musim. Jadi beli barang branded adalah perkara normal berbeza dengan di Malaysia, bagi mama, kedai baju Gap mmg mama takut nak masuk ;( huhu...papa sue geleng kepala..kahkahkah

Kenangan berpaut kembali..10 weeks to go..

Wassalam..

Lot of  love,

Mama Ica dan Abam

Saturday, September 26, 2015

Yang mana best, Sewa Hotel or Guest House di Jepun/Osaka ?


Minasan...Konichiwa (<*_*>)..

Assalamualaikum u olls..

When u travel to Jepun/Osaka  where do you wish to stay?

The common way to stay in Osaka ialah di hotel. Based on info yang mama dapat dari group srikandi-srikandi  yang menetap lama di Jepun, suggestion hotel to stay di Osaka ialah di Mystays hotel . Sebab utama  pemilihan hotel ini adalah kerana mereka menawarkan bilik berkonsepkan appartment which is ada dapur dengan harga mampu milik. Bagi mereke yang berkeluarga  mungkin ini adalah salah satu ciri-ciri yang anda cari. Selain itu, ada juga hotel-hotel lain yang quiet famous dengan bajet yang sederhana seperti Best Western Hotel, Toyoko Hotel dan banyak lagi.Ada juga info yang mama  dapat, terdapat hotel yang menawarkan diskaun sehingga 20% pada hujung minggu which is via versa dengan di Malaysia. Anda juga perlu survey betul-betul harga hotel kerana kebanyakkan hotel di Jepun akan mengambil kira bilangan kepala/per person. Sejujurnya hotel di Jepun boleh tahan mahal  harganya..Apa  pun anda perlu booking hotel atleast sebulan awal kalau anda mahu ke Osaka/Tokyo dan tidak mahu  kecewa di kemudian hari. hehehe..

Option yang kedua ialah, anda  boleh terus mencari  guest house/homestay di bandar Osaka menerusi Website Airbnb. Klu di Jepun ini Airbnb bukan lah perkara baru, ia sangat  famous ;)

Jika anda sign up pada link yang saya pautkan di sini, anda akan dapat kupon usd20 (lebih kurang 2500yen) dan boleh terus menggunakannya untuk tempahan pertama kali. 

Siapa pernah dengar Airbnb? angkat tangan..hehe

Jujurnya, inilah pertama kali mama dengar pasal homestay di Jepun walhal hampir tiga tahun saya menetap di sini dan beberapa kali ke keluar negara..huhu..Bukan apa dulu rumah kami jadi homestay bumiputera kalau sedara mara dan ahli keluarga berkunjung ke Tokyo..hehehe..Sebab itulah mungkin mama tak pernah ambil tahu pasal homestay lain di Jepun.hahahaa

Airbnb ni sebenarnya adalah medium like agoda, booking.com. Bezanya, Airbnb ini fokus pada travelers yang ingin mencri guest house ( Kalau di Malaysia kita panggil Homestay) sama ada share room, private room or anda boleh sewa entire room. Airbnb is like medium untuk owner dan guest berhubung antara satu sama lain. Anda boleh tnya sebanyak mana soalan direct pada owner dan jika owner bersetuju, die akan request anda untuk buat reservation and bayaran di buat pada airbnb, Bagi anda yang mencari hotel bajet or capsul hotel di Jepun, anda juga mungkin berminat untuk stay di guesthouse dalam kumpulan.

Mama memang teruja sangat dengan guest house yang di listkan di Osaka ini. Kebanyakkan rumah semua lawa-lawo dan comel-comel dengan review yang sangat mantap oleh guest-guest yang pernah menginap di rumah mereke. Mama suka sangat dengan konsep appartment sebab dengan harag yang berpatutan, semua ada, katil, washlet(tandas with air), mesin basuh, microwave, dapur boleh masak-masak (kuali kalau risau, beli jek baru sbb xmahal, pinggan mangkuk semua boleh cari kat daiso or seven eleven), portable wi-fi itu yang paling penting klu berjalan, Ruang pun boleh tahan besar untuk anda sembahyang dan anak-anak bermain compare dengan saiz hotel ..Seronok kan..

Jom kita zazzzzzz dream list di Osaka. List ni mama cari untuk rent entire room..

1. Cun kan? Apprtment berhampiran Dotobori. Boleh accomodate sehingga 3 orang dewasa dengan 6000 yen? berbaloi kan. Ingat harga belum net, ada charge pembersihan dan berbeza ikut owner. Try lah negotiate klu anda stay lama..



2. Comel sangat..Kawai kawai kawai..hehe


3. Bujang-bujang okei lah..


4. Pink lagi..Price ni agak mahal..


Amacam teruja tak, cantik kan? Biar gamarlah berbicara kenapa mama prefer apartment konsep di Airbnb compared to hotel..

Apapun, klu anda  nak cari yang terbaik dan affordable, macam biasa kene booking awal. Hotel and guest house is queit demanding in Tousirst spot please booking at least sebulan awal..klu x memang akan kecewa.

Sebelum tuh, tips terakhir dari mama, selalu refer google maps, train maps dan hyperdia untuk cari lokasi yang diingini..Always maake it easy and try fahamkan maps. Anda xperlu risau nak cari exactly apartment located betu-betul sblh Universal Stduio or whatsoever..haha...train is very convenience transportation.Jika anda stay di.luar dari JR loop osaka pun should be no problem..Still ada subway connection..Personally for mama, mama prefer cari area shin Osaka maybe sebab central from kansai airport and easy nak ke kobe or nara..Just my two cents...



Last but not least  mama Vote for  homestay  di Osaka  ;) yeah!!!! Jangan lupa guna pautan yang mama kongsikan di atas kalau nak dapat diskaun USD20 = 3000yen.

Ok habis berangan..

Till we meet again..

Bye bye..

Wassalam,

With love,
Mama Ica dan Abam

Friday, September 25, 2015

Setelah Genap Setahun..





Assalamualaikum w.r.t,

Alhamdulillah, mama kembali ke Jepun lepas hampir setahun pulang  ke tanah tumpah darahku.

Orang kata  peluang itu hadir bersama tanggungjawab? Sejauh mana ianya benar? Terpulanglah pada intrepretasi inividu.

Bagi mama peluang iti kita sebenarnya yang cari dan kita yang sendiri pilih..Hah padanlah muka mama, sebab mencari peluang yang mungkin memakan jiwa sendiri..

Because I'm not strong enough. 

Because I'm not the same as as others may thinking

Because I'm not the person yang boleh pergi outsatation sana-sini tinggalkan anak di kampung halaman, tinggalkan anak dengan pembantu rumah dan sebagainya.

Because of all above reason juga mama  pasrah dan berserah pada Allah yang maha esa. DIA maha mengetahui.

Kembara mama ke Nihon dengan tanggungjawab berbeza. Kalau dulu as proud stay at home mom..Yes I'm very proud to introduce my self as house wife to Encik N..haha...

Kali ni xdptlah nak bawa title yang sama ke Nihon..

Kembara  mama ke Nihon tidak lagi berteman...

Tiada lagi mampu untuk mama mendengar gelak tawa, tagisan, rengekkan, ragam dan telatah anak-anak mama secara life..

Tiada lagi pagi yang maha serabut mengejutkan kedua-dua anak mama untuk di mandikan dan bersiap, berdandan  ke sekolah..

Tiada lagi  pagi yang kelam kabut memandu anak-anak ke sekolah dan bekejar untuk punch card..

Tiada lagi waktu petang yang berkejar menjemput dan melihat reaksi paling gembira  seorang anak yang menanti dirinya dijemput oleh insan yang bergelar mama..

Tiada lagi waktu malam yang sibuk menyediakan hidangan makan malam untuk  insan tersayang

Tiada lagi tempat untuk mama marah dan memuji atas perbuatan anak-anak ku..

Tiada lagi hujung minggu untuk meluangkan masa bersama-sama anak-anak.

Tiada lagi ruang masa untuk house chores..

Huargggggggggggggggggg!!!

Hanya dapat berhuung dengan Facetime..Itu pun sekejap..dpt lihat dengar suara tapi xboleh sentuh.....bencinya perasaan itu....

Paling emotional kalau abang cakap " mama kenapa mama tinggalkan abang? mama dah xsayang abang lagi ke? lama lah mama? baliklah mama..abang nak ikut mama..

I'm totally melt!

Melt bukan mcm jatuh cinta tuh, melt bercucuran air mata..haishhh

Bersbarlah dan Bertabah..

Feeling like crazy to be here for three months..

Setiap langkah mama kat Jepun ni penuh dengan kenangan..nampak air ingat naufal..nampak ampanman ingat ica..nampak air kopi terbayang papa..serba x kena sebab hanya dpt nampak bayang-bayang..

Huarghhhh lagi sekali...

3 bulan jek pun.. ;P  (Pls jangan percaya, ini semua ayat nak sedapkan hati sahaja)

Ya allah kuatkan lah semangat aku, permudahkan lah segala urusan ku di sini dan keluaraga yang aku tinggalkan. I really miss my family and I hope everything is well in Malaysia.

Ya Allah..Ya Allah Ya Allah...

I Miss u 200%..




Lots of love,
Mama Ica dan Abam