Friday, February 28, 2014

Bercuti di gala Yuzawa ski resort, Nigita (part 2)

Assalamualaikum semua..

Lama kan nak tunggu mama update sambungan cerita yang lepas..sampai dah nak masuk musim sakura kot..ish ish..mama super bz lah musim winter kali ni..Full house calender winter kami sekeluarga dengan kunjungan tetamu..Minggu lepas baru jek geng tok mak pekan balik ke malaysia..Selang dua hari papa pula berconference kat Malaysia.. La nilah mama curi-curi masa time anak-anak mama untuk update entry kali ni..

And kalau ada masa nanti, mama nak sangat update pasai geng-geng malaysia jalan-jalan di jepun..kalaulah..insyaallah..

Yes..yes..semangat pls datang!!

Zazzzzz...kita sambung cerita..ok, petang tuh, lepas penat main salji, kami semua balik bilik..rehat-rehat untuk dinner malam ni..yeah melompat mama bila dpt tahu ada dinner di sediakan kat hotel ni..iyelahkan, kat sini bukan cam kat bandar, sana sini ada kedai makan..paling takpun 7e pun kami x jumpa..haruslah mama melompat tinggi-tinggi..Lepas mandi, bersiap ngan yukata..yeah ;)

handsome x?  handsome x? hihi..


Setiap hotel kat jepun mesti disediakan dengan set yukata instead of bathrobe klu di typical hotel Malaysia..Yukata ni bukan jek pakai time tido jek tau, mak-mak jepun, daddy-daddy jepun akan pakai masa pergi onsen ..Tak pun dorang catwalk anak beranak pakai masa gi dinner and breakfast..cool tau..hehe. As for kitorang memang kat bilik jeklah berposing sebab sifat malu yang menggunung..kahkah..;P


Ruang yang depan tuh tempat nak mengeteh..Bila malam campak kotaksu (meja heater) kat tepi, bentang futon tidur anak beranak..tidur bawah yer, sorry xde king bed yang empuk kat sini..haha..

Korang agak-agak percaya x, kami tidur xpakai heater pun walaupun dikelilingi dengan banjaran salji tebal..huhu..berbeza klu kat rumah, salji takde tapi heater mahunyer 24 jam on..haha...pelik tapi benar..;)


Abang sibuk nak panjat tangga ler tuh..


Ni lah apa yang ada dalam gerobok doremon..;P


Yang ni pula toilet..kat depan pintu dah siap-siap tampal notis supaya satu hari tak leh guna air lebih dari dua kolah.jgn x caya kan..? kenelah percaya klu dtg sini..berjimat cermat menggunakan air bukan saja apply kat rumah jek kengkawan...buatnya satu anak mandi satu kolah..papa satu kolah..mama lah yang x dpt mandi..haha

Pernah x dengar cerita typical japanese dalam satu keluarga akan share menggunakan air yang sama untuk mandi..lepas sorang mandi, air tuh x buang, tp next family member akan mandi dalam tuh dan lagi..dan lagi..huhu..Tub tuh bukan calang2 tub tau, boleh reheat klu air dah sejuk..kikiki..


ini pula view dari tingkap bilik hotel kami..Yang baju merah tuh ada segerombolan team budak sekolah tengah training ski time nih..


Lepas  balik dinner kami pun lepak tido dan bersedia untuk next day..

To be continued in part 3

Wassalam




Friday, February 14, 2014

Bercuti di gala Yuzawa ski resort, Nigita (part 1)

Salam musim winter semua..

Awal bulan Februari yang lalu, papa baik hati sangat bawa kami ke Gala Yuzawa Ski Resort. Mungkin juga papa stress menghadap paper work yang xpernah nak abis kan and  maybe this is on of the way untuk rehatkan minda..chewah..boleh jadi jugak..;) yerlah kan kalau tarah otak hari-hari mahu jam jugak..haha

whateverlah kan..

Memandangkan tahun ini merupakan tahun terakhir kami menikmati musim winter, so kami decide untuk bercuti bermain salji. Takkan main salji depan rumah jek kan, nak jugak feel main kat slope..hehe

Gala Yuzawa ni memang destinasi terkenal untuk pelancong yang ingin bermain ski kerana bentuk cerun muka bumi yang sangat menarik. Tempat ni memang special, hanya buka daripada bulan Disember hingga bulan april setiap tahun. Selain ski, ia juga menawarkan pelbagai kemudahan untuk kanak-kanak seperti main slides dan sebagainya. Ia terletak di Nigita perfecture. Jarak nya hanya lebih kurang 200km dari Tokyo dan mengambil masa 1 jam 20 minit dengan menaiki bullet train (max express)

Sempena musim winter, JR company ada buat promotion untuk  pakej dua hari satu malam termasuk hotel, tiket bullet train pergi balik, dan tiket ke Gala Yuzawa ski Resort plus gondola ride. Untuk Naufal dan ica  seperti biasa free of charge.hehe Untuk rental ski dan baju tuh sendiri-sendiri, takdop dalam pakej.hehe.. Untuk kitorang, memang dah jimat sebab dan pinjam set ski family tuh dari kawan..hehe 

Percutian kami kali ni adalah in group so memang meriah pantang berjumpe mesti nak gossip. Ada Akio dan hiro sekeluarga dan group tiga bujang sekawan.hehe

Kami bertolak dari Tokyo station seawal 8.00 pagi. So memang kelam kelibut dengan anak-anak nak bangun pagi dan bersesak dalam train sebelum sampai station tokyo..fuhhh..dengan beg luggage seketul , stroller, makanan bayi, bekalan sarapan dah macam rombongan mak kiah pulok..haha..nasib juga anak-anak x meragam pepagi buta tuh..huhu

Ni lah Shinkansen Max express yang kami naik. Merasa juga mama, Naufal dan Ica naik shinkansen..Papa die tak heran sebab die dah pernah naik shinkansen paling terror Hayabusa..fuhh xpayah kawan dengan papa..hihi..Apapun memang mama yang paling excited. Shinkansen laju dan selesa sepanjang perjalanan.


Ica sempat posing dalam shinkansen..nyomel mama sangat mulut comot baru lepas sarapan ler tuh..hehe


View dari dalam train sebelum sampai Nigiita perfecture


Tiba-tiba, surrounding view dah bertukar jadi kaler putih..teruja-teruja..!! Totally rasa macam berada di dunia lain..memang cantik subhanallah..


Lepas sejam dua puluh minit, selamat kitorang sampai di Echigo Station. Bila turun dari shinkansen dah terasa sejuk semacam plus mulut berasap-asap..hehe


Kami terus jek naik teksi sebab shuttle bus ke hotel kene tunggu lagi sejam... Ingatkan dekat, hamik ko, duduk dalam teksi 15 minit, kami kene bayar 3000yen..tak berbaloi...memang mahai teksi kat jepun ni..jagan main-main..lepas ni jangan harap saya nak terlepas dari shuttle bas lagi..hehe..


Sementara tunggu papa check in hotel.. Abang muka dah seronok dah x sabar ler tuh..


Memandangkan check in pukul 2 petang..Nak tunggu masuk bilik pun lambat lagi..sumbat lah segala bagai barang dalam locker..Tukar uniform siap-siap and  yeah we are ready mama for snowing activity..hehe..yang bestnya kat sini, ade snow resort sebelah hotel tuh. 

Nanti dulu kengkawan, snow resort ni bukan seperti dalam tajuk entry untuk kali ini tau. ni snow resort yang hotel ni sediakan..amacam best kann..

Agak-agak rasa nak terjun main snow, terjun jek dari dalam bilik hotel..hehe..xde lah terjun yer, turun dengan lift okei. Kalau kat Malaysia ni ala-ala kita duduk resort tepi pantai lah gamaknya..

Tengok kelibat siapa yang paling x sabar nak bersalji tuh..huhu



Yang ini pula kelibat baby marissa...mungkin sejuk sangat, keras kejung die duduk atas papan slide tuh..sian dia kene paksa posing..hehe


 Gotcha on camera bujang kecik mama!!


Abang dah pandai main sendiri slide..


Versi mama dan ica..


Siapa yang terlebih excited tuh...hehe


Dah boring main slide, yok kita main pelampung pula..


laju tuh..serius laju macam kat gambang water park..terus terdiam abg naufal.haha


Setiap kali abes, sure abang akan kata yeahhhhhhhhhhhhhhhhh..abg pandai mama!!


Buat kenangan..ehem..ehem..


Kat sini ada mini palyground juga..syioklah si kecil tuh x duduk diam..banyak aktiviti lah katakan..


Hah, nilah hotel yang kami tinggal, sebelah jek dengan tempat main snow..best kan..


siapa kata abang dan ica tak reti penat? hah tarrrra pengsan terui anak-anak mama penat sangat ler tu..sampai papa buli abg pun xsedar.sian budak-budak ni biler dah penat.terlentang terus. Apapun..masa nih lah mama dan papa dapat berdating..hihihi..mekasih anak-anak..


Si dua beradik tido diatas salji woo...


Haha, nilah budak kene pakse bangun...Bangum-bangun terus meligat nak buatkan hidung dan mulut si yukidaruma..haha..bijak abang..


To be continued in part 2

Wassalam..

Thursday, February 13, 2014

Salji di depan rumahku

Assaalam semua..

Wah terasa lama sangat x update blog. Rasanya nilah first entry yang mama mampu tulis untuk bulan febuari 2014. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis sejuk -sejuk camni. Sekejap sahaja masa berlalu..Bulan februari bakal meniggalkan kita..musim winter pula sudah berada dikemuncaknya..itulah masa, pergi begitu pantas tanpa disedari.

Sepanjang bulan ni mama sibuk dengan tetamu dari malaysia iaitu rombongan Pakngah dan Makngah. Sebelum kehadiran tetamu, sempat juga papa bawa kami sekeluarga pergi bercuti di Nagano. Kalau ada masa nanti, saya akan sharekan trip salji di nagano. Minggu depan pula, kami menantikan rombongan family pekan ..wah padatkan jadual musim winter kali ni..hehe..Apapun tetamu datang dan pergi membawa seribu keberkatn ;)

Sepanjang musim winter ni, bende yang paling ditunggu-tunggu kami sekeluarga mestilah nak berjumpa dengan mr.snow. Tunggu punyalah tunggu, minggu lepas bumi Tokyo dibanjiri kapas putih.Berterusan sampailah hari nih, snow cumil sangat turun kat dpean rumah kami..Teramatlah teruja, bertuah dan jakun bila snow turun..haha. jakun tuh bukan saya seorang, jiran2 sebelah rumah, budak2 kawasan rumah semua enjoy main yuki depan  rumah diorang..Semua pun wajib jakun dan happy sebab yuki hanya turun dua ke lima kali sepanjang musim winter di tokyo. Bayangkanlah bertapa serunuk nyer kami bila yuki turun.

Selain daripada itu, musim sejuk camni, macam-macam penyakit mengundang..Hampir lepas seminggu yuki turun anak anak mama demam, selselma, batuk..Kalah juga budak-budak dengan musim sejuk ni tau..Paling worst marissa sampi hilang suara dan hidung berdarah..fuhh...abg demam reach 40 deg.memang kelam kelibut rumah ni kalau anak-anak sakit..apapun, semga anak-anak mama be strong and get well soon k..dah sehat mama akan bawak jalan-jalan tau..

Untuk Marissa inilah kali pertama ica dapat jumpa snow di deppan rumah.Untuk abg Naufal pula ini dah tahun ke tiga abg main snow depan rumah. Tahun ni jugaklah, tahun terakhir kami sekeluarga nak tengok hujan salji dari tingkap bilik tidur kami..sedihnyer...sob sob sobbing..huhu

Iniah view dari tingkap bilik ..


Inilah rupa bila keluar jek dari pintu rumah..
Putih itu suci.


Basikal kat bawah rumah..


sugoi pakcik kedai pakaian sukan kanak kat bawah rumah buat icon from ice..

Abg Naufal jakun betul siap nak landing kat sofa ice tuh..pastu jerit mama dog!!


Comel sgt naufal amik daun-daun dan batang ka pokok untuk buatkan yukidaruma nyer mata, hidung dan mulut..hehee


Tengok, ni saper punyer kejra kaut salji nak main atas karpet mama!! huhu


We gonna miss u mr. snow!!!

wassalam.