Wednesday, July 9, 2014

Apa yang mesti ada dalam beg bayi saya ;)



Assalamualikum semua ;)

Rasanya kali terakhir mama pakai handbag adalah hari terakhir sebelum adik ica di lahirkan. Lepas je adik ica lahir, mama terpaksa pencenkan perkhidmatan handbag mama dan lantik bag baby merangkap handbag baru mama. Bagi mama bila kita travel bersama baby dan toddler, bag baby memang perkara wajib yang mesti di bawa ke mana sahaja. Pernah juga suatu ketika dulu, masa zaman abg naufal bayi lagi, mama cuba jadikan handbag biasa mama sbg baby bag..tapi at the end, mesti ada barang yang x cukup and kadang-kadang menyebabkan bag tangan kita messy tanpa di sengajakan. Jadi, bagi pendapat mama, beg bayi boleh dilantik fungsinya menjadi beg tangan manakala beg tangan belum tentu boleh dilantik jadi beg bayi..hehe

Sejak menjadi mama, beg bayi pertama mama gunakan adalah dari koleksi super simple dimple dan yang kedua adalah Amanda quilted by babymel. Baby bag dari babymel adalah bag kesayangan mama yang kami beli online through amazon japan  dan mama pakai sampai la ni. Apa yang mama paling suka tentang bag ini adalah sebab bnyk inner poket made from water resistant material, ada sekali disediakan padded changing mat, ada insulated pocket bottle even mama xgunakan dan yang paling mama suka feature stroller strap so that boleh lah gantung kat stroller.

Inilah bag lampin yang telah berkhidmat sama usia dengan adik ica..yup, still sturdy and durable kan..Ruang poket yang bnyk memudahkan mama utk organize segala barang-barang yang perlu di bawa ke sana dan ke mari..hihi


Jom kita lihat apa yang mama sumbat dalam baby bag mama ni sampai menggelembong..Semestinya isi kandungan dalam bag ini berubah mengikut usia anak-anak kita. Since adik ica adalah satu tahun dua bulan dan abg Naufal  pula tiga tahaun tiga bulan, inilah apa yang ada dalam bag tanganku..hihi..Hebatkan beg tangan ku, mama double functionkan with keperluan duo kids sekaligus and my personal belongings.


12 harta karun paling penting dalam diaper bag saya :
  1. Nursing cover 
  2. Diapers
  3. Wet Tissue
  4. Changing mat
  5. Hand sanitizer
  6. Diaper rash cream
  7. Minyak panas bayi
  8. Segala perkakas makanan seperti snack trap cup, straw cup, sudu, plastic ziplock dan etc
  9. Segala snaks dan makanan seperti biskut, cereal, jar food and etc
  10. Pakaian salinan abang dan ica
  11. Sapu tangan
  12. Plastik utk buang dirty diaper ke baju kotor ke
  13. Sorry no space utk mainan abang dan ica..;P  
p/s : Tiada dalam gambar adalah handphohe ku yang tatkala ini tidak berfungsi..hehe

Selain bag ini boleh digantung pada stroller, ia pun boleh digayakan on my shoulder too..hehe.. kat bakul stroller pula penuh sumbatkan baby carrier. Banyak kan barang anak-anak. Bila dh bergelar mama, baru paham kan kenapa seorang mama klu nak keluar jenjalan ambik masa yg paling lama siapkan barang anak-anak sahaja..fuhh..barang-barang anak dah sekian bnyk atas bawah semua nak gantung, belum lagi perihal meyediakan bekal makanan pula yer tak..Its fun actually and always enjoy every moment.. Alhamdulillah, still graeful coz my hubby always help to manage our kids.



Sooner, i will miss my baby bag. When the right time is come, mama have to introduce kids backpack to ica and abam already have one, so each one should  responsible to carry their own loads..haha..and of coz , mama can ask papa to buy new handbag ;) haraplah papa baca..hehuuu

Wallahualam 

Happy fasting!!

2 comments:

  1. Samalah lah kita hihihi
    3x pencen berhand beg .. And pernah juga beberapa kali cubaan menjadikan hand beg as a baby beg .. Sudahnya pergi kerja terbawa pampers la .. Minyak panas la ..gara-gara x sempat check bfore out to work hihihi

    ReplyDelete
  2. Hai Syira ;)
    Part yang terbawak diapers ke office tuh kelakar okey ;) hihi..
    Klu dah jadi mommy nih, pastu pula ada handbag size besar sikit, segala macam bende nak disumbat kan..hihi..

    ReplyDelete