Tuesday, August 26, 2014

Aidilfitri 2014 di Perantauan

Assalamualaikum dan hai semua ;)

Selamat hari raya!! eh jap, ada raya lagi kan? uhuk uhuk..raya sebulan kan..Jadinyer, masih tidak terlambat untuk mama melayangkan ucapan khas selamat hari raya aidilfitri kepada sesiapa jua yang sedang membaca blog mama terutama di kalangan kaum keluarga, sahabat handai dan sesiapa jua anda berada..Kalau adalah..Paling tak pun, papa my silent reader sejati kan..hehe..hope naufal n ica bila besar nanti pun ikut jejak langkah papa, always be my favorite ever reader..haha..bunyi macam desperate pula kan..

Di samping itu, sepuluh jari mama hulurkan keampunan jika ada yang terasa or terambil hati dengan mama samada secara sengaja ataupun x sengaja. X sengaja ni macam korang yang tengah baca ni, tetiba tak puas hati ke ngan apa yang mama tulis, i sincerely apologies.

Ok, let me flash back day one of eid mubarak..

Tahun ni merupakan tahun terakhir kami sekeluarga beraya di Jepun. Kalau nak ikutkan pengamalan mama beraya di perantauan, inilah kali kedua mama sekeluarga menyambut lebaran di sini. Kalau ikut papa pula, dah tiga kali beraya di sini. Kami sekeluarga pernah juga pulang beraya di Malaysia utk beraya bersama our big family. All together sepanjang tiga tahun di sini,  sempat bertemu empat kali syawal dan menyambut hari raya pertama di :

Tahun 2011 (ogos) : Papa beraya single di kedutaan besar Tokyo + Mama & abang di Johor





Tahun 2012 : Papa + Mama ( ica in my baby bump) + Abang di Pekan, Pahang.


Tahun 2013 : Papa + Mama + Abang + Ica di kedutaan besar Malaysia, Tokyo


Tahun ini : Papa + Mama + Abang +  Ica  di jeng jeng..di rumah sahaja..sob sob sob..


yup, hari raya pertama memang kami anak-beranak menyambut syawal di rumah. hukhuk..Kisah di malam sebelum raya tuh mama dah masak siap-siap lauk raya iaitu rendang dan ketupat untuk juadah berbuka di ramadhan terakhir juga. Mama xdelah masak meriah macam kat malaysia memandangkan pada hari raya kedua ada tetamu istimewa yang kami import dari Malaysia untuk masakkan lauk raya ;) siape lah tu kan yang sudi beraya di perantaun? mestilah tak lain x bukan tok ayah dan tak ibu, uncle aiman dan pakusu lah yang sudi menziarahi kami disini sambil beraya menyambil juga berjalan2. Haruslah kan.. seronok sangat bila atok2 dtg jepun melawat naufal n ica terutama di hari raya. Terima kasih atok-atok ye memeriahkan hari raya kami dengan kuih raya juga..hihhi

Sebelum subuh mama sempat lagi masak laksa Johor unutk tambah juadah raya selain rendang dan ketupat. Menu wajib mama biasnya lontong n rendang di pagi raya. Tp sebab kes atok nak masak lodeh  hari kedua raya, so mama pendamkan hasrat nak makan lodeh dululah yer.. Laksa Johor pun not bad untuk di makan di pagi raya ;) Papa memang suka makan Laksa Johor yg dimasak ibu mertua saya..memang lazat laksa johor mil saya mmg wajib utk mama menutut ilmu..Masalahnye, nuntut dah lebih 10 kali, confident nak masak tu tarak..asihhh..Tapi sampai bila kita xmahu try masakan kegemaran suami kita kan? hehe..semangat2! Maka nak dijadikan cerita,  semangat tiba-tiba jadi kentai abis nak try masak laksa johor.woot..barang-barang memang semua ada, papa dah belanja barang dapur untuk raya..bergegas juga mama masak sambil dalam hati ni kemain nervous jadi ke x, jadi ke tak..hihi.agak-agaknye?

jeng 
.
.
.
.jeng.
.
.
Tadaaaa..ini lah juadah perantauan pagi raya kami..;) blink blik senyum lebar bila papa kata boleh tahan rasanya.;) haha..ikhlas tak ikhlas tak tahu lar ye..


Bangun pagi-pagi raya tuh pun ade cerita sedihnye juga. Sedihlah kan bila dah plan nak beraya tahun terakhir di embasy tiba-tiba xjadi..semua gara-gara terlajak tidur lepas jadi burung hantu masak laksa johor..hukhuk..pagi tuh masing-masing termenung..memang sentapp sangat beraya kat rumah...pasang tv 1 dengar takbir raya lagi lah bikin hati nak nangis bila hanya ada kami berempat beraya d rumah. huhu..bukan apa, tak pernah rasa beraya selonely ini..hehe..Ala mama tak yah nak sedih sangat lah..Masih ada org tersayang duduk semeja makan kan sudah cukup menggambarkan moment paling istimewa..yupp mmg sgt berharga dan kenangan yang x dapat di lupakan.. Ingat kene sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dilimpahi Allah swt. Insyaallah.

Pagi raya tuh, lepas mandi papa terus menunaikan solat sunat aidilfitri di masjid gyotoku yang berdekatan dengan rumah kami. Naik basikal jek kayuh perlahan-perlahan sampai lah dalam masa lapan minit okei ;) Papa kata balik sembahyang nanti baru makan sama-sama lepas abam , ica dan mama semua dah siap berhias di pagi raya nanti...hehe..

Lepas perut dah kenyang, apa lagi lah kan, sessi wajib bergambar bersama keluarga untuk kenang-kenangan ;)

Model utama adalah :


  
dan adik manis kita sorang ni..




Potret raya kami tahun ini ;)
(gambar ni di ambil masa berkunjung di rumah rakan di Jepun)


Lepas sessi bergambor, kami siap-siap untuk beraya di rumah kawan-kawan. Di pagi raya pertama kami mendapat undangan rumah terbuka oleh tiga org rakan kami di Odaiba,  Urayasu dan Kasai. Sempat mama sanp gambar lauk yang meriah . Bukan sahaja lauk yang meriah, bila dah berkumpul reramai, memenag meriahlah hari raya pertama kami seperti di Malaysia..hihi..

Meriah kan? Lodeh pun ada wok!!


Terima kasih tuan rumah ana zuwaina dan aidil yang sudi menjemput kami dan hidangkan lauk raya yang sedap bangat ;)


Sambung jelajah raya kami ke rumah kedua pula iaitu rumah kak zainab dan abng hanif di Kasai. Special menu raya yang disediakan tuan rumah tentulah masakan japanese by japenese chef tau. Tak ingat apa lah nama hidangan itu, seingat mama cuma mee yang dihidang dengan air batu..kita panggil mee sejuk udah lah ye. 

Abam memang peberet kalau dapat makan mee..Adik pula sibuk ngan you tube..huhu




Jelajah raya pertama pula bersambung ke sessi sebelah malam ke rumah kak mega. Tiada gambar pula yang sempat di ambil..huhu..apapun terima kasih tak terhingga kepada tuan rumah..

Begitulah cerita hari raya pertama kami..Seharian juga lah cerita raya kami di snini. Balik jek rumah pengsan semua anak-anak kepenatan.. Kami pula pengsan kekenyangan..hehe..itu dah mesti ;) Malam tuh kami titur kepenatan dan x sbr utk tggu ketibaan atok keesokan harinya ;)

Apa lagi eh nak cerita pasal raya kami. Hah rasa dah abis dah semua mama sharekan kisah raya kami sekeluarga. Sebagai penutup, biarlah gambar kat bawah ni tolong ceritakan ;) hihihi


Faturing salam perantau di harian Kosmo buat kali pertama ;) hihi.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment