Saturday, July 5, 2014

Ikan salmon di bakar rangup bersama homemade sos tartar


Assalamualaikum dan salam ramadhan al mubarak.

Alhamdulillah masih lagi diberi nafas untuk bersama-sama berpuasa  di hari ke 6 di bumi sakura. Cerita semalam buka peti ais jek nampak ikan salmon. Kesian nasib ikan salmon mama kali ini, asyik masuk keluar peti ais sebab kes tak tahu nak dimasakkan apa. hehe..Almaklumlah bila bulan puasa ni, selera nak makan lebih pada masakan ala bazar di Malaysia gitu. Klu masak ikan ini ala barat ke mmg x retilah mama nak suai padankan dengan nasi. Betul ke yang ikan salmon ini x sesuai mkn dengan nasi? Ini semua propa!! haha..

Sebenarnya bagi mama, ikan salmon ini paling sedap dan senang dimasak dengan kaedah grilled sahaja. Tapi takkan lah asyik nak grilled ngan garam jekkan..paling tidak pun nak ader dipping sos ke gravy ke..hehe..Lepastu sambung dok terbayang lagi ni, klu lah ada jual lah ikan ni kat bazar ramadhan, agak-agak ada jumpe ke versi salmon grilled ni? abis tuh nak masak apa ni? Jawapn die, mmg harus bertanya pada makcik google.  Search after search jumpalah resepi dari mak Jepun yang mama rasa praktikal kot untuk menu berbuka ala bazar iaitu ikan salmon di bakar rangup bersama sos tartar. 

Selain daripada itu, bagi mama yg penting sekali, tiap kali bila nak masak, mesti fikirkan masakan yang mama bakal masak ni make sure dpt menangi hati anak-anak. Basically, prinsip mama senang jek, menu yang kita makan biarlah sama dengan anak-anak maybe kita just adjust penggunaan garam ke chili ke..camtulah..

Bukan senang nak tackle selera naufal dan ica, org kata seorang mama kene rajin trial and error dan bereksperimen di dapur utk tahu makanan kegemaran anak anda. Walaupun mereka adik beradik tak semestinya mereka berkongsi makanan kegemaran yang sama. Letih lah mama camni klu dah besar nanti, setiap anak mama order masakan lain-lain..hihi..Sekian mukadimah..Lets masak time..;)

Resepi Ikan salmon di bakar rangup bersama homemade sos tartar

Bahan-bahan

  • 1 cawan bread crumb 
  • 1 sb olive oil - mama gantikan dengan butter/marjerin sbb xde stok olive oil
  • 1/2 tsp garlic powder - mama xletak
  • 1/2 tsp dried thyme or any herb
  • 450g skinless salmon fillet yang dipotong saiz byte dan taburkan garam dan black paper di kedua-kedua belah ikan- bhgin kulit nilah yg crunchy. so mama let it be
  • Freshly ground blackpaper
  • 1/4 all purpose flour
  • 1 biji telur

Mama buat separuh adunan jadi bahan-bahan tuh pun mama separuhkan. Masak ni xapa klu agak-agak janji cukup rasa.Tapi klu kek jgn sekali hentam-hentam..haha

Cara Penyediaan
  • Panaskan oven terlebih dahulu. Kemudian, masukkan bread crumb, butter, thyme dalm kuali dan goreng tanpa minyak sehingga garing serta keperangan macam gambar di bawah ini. Biarkan sejuk dan ketepikan.

  • Lepas tuh kita coating satu persatu macam biasa. Firstly kita coat dengan tepung.
  • Next follow dengan coating with telur pula.


  • Last but not least, kita salut dengan bread crumb yang di sangai tadi dan letakkan terus dlm tray oven.

  • Sedia di bakar dalam oven sehingga salmon masak x perlu lama untuk kekalkan tekstur ikan yang moist bile dimakan. Lebih kurang 20 minit pd suhu 180 darjah.
Ini lah hasilnya untuk budak-budak x puasa abam naufal dan adik ica. Rangup diluar, lembut di dalam..nyum nyum..Sesuaikan klu dijadikan snek untuk anak-anak ataupun lauk untuk bekal anak-anak ke sekolah.hihi



Mama kata makanlah ngan nasi goreng barulah kenyang. Inilah menu berbuka puasa kami yang simple semalam versi budak-budak x puasa..hehe


Untuk mama dan papa yang berpusa, of cozlah ada extra sikit iaitu special homemade dipping tartar sos seperti mcm gambar yang mula-mula kat ats tuh..menarik kan....hehu..Resepinya dan bahan-bahan yang digunakan mudah ajer seperti di bawah. Semoga bermanfaat. Insyaallah.

Resepi homemade tartar sos
by : Mak jepun @ Justonecookbook

Bahan-bahan


  • 2 telur rebus
  • ¼ bawang holand dicincang halus
  • 1 pickle or 7 cornichons/gherkins - mama x letak
  • garam
  • Freshly ground black pepper
  • ½ lemon- mama gantikan dengan cuka masakan
  • 4 Tbsp. Japanese mayonnaise
  • Parsley (optional) 

Cara penyedian
  • Hancurkan telur rebus dalam satu mangkuk besar
  • Bawang yang telah dicincang halus direndam dlm air sejuk lebih kurang 10 minit utk dptkan rasa pahit
  • Tapiskan bawang yang direndam tadi dan keringkan dengan kitchen towel (buat mcm sup bunjut)
  • Masukkan ke semua bahan tadi iaitu bawang yang telah ditoskan, garam, blackpaper, mayonis ke dalam mangkuk besar berisi telur.
  • Gaulkan sebati dan masukkan cuka/perahan lemon
  • Cover dgn plastik dan disejukkan dalam peti ais sehingga digunakan.


Wallahualam..

Selamat bersahur!!

No comments:

Post a Comment