Wednesday, May 14, 2014

Jelajah musim bunga : Tokyo German Village

Assalamualikum dan Konichiwa ;)

Untuk tahun yang pertama ica, memandangkan tiada lagi perancangan sambutan hari jadi bersama kawan-kawan ica, kami hanya merancag untuk beriadah sambil berpiknik bersama anak-anak yang tersayang..Tiada apa yang lebih seronok selain menghabiskan masa bersama keluarga tercinta..Menikmati pemandangan yang segar sambil melihat telatah anak-anak bermain dan bersosial adalah klimaks yang paling gembira untuk mama dan papa..

pada musim bunga, kami memang lebih gemarkan aktiviti luar bersama anak-anak yang sedang membesar berbanding daripada indoor activity..Jadinyer, setelah buat research ala-ala phd, kami terus jatuh cinta untuk ke Tokyo German Village di Chiba...Pertama sekali of coz akan jatuh cinta dengan nama nya sebab ada 3 negeri dalam satu taman..hahaha..ada Tokyo, German dan Chiba..hihihi..yang kedua nye sebab ada festival bunga Shibazakura tgh full bloom! Shibazakura ni kira mcm retis popular after sakura lol..Yang sebenar-benarnya, Shibazakura ni adalah padang rumput sakura yang colourful..Bunganya pun seakan-akan sakura..Ni kes mama terlebih excited dari anak -anak.. huhu..yang ketiga nya baru lah disebabkan TGV adalah taman tema untuk seisi keluarga..;) hihu

TGV terletak di daerah Sodegaura-shi, Chiba..bukan Tokyo ye..haha..perjalanan nak ke sana dari rumah kami lebih kurang 40km..Kami bertolak seawal 11 pagi dan sampai lebih kurang 1 ptg Biasalah kan memang bnyk delay klu berjalan dengan anak-anak kecil ni plus jam  nak masuk ke garden tuh tau..hikhik..as maklum, kereta pun kene beratur panjang giler nak masuk ke TGV ni.k bagi org jepun, beratur ni biasa jek bagi depa..hikhik...Hot betul lah tempat ni kan..haha

Saper tak percaya meh tengok gambar kat bawah ni..mehmeh..adalah beratur panjang sampai nun  kat simpang belakang sana tuh..hehe


Welcoming sign board disambut oleh haiwani yang berhidungkan cik bab..haha..


 Kene bayar yer tuan-tuan sebelum masuk..huhu, mati-mati ingtkan free..hihi


Once lepas jek entrance gate ni, kami apa lagi membebel-bebel, eh nak tengok bunga pun kene bayar ka samapi sen yen??  bukan boleh bawak balik pun bunga..bla-bla blu-blu ble ble..

Tetiba plak lepas tu terus tergamam, tersenyap jap, sbb terpegun kot, cantik gilos sepadang luas bunga shibazakura.ada fushia pink, soft pink, purple, white etc etc....huhu..terus stop, x jadi bebel, sambil kepala terpusing tgk bunga-bunga dan ramainya manusia..subhanallah...


Sakkan lah hari tuh bergambar dengan shibazakura..


Gambar ni paling mama suka, ehsan daripada uncle photographer paling famous kat japan ni..uncle jus..hehe..terima kasih ye..


Shibazakura berkembang sepenuhnya pada pertengahan bulan april hingga hujung bulan april..Lebih kurang selepas full bloom bunga sakura..Setahun memang sentiasa ada event di TGV contohnya jika datang musim winter, ada festival illumination..Awal mei nanti mungkin dah ada tulip, roses, peony dan etc etc.musim summer pula ada bukak pool utk kanak-kanak main air.Apapun, kene check kalender dan update terkini di TGV..chewah, siap info bagai ni, mcm nak repeat lagi jek ke TGV..seriously memang nak repeat!!! sebab frust tak abis cover hari tuh..rugi tul..sob sob..

Banyak sangat entertainment facilities dan aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuklah swan riding di tasik buatan, naik feris wheel if lucky boleh view mount fuji, ada roller coaster, ada mini zoo boleh bermaja-manja dengan haiwani, ada kolam mandi , padang golf dan lagi dan lagi..besar kan..yang tersenarai ni semua yang xabis cover..acanner nak cover klu smpi tengahari deknon..huhu..Untuk lebih jelas gambaran boleh tgk pamplete yang sempat di snap sebelum dikoyakkan oleh anak-anak..haha..Btw, attraction tuh ada jugak yang kene byr berasingan..


Kalau diflashback semula,  yang sempat cover cuma grass field of shibazakura ( yang ni tak termasuk botanical garden) dan taman permainan kanak-kanak..huhu..Playground kat sini bukan cam tepi-tepi rumah tau, besar sangat and naufal n ica main samapi pengsan..

Klimaks permainan di playground ni bila Naufal pertama kali dapat naik flying foks!! Sugoi desune..;)



Ica pula paling klimaks dapat berlepas dan berlari tanpa tujuan dan bersedekah dengan senyuman tiap kali jumpe pakwe jepun..kikiki ;)


Tengok anak dara aku, siapa yang die takel..?? kikiki


Sementara tuh, boleh lah cari port yang sesuai untuk birthday gugurl mama berpiknik dan ruang bersolat..


Hmm, selain daripada kepelbagaian kemudahan permainan yang disediakan, kat sini pemandangan die ala-ala kehidupan kekampungan di German..feel ai kat german masa tuh..sangat!! 


Kesimpulannya, TGV kami senaraikan antara  favourite theme park yang pernah dikunjungi..I loike vey much..adults and kids can have fun together-gether ;)

Otw balik, sempat perkena seafood ikan bakar di Kisarazu  port ala-ala ana ikan bakar yang famous kat tanjung lumpur Kuantan yer...Layannn..


Wassalam dan selamat malam..

No comments:

Post a Comment