Thursday, May 15, 2014

Homemade cheese steamed bread for bayi dan kanak-kanak

What Marissa and Naufal eat for their breakfast?

Assalamualikum semua..

Kombawa!!

Sarapan pagi adalah menu pertama yang paling penting di ambil oleh anak-anak selepas sahaja bangun daripada tidur..Lepas sahaja bagun daripada tidur, kebiasaanya memang perut anak-anak mama lapar dan tak sabar untuk mulakan harinya dengan sarapan pagi..Maka bermulalah episod di pagi hari untuk termenung dan berfikir-fikir hmm nak masak apa eh utk budak-budak ni!! seriously kadang-kadang blank xde idea walhal banyak jek resepi kat internet yang boleh dipelbagaikan untuk diet pagi anak-anak..

Kadang-kadang pernah juga hidangan pagi yang kita sediakan tak langsung mendapat sambutan hangat dari anak-anak mama.sob sob...dan paling tragis bila anak kita allergik pada bahan makanan yang kita sediakan..fuhh..yang kes ni memang jarang-jarang terjadi dan biasanya terjadi pada bayi pertama kali yang try solid food..Setakat ni, ada pernah sekali jek penglalam ica alergik pada telur..mahu taknya, lepas consume telur, naik merah gegata satu badan..meronta berguling menagis.menggelabah juga lah time tuh...tapi lepas dari tuh, reda perlahan-lahan..Sejak dari tu, mama stop pengambilan telur dan perknalkan semula sikit-sikit dengan mencampurkan kuning telur dalam makanan..alhamdulillah sekarang telur dah jadi makanan fav ica..haha

Setiap pagi hari, mama biasanya akan  bereksperimen unuk pelbagaikan hidanagn pagi supaya dapat tackle selera anak-anak mama..Tapi klu bgn pagi lah..klu kes terlajak, terus brunch sajaaa..ahaks..
Menu sarapan pagi yang menjadi pilihan hati saya tentunya menu yang paling mudah dan cepat untuk disediakan. Tiga bahan yang paling comman utk breakfast anak-anak tak lain tak bukan mama nobatkan pada susu, telur dan gandum...So dua hari lepas, mama ada try resepi bayi dari chef mak-mak jepun iaitu steamed bread!! Cheese tuh mama olah daripada resepi asal yang menggunakan samaada pisang, labu, keledek manis, carrot, apple etc etc.. be kreatif dan always consider barang apa yang ada di rumah..;)

Jom ke dapur..

Basically ini adalah resepi untuk basic pancake. Cuma teknik memasak yang digunakan adalah megukus.So if mama xde pancake mix, kenelah buat from scratch mcm resepi pancake sebelum ini di sini. x susah mana pun..huhu


Resepi asal : Chef momies di  Jepun

Masa penyedian : 15 minit


Bahan-bahan
  • 200g Pancake mix
  • 150ml Fresh or formula milk
  • 1 egg
  • Shredded Cheese or banana or steamed carrot 
  • Muffin Cups
Cara Penyedian
Steamer dipanaskan terlebih dahulu.
  1. Pukul telur bersama susu n cheese kemudian masukkan tepung.
  2. Scoopkan kedalam muffin cups sehingga 3/4 penuh
  3. Sedia dikukus selama 10 ke 15 minit. cucuk dengan pencungkil gigi,  if x melekat menunjukkan ia dah siap..
Tadaa..Inilah hasilnya..gebu dan gebana..abaikan cup liner bentou yang mama multipurposekan penggunaannya..haha..dan abaikan juga kenapa ia diberi nama roti kukus keju bukan mufin keju kukus ke yg sesuai or maybe kek cawan keju kukus..ahaks..whatever the name is, tnye lah ngan mak jepun..ada kemungkinan besar namanya pelik disebabkan direct translation..boleh jadi ;)


Alhamdulillah anak-anak mama sukakannya..;) Abg naufal makan sampai 3 dan adik ica satu saja ;)


 Nak lagi-nak lagi!!



Selebihnya mama simpan dalam frezer..Besok ke lusa nak makan tinggal panaskan jek..Kadang-kadang tuh x sempat simpan pun, mama dan papa pun join breakfast sekali..memang sesuai utk anak-anak dan org dewasa..;) hihi



Wasalam..

No comments:

Post a Comment