Wednesday, May 14, 2014

Resepi kek Chiffon Hokaido sempoi but gebus!

Assalamualaikum dan Kombawa :)

Alhamdulillah..hari khamis yang mulia ni, mama nak berkongsi resepi cupcakes kegemaran abam naufal dan adik ica iaitu Hokaido Chiffon cupcakes gebu gebana..Mama di fahamkan kek ini bukannya berasal dari pulau Hokaido Japan, tapi tak kisahlah kan ia berasal dari mana janji sodap dan paling gebus bila dimakan!! Kek Chiffon ni kalau kat malaysia memang bersepah jual kat giant, carefore etc etc esp yang berbentuk lubang di tengah-tengah kek tuh kan.betui x? Suka di ingatkan yang versi lubang di tengah tuh tradisional Chiffon kek..hahaha..;P So klu  namanya ada Hokaido di depan, maksudnya lubang ditengah dah takde, tapi digantikan dengan inti custard yang sangat creamy dan oishi!!!

Kek chiffon ni bukan lah kek alaf baru mcm red velvet ke pavlova ke..Tapi tak tahu kenapa anak-anak mama suka sangat dengan kek ini (padahal mama baru je try dua kali baking)..haha..Maybe disebabkan teksturnya yang ringan, lembut, xcepat muak dan mudah dihadam antara faktor kanak-kanak menyukainya.

Untuk itu Jom kita belajar buat kek cawan chiffon Hokaido paling mudah, cepat dan senang sesuai untuk bizi mommy dan pembuat kek amatur. Resepi kali ni mama cedok dari blog Ochikeron..chewah, xmoh kalah belajar buat kek dengan mak jepun..haha..ini kes gara-gara terpengaruh dengan nama Hokaido lah kan haha

Lets check it out..

Resepi Hokaido Cfiffon Cupcake

Bahan-bahan asas kek chiffon ( 10 m size liners cupcake)
Sumber: Ochikeron

Bahan A :  Egg yolk Batter
  • 3 biji kuning telur
  • 20g gula
  • 40ml canola oil
  • 40ml fresh milk
  • 60g tepung kek
Bahan B : Meringue
  • 3 putih telur
  • 40g gula
Cara penyedian kek chiffon
  1. Bekas yang pertama, masukkan bahan basah terlebih dahulu iaitu telur, minyak dan susu dan  kacau sebati. Diikuti pula dengan tepung dan gula..siap ;)
  2. Bekas kedua, masukkan putih telur dan gula..Gunakan mixer dan kacau sehingga kembang dan menjadi merringe (cer terbalikkan bekas, klu xde yang tumpah, merringe lah batter tuh..hehe)..siap ;)
  3. Gunakan spatula, kuap merringe tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan bekas pertama..Janji serasi tak perlu over kuap..siap ;)
  4. Gunakan sccop ice cream, scoopkan adunan seperti no (3) kedalam bekas cupcakes dan bakar jgn lupa..siap;)
Bahan-bahan inti kastard 
Sumber: Hana kitchen 
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula
  • 1 sb butter
  • 200 ml fresh milk
  • 1 biji telur
Cara penyedian init kastard
  1. Masukkan semua bahan dalam periuk kecil..Dengan api kecil, kacau sehingga pekat..Masukkan dalam pipe dan sejukkkan..;) siap..
Bahan Hiasan untuk dusting atas kek
  • Gula kastor (mama gantikan dengan susu abam naufal  je..)
Ini lah rupenye kek chiffon yang paling humble versi without filling and dusting on top..Pls abaikan watermark hokaido chiffon cupcake tuh yang x sepatutnya diberikan nama sedemikian..hahaha ;P



Mudah jek kan resepinya. Bahan-bahan yang digunakan kompem ada kat gerobok dapur rumah memasing..Kali pertama mama buat x sempat nak buat filling..baru keluar oven dah kene serbu ngan anak-anak dan papanya..licin..cancel terus nak buat filling..haha..makan camtu pun dah syok tau..kali kedua, mama baking siap dengan filling sempena wedding anniversary mama yang ke empat..wewit tapi versi inti x sempat nak bergambar..hehe

Papa jemput makan yer...yang lain naufal n ica dah abishhkan..Gomenne..;P hihi


Lepas-lepas ni insyaallah pasti mama akan repeat buat hokaido chiffon cake if  requested by DS and DD hehe....Bukan sahaja sesuai untuk anak-anak malah seisi keluarga ;) cheers..

Selamat mencuba!!

Wassalam..

No comments:

Post a Comment