Thursday, May 22, 2014

Resepi grilled lamb dengan sos magik!!

Assalamualaikum dan hai semua..

Apa lah agaknye trick sos magik yang mama nak cerita dalam entry kali ni..haha..klu nak tahu kenelah skroll sampai bawah.hihi

Sebenarnye ini kisah ahad lepas daa. Pagi ahad yang lepas, ada jamuan bbq di tepi sungai edogawa yang jaraknya lebih kurang sepuluh minit dari rumah kami if berjalan kaki..Bbq kali ni di organize oleh papa and mama riz..Biasanya, klu duduk di luar negara, aktiviti bbq ni memang perkara wajib untuk get together dengan geng-geng malaysian..Masa nilah baru kita berkesempatan nak berjumpe kengkawan dari Malaysia..Klu taknya, walau duduk dekat-dekat pun, klu memasing busy memanjang, memang xberpeluang nak terserempak unless klu ada event tertentu or playdate ke etc etc. So bagi mama aktiviti bbq or potluck mcm ni mmg dpt mengeratkan silaturahim dan harus di teruskan bila balik malaysia nanti..insyaallah...

Bila Organizer dah bersuara nak create event such bbq ni, mulalah gelabah mak enon tak tahu nak bawak juadah apa nanti..Serunuk bila sesekali get to gather ni..Bukan apa, seronok makan dan makan esp bila org lain yang masak..haha..organizer did prepare dua ratus cucuk sate ayam dan daging..very the malaysian crusine kan..tp sampai la ni xdpt bygkan acanner kawan mama boleh cucuk sate sebnyk itu..huhu..pengsan hokeii..sehari sebelum tuh, lepas kami dengar organizer nak prepare sate, so kami dengan rendah diri volunteer nak marinate kambing untuk bbq nanti..Selain tu, mama prepare jugak sedikit kuew tiaw dan sedikit hokaido chiffon kek sempena anvesry kahwin mama dan papa..Kek tuh kira ala-ala appetizer jek siapa yang cepat dia yang dapat..haha, bajet hot lah kan.;) whatever...hehe

Untuk marinate kambing, mama dah lantik chef khas yang bekerja separuh masa dengan mama...kiki..bukan apa sebelum-sebelum ni nye bbq, ada satu brother senpai yang akan marinate kambing dengan resepi tersendirinya..memang sedap dan simple jika sesiapa yang inginkan kelaiinan untuk marinate kambing..So nak kekalkan tradisi punye pasal, kita biarkan chef lelaki yang buat supaya jaminan rasa dan feel yang konsisten...seriously seakan-akan trade mark tau rasa kambing setiap kali ada jamuan bbq kat sini..Disebabkan nak kekalkan tradisi nye, mama calling-calling jiran lama untuk mintak resepi..kihkih

Untuk itu, mama nak sharekan resepi disini supaya tak lapok dek zaman..maksudnya tuh lebih kurang cam tak dilupakan lah resepi itu untuk bakal-bakal junior nanti..hehe..Jom belajar marinate dengan chef nabiru san..

Resepi Grilled Lamb dengan sos magik
Preparation time : 10 minit

Bahan-bahan untuuk 3 keping kambing
  • Kambing
  • 3 sb Sos bbq japanese bulldog brand
  • 3 sb Sos tiram
  • 3sb kicap
  • 2sb madu
  • Blackpaper dan daun rosemary (papa tambah utk sesoning)
Cara penyedian
  1. Selepas kambing dibasuh, pastikan ia dilapkan dengan kitchen towel  supaya tidak berair
  2. Campurkan kesemua bahan dan perapkan satu persatu dan tutup dengan plastic wrap..
  3. Biarkan setengah jam di luar sebelum di perap semalaman dalam peti.
Malam tuh, papa lah paling beria dan excited kat dapur ;) hehe..Eksperiment dijalankan lepas anak-anak mama tido lena..hihi..tak percaya? lekas tengok gambar kat bawah ni..

Chef nabiru san beraksi di dapur domirucoba
Siap sedia untuk diperap..terima kasih chef nabiru san..bertambah sayang lah kalau selalu rajin di dapur camni..;) hihi

marinated lamb

Selamat mencuba everybody ;)

Wassalam..


No comments:

Post a Comment