Thursday, May 29, 2014

Jelajah Tokyo di Legoland Discovery Center : 10 attractions paling best!! ;)



Assalamualaikum..

Ohaiyo Gozaimasu dan hai semua..


Kelmarin, kami sekeluarga berpeluang menerjah Legoland Discovery Center di Odaiba, Tokyo . Actually jelajah kami sekeluarga kali ini adalah sebagai treats sempena birhday abang naufal yang ke tiga, adik ica yang pertama dan juga ulang tahun perkahwinan mama dan papa yang keempat..alhamdulillah. Semua tarikh penting dalam hidup kami dekat-dekat jek..ada baik nye, boleh sekali harung..kikiki ;)

Siapa x kenal dengan LEGO angkat tangan? hehe.. rasa nya semua org pun dah sedia maklum  LEGO tuh acanner rupenyer..klu x percaya cuba tanya mak ayah kita, anak-anak kita confirm semua setuju dengan saya..Paling x pun kita boleh bayangkan lego bricks bendealah  yang kecik2 bila sambung jadilah menara klcc ke, jadi kereta ke jadi binatang and etc etc....and sebagai seorang mama saya akui Lego bricks adalah antara interactive toys yang bagus diperkenalkan untuk anak-anak sejak dari kecil terutamanya dpt tingkatkan motor skill dan imagination skill.DiSe.Tapi ada juga org dewasa yang sangat fanatik dengan Lego dan jadikan ia sebagai hobi mereka..Dasyat penangan lego nih tak kira peringkat umur..hehe.

Dah masuk tahun ketiga kami di bumi sakura, xpernah terfikir nak pergi legoland ni..bukan eksyen tak mahu pergi sebab dekat tapi tulakan eksyen juga lah sebenarnya.hahaha..honestly, before ni kami selalu kata eh xyah lah gi legoland tu, buat apanyer, kat johor ada lagi besaq dan luas. dekat pulak tuh ngan rumak atuk ayah.hmm balik-balik nanti nengok bende yang sama..terpaksa akui yang kami bukanlah peminat lego..haha..Tapi andaian tuh boleh tolak tepi nun jauh-jauh dalam laut,  sebabnye bila sampai jek kat Tokyo LDC semua tuh xseperti yang disangkakan u olls..Seronok sangat terutama sekali bagi mereka-mereka yang travel ke Tokyo dengan anak-anak kecil. Berbeza dengan Legoland di Malaysia, Legoland Discovery Center adalah indoor activity yang sangat cool esp dilakukan tatkala musim summer!! empat jam termasuk tambah tolak tukar diapers anak, bagi makan minum, cranky-cranky, sempat ica nappy sekejap, bagi kami dah cukup puas untuk habiskan masa di sini.

Untuk tiket masuk, sehari sebelum itu, kami dah beli secara online kat website rasmi Legoland Discovery Center sebab nak dapat diskaun lah katakan..hehe..Kalau walk in terutamanya peak hours tiket adalah limited dan x dptlah den nak tolong. Mana-mana tempat attraction pun dinasihatkan pergi off peak hours. Kami beli parent toddler tiket dan satu adult ticket. Adik ica free yehoo sbb under 3 tahun.. ;)


Seharian abam Naufal dan Ica di LDC mmg enjoy and happy sangat.. Abam masa mula jerit-jerit takut xnak masuk. Kelakor lah abam..jakun nampak patung lego dipangggil hantu..kiki..adik ica sempoiiiiiiiii!! Overall kami sekeluarga memanag enjoy dan puas hati dengan semua attraction yang ada di sini..Kami siap buat ranking 10 attractions paling best yang boleh didapati disini..hehooo..

10 attractions paling best yang boleh didapati di Tokyo Legoland Discovery Center adalah :

1.  LEGO 4D cinema ..Masa kami datang ada dua cerita available  iaitu LEGO city (xingat exactly tajuk) dan Legends of CHIMA.

Abam Naufal tengah control takut.kahkahkah
2.  Kingdom Quest Laser Ride. Abam suka main tembak-tembak skeletons untuk selamatkan princess ;)    

Cett, xde seketui gambar dalam simpanan.sobsob..
gambar dari website pun jadilah..
3. Miniland. kat sini kita boleh tengok Tokyo landmark versi miniature dibuat dari LEGO versi siang dan malam..sugoi ne!! Cer teka cer teka tempat ni kat mana? hehe

Liberty Statue, Odaiba
Rainbow bridge, Odaiba
Sensoji Temple, Asakusa
Tokyo Station
Shibuya Crossing
(ada anjing hachiko kat tepi tuh..huhu)
4. LEGO fire academy play structure..Anak-anak mama paling bebas berlari kat sini lah..Tak perlu risau walaupun tiga tingkat sebab struktur die macam cushion lembut kan..

Hilang terus kelibat abam naufal..ish ish,,

abam nak buat tower ke castle eh?
Time to slide..
apa-apa lah anak-anak..
5.LEGO racers : Build and Test..Kat sini pula, abam naufal boleh belajar buat car pastu lumba ngan kengkawan.
Abam pandai ke?
Hasil nukilan papa..Special edition tanduk tuh dari abam naufal..
Ready?
Yeah abam menang!!
6.  Merlin's Apprentice Ride..Macam marry go round jeww..saty-satunya attraction yang kami x naik sbb yang pertama abam x lepas ketinggian 90cm..abam 89cm kot.

Ehsan dari wesite lagi..hehe
7.  Ninjago training camps

8.  Duplo Village. Paling sesuai untuk the beginners or baby for develop building skill




9.  LEGO friends..Mama, abam tak nak ni, ni adik ica nyer..haha.




10.LEGO factory tour..Mula-mula masuk kita akan jumpa factory tour dulu..

Lepas anak-anak dah penat, kami pun balik dah..Lor otw bali tuh, sempat lagi nak capai LEGO kat tepi-tepi tuh..huhu..dah masanya papa, belikan abam dan ica sorang satu..huhu



Sebagai kenan-kenangan..Kami beli magnet photo 800yen, dua tshirt untuk raya tahun depan 1000yen sehelai..yang kuning tug present dapat masa kat pintu masuk..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment