Wednesday, January 15, 2014

Jamuan Akikah dan kesyukuran buat Puteriku

Salam semua..

Entry kali ni mama nak ceritakan tentang majlis akikah buat puteriku. Akikah bermaksud menyembelih binatang seperti kambing sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan terhadap Allah s.w.t.. Ia disunatkan dilakukan pada hari ketujuh kelahiran. Disembilah seekor kambing untuk anak perempuan dan dua ekor untuk anak lelaki sekiranya berkemampuan. Kambing yang disembelih dimasak manis untuk disedekahkan kepada tetamu muslimin dan musliman.

Untuk Marissa, sebenarnya jamuan akikah telah dilaksanakan bulan oktober tahun lepas ketika usianya genap lima bulan. Walaupun agak basi lah cerita ni, tapi mama dan papa sangat bersyukur diberi kesempatan untuk melaksanakan akikah ini dan ia adalah kenangan istimewa untuk mama kongsikan pada anak-anak mama bila besar nanti. 

Selepas sahaja ica lahir, mama dan papa terus simpan hajat kita terus buatkan akikah untuk ica bila balik bercuti di Malaysia nanti. Actually, bukanlah bercuti sangat tau, sepanjang dua minggu tu, papa hadiri conference di kuala lumpur, cikna kahwin di pekan, khatankan marissa di klinik tok mama di Kuantan dan bila balik jhr sempat lagi nak buat jamuan akikah pula..Kata org tuh memang berbaloi-baloilah balik malaysia ..fuhhh memang patah pinggang.

Paham-paham jelah, bila dah masa singkat kan, semua bende pun kira janji ada. Bab paling penting dalam sesuatu majlis akikah nih of cozlah pasai kambing. Nasib lah kambing tok ayah dah booking siap-siap sebelum kami balik malaysia. Bab masak-masak memang tak yah risau, biasnya makngah kami yang take over klu family kenduri. Terus order jeklah kan dengan bajet yang ada dan tetamu yang hadir dan sekian sekian. 

Inilah antara menu-menu disebalik penutup besi tuh :
(Ini yang ingat jeklah)
  • Watak utama Kambing masak ala-ala beriani
  • Nasi jagung
  • Ayam masak merah
  • Acar Buah-buahan
  • beberapa jenis kuih serius mama dah lupa
  • buah dukung
  • bubur kacang
  • air jagung



Ini pula adalah doorgift yang sangat simple sentuhan dari tokmak pekan of coz yang simple tapi sweet. Sama lah macam rupa paras yang sweet, dalam canister tuh pun penuh dengan sweet-sweet dan chocs. Dalam beg kertas tuh pula ada kek buah yang tokmak bwk dari pekan lebih dari cikna kahwin..hehe bakul tuh ehsan dari maklong marissa.


Sentuhan tangan tokmak memang ada magik dan sangat kreatif dalam gubahaan hantran dan doorgift..cayalah..masa saya kahwin dulu-dulu, tokmak yang deko untuk dua-dua pihak tau. Hah, sebut tokmak yang deko mesti semua org ingat hasil macam zaman hantaran dulu-dulu yang klasik kan..haha..takpe, jom kita flashback hantaran mama dan papa pada tahun 2010..kita buat throwbacklah..

Untuk papa tema adalah bunga dip aqua blue..


Untuk mama temanya pula bunga crystal pink..suamiku yang hemsem..

 

Pada saya, hasil sentuhan tokmak mmg berjiwa muda dan mabeles seperti yang diidamkan..Klu kita pandai gubah hantaran sendiri memang banyak kita dapat jimat berbanding kita tempah ngan org lain.

Wah terlebih sudah promo sampai keluar dari tajuk..ok lets back to original story..Inilah antara tetamu yang sudi hadir. Tetamu biasanya dari kalangan ahli keluarga sendiri dan kenalan rapat lebih kurang seratus pax.




Sebelum jamuan makan, kami buat bacaan yassin dan marhaban. Biasa klu marhaban dan akikah bayi kecil tujuh hari jek. Tapi, tgklah baby marissa saya dah lima bulan siap dah boleh duduk..nasib x merangkak sendiri time marhaban nih..hihi


Puteri of the day ;)


Abang Naufal sama sibuk..


Bersilat tangan abg naufal kat tengah tengah manusia..


Tunjuk perasaan sebab masa ni xde sapa nak main ngan die..hihi


Akhir sekali, terdapat banyak cara sebenarnya dalam menyempurnakan aqiqah ni. Semasa Naufal, kami beli dan upahkan tukang masak untuk masakkan kambing. Lepas kambing dah masak sedap sedap, sebahagiannya diagihkan kepada jiran terdekat, pelajar sekolah mahad di pekan dan sedikit jamuan di rumah. Adik-adik di sekolah mahad turut membacakan yassin.  Cuma untuk adik ica, kami ingin buat lain sikit iaitu cara jamuan di rumah. Apa pun caranya jua, mudah-mudahan niat mama dan papa terhajat.

Ahamdulillah majlis aqiqah marissa elyna berlangsung dengan cukup ringkas dan serba sederhana. Terima kasih untuk semua yang hadir dan menyempurnakan majlis ini.

Wallahualam

No comments:

Post a Comment