Friday, January 10, 2014

homemde resepi bayi : Ikan salmon dibakar bersama keju

What Marissa eat?

Salam semua..

Untuk hari ini saya nak kongsikan resepi bayi daripada sumber protin Ikan. Ikan adalah makanan yang paing sesuai diperkenalkan kepada bayi sejak dari usia 6 bulan lagi . Semua pun dah tahu kan, ikan yang kaya dengan omega 3 dan DHA dapat membantu  perkembangan minda bayi anda dan sudah tentunya baik untuk kita jugak;). Antara contoh ikan yang dimaksudkan adalah salmon, cod, tuna dan banyak lagi..Ikan-ikan ini tinggal di laut dalam and syukran memang senang didapati di jepun ni.

Pernah terfikir tak makan ikan-iakan ini boleh meningkatkan mood happy? ahaks..bunyi macam kelakarkan, tapi itulah kenyataan daripada sesebuah kajian dengan erti kata lain gangguan mood x elok atau kemurungan tuh boleh tolak tepi siap-siap. Selain itu ia boleh meningkatkan penglihatan serta membuatkan bayi kita  lebih fokus pada sesebuah objek. Eczema or sensitive skin pun boleh dielakkan..
Percaya atau tidak kenalah cuba makan ikan selalu tau dan buatlah kajian utkanak-anak kita nanti..hehe;) Aiseh terlebih sudah mukadimahnyer..Jom try resepi bayi paling mudah salmon grilled with cheese..

Bahan-bahan
  • Ikan salmon 
  • Lemon
  • Cheese mozarella
Cara penyedian (10 minit)
  1. Ikan salmon dibuang kulit.
  2. Cuci dan perahkan dengan lemon/ air asam jawa
  3. Ambil aluminium foil, letakkan ikan tadi dan taburkan cheese dan 
  4. Sedia untuk dibakar lebih kurang 3 ke 5 minit.
  5. Blendkan ikut keseuaian usia bayi anda
Taraaaaaa dah siap
Puree ikan salmon bersama keju
p/s klu nak ada khasiat daun hijau boleh tambahkan sayur bayam sikit ;)

Mama terliur tau marissa..huhu..Memang sedap dan senang resepi ini untuk dicuba seisi keluarga..kompem klu korang tak suke makan salmon boleh jatuh cinta pass try resepi nih..hehe..Iyelahkan  bukan sahaja bayi yang perlu dihidangkan dengan makanan berkhasiat yang kaya dengan dha dan bla bla.., ia sepatutnya bermula dari sesebuah institusi keluarga..Seeloknya, 3 hari dalam seminggu dapat makan ikan pun kira baik sangat-sangat dah..hehe..Papa bil dengar tuh, papa pun kene makan ikan salmon banyak supaya papa happy selalu, papa xsress dan lebih fokus dlm kerja papa..Insyaallah semoga papa success dlm phd yer ;) amin.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment