Thursday, February 13, 2014

Salji di depan rumahku

Assaalam semua..

Wah terasa lama sangat x update blog. Rasanya nilah first entry yang mama mampu tulis untuk bulan febuari 2014. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis sejuk -sejuk camni. Sekejap sahaja masa berlalu..Bulan februari bakal meniggalkan kita..musim winter pula sudah berada dikemuncaknya..itulah masa, pergi begitu pantas tanpa disedari.

Sepanjang bulan ni mama sibuk dengan tetamu dari malaysia iaitu rombongan Pakngah dan Makngah. Sebelum kehadiran tetamu, sempat juga papa bawa kami sekeluarga pergi bercuti di Nagano. Kalau ada masa nanti, saya akan sharekan trip salji di nagano. Minggu depan pula, kami menantikan rombongan family pekan ..wah padatkan jadual musim winter kali ni..hehe..Apapun tetamu datang dan pergi membawa seribu keberkatn ;)

Sepanjang musim winter ni, bende yang paling ditunggu-tunggu kami sekeluarga mestilah nak berjumpa dengan mr.snow. Tunggu punyalah tunggu, minggu lepas bumi Tokyo dibanjiri kapas putih.Berterusan sampailah hari nih, snow cumil sangat turun kat dpean rumah kami..Teramatlah teruja, bertuah dan jakun bila snow turun..haha. jakun tuh bukan saya seorang, jiran2 sebelah rumah, budak2 kawasan rumah semua enjoy main yuki depan  rumah diorang..Semua pun wajib jakun dan happy sebab yuki hanya turun dua ke lima kali sepanjang musim winter di tokyo. Bayangkanlah bertapa serunuk nyer kami bila yuki turun.

Selain daripada itu, musim sejuk camni, macam-macam penyakit mengundang..Hampir lepas seminggu yuki turun anak anak mama demam, selselma, batuk..Kalah juga budak-budak dengan musim sejuk ni tau..Paling worst marissa sampi hilang suara dan hidung berdarah..fuhh...abg demam reach 40 deg.memang kelam kelibut rumah ni kalau anak-anak sakit..apapun, semga anak-anak mama be strong and get well soon k..dah sehat mama akan bawak jalan-jalan tau..

Untuk Marissa inilah kali pertama ica dapat jumpa snow di deppan rumah.Untuk abg Naufal pula ini dah tahun ke tiga abg main snow depan rumah. Tahun ni jugaklah, tahun terakhir kami sekeluarga nak tengok hujan salji dari tingkap bilik tidur kami..sedihnyer...sob sob sobbing..huhu

Iniah view dari tingkap bilik ..


Inilah rupa bila keluar jek dari pintu rumah..
Putih itu suci.


Basikal kat bawah rumah..


sugoi pakcik kedai pakaian sukan kanak kat bawah rumah buat icon from ice..

Abg Naufal jakun betul siap nak landing kat sofa ice tuh..pastu jerit mama dog!!


Comel sgt naufal amik daun-daun dan batang ka pokok untuk buatkan yukidaruma nyer mata, hidung dan mulut..hehee


Tengok, ni saper punyer kejra kaut salji nak main atas karpet mama!! huhu


We gonna miss u mr. snow!!!

wassalam.

No comments:

Post a Comment