Wednesday, April 2, 2014

Bercuti di gala Yuzawa ski resort, Nigita (part 3)

Assalamualaikum semua..

Bekurun rasanya nak menghabiskan cerita musim winter ni..haha..Hari ni memang dah bertekad nak tutup cerita gala yuzawa walau apa pun jadi and walau bizi mana sekalipun mama dengan rutin hariannya..dah xde sambungan part 4 lagi..haha..sakura dah datang hokei..Sebelum basi kene habiskan cerita ini jugak..

Ok..keesokan hari kami sekeluarga check out dari hotel pas breakfast..Naik bas yang disediakan terus ke Gala Yuzawa Ski resort..Berhangkut lah bagai dengan luggage, stroller dua ketoi anak ke destinasi seterusnya..Bersalji sakkan lah kami tahun ni...hihi

Opps sebelum berangkat tuh, sempat lagi kami berposing sementara tunggu bas..ekeke..bergamnbar untuk jejak kenangan..entah bila dapat datang semula kann..

Ini Ica blur jek..mama apahal kasut saya besar bangat nihh...saya duduk atas air  batu campur ke mama?


Potrait dua beradik jangan dilupakan..


Papa and his lovely daughter..


Eh mana pulok versi picture mama with lovely son? hadoi serius x sempat lah nak capture..huhu..masa tuh bekejar masa, bas dah nak sampai..kes berlari takut kene tinggai lagi dengan bas lah ni ;P


Bas yang kami naik ni adalah bas shuttle yang pihak hotel sediakan..Bas ni just drop kan kami kat station ichigo tempat yang mula-mula sampai or tmpt yang kami akan naik bullet train ke Tokyo bila balik nanti..pas sampai jek station, kami naik lagi satu bas shuttle untuk ke gala yuzawa ski resort pula.

Then, diteruskan dengan naik ropeway pula..beg bagai semua tuh simpan dalam locker yang disediakan..satu locker dalam1000 yen...seronok kan..luas perjalanan luas lagi permandangan..kiki..Inilah rupa ropeway yang kami naik..ala sama macam cable car kat genting higland tuh lah..bezanya surrounding view kat sini ala-ala cerita narnia..hihi


Nengok nilah rupa sebenar abam ketakutan sepanjang dalam ropeway..haha..mama and papa dah siap video kan muka abam yang maha penakut tuh utk abam tgk bila besar nanti..hihi..kita boleh gelak sakkan kat die nanti yer ica..hihi


Cantik tak? cantik ? ada x macam dalam cerita Narnia? ekeke..Subhanallah..


Yeah dah samapi pun kat puncak resort ni..ramai jugak orang walaupun hari weekday..Nampak x kat belakang tuh ada lift kerusi mcm dalam typical cerita filem time winter..hehe..mama kempunan x dapat naik lift tuh sbb safety reason kita kene sewa snowsuit lengkap bagai..ok takpe.dpt bergambor pun jadilah yertak..


Sakkan kan orang main ski..Sakkan x sakkan jangan sampai patah kaki udah lah yer..Ini kes benar kawan kat universiti papa..And for that reasonlah jugaklah papa terpaksa kuburkan niat nak main ski takut-takut patah kaki kene pulak extend semester..siapa yang susah? mama juga..hehe


Berbeza dengan ski resort kat sini lebih meriah dan ramai orang..Tapi untuk the beginners lebih sesuai dok berlatih kat resort sblh hotel kami tuh..xramai orang..boleh lah nak asah skill..haha

For kids pulak kat sini ada dua bahagian..satu sponge bob dan satu lagi just random playground.yang sponge bob tuh, khas untuk budak-budak main ski..kalau setakat main  slide, boleh jek main kat mana-mana janji ada cerun..hahaa

Ica x sesporting abam..haha..Menangis sungguh sebab takut ke sejuk ke tak tahulah..maybe first timer meets salji kot..hehe


  Hoi abam bercekak pinggang kemain ko eh..haha..


Main lah anak-anak sampi korang puas dan letih..


Ini pula satu-satunya eksklusif gambo family akio ;)


Beruang kutub mana tuh? hehe


Sponge bob square pant!..haha mana naufal ?


Last but not least..

.
.
.
.
.
.


Yeah smart sungguh arr papa..inilah gamaknye bila org pekan dtg maen salji..hihi..i love u lahh..muahh.. Gambo kat atas ni saksi eh, penutup sudah musim winter..weehoo..seronok sangat...Alhamdulillah..

Wassalam

No comments:

Post a Comment