Wednesday, April 30, 2014

Happy 1st birthday to my little lady ;)

Assalamualikum semua..

Alhamdulillah..ahad yang lepas iaitu 27 april 2014 genap usia ica setahun..Setahun sudah ica dilahirkan dan dibesarkan di bumi sakura..huhu..sekejap sangat masa berlalu.

Fuhh kalau nak diflashback setahun yang lepas ni mama tengah bergelumang menahan sakit melahirkan ica..hihi..Klu nak bukak cerita kelahiran ica pun mmg panjang berjela-jela..rasanya cam kene bukak special entry untuk cerita kelahiran ica jek nanti..hehe

Sempena dengan birthday ica yang pertama ni, mama memang menghitung hari sejak dari masuk bulan april lagi..Takde apa yang paling menggembirakan mama selain dapat ucapkan selamat hari lahir yang pertama buat anak mama yang tersayang..;) huhu

So far mama dan papa belum lagi berkesempatan untuk buat birthday party untuk ica dan abam naufal lagi..Bulan april tahun ni sungguh papa sangat busy dengan persedian menulis thesis dan pembentangan terakhir kertas kerja.almaklumlah, bulan 9 dah nak balik for good..saat-saat terakhir sure banyak sgt kerja unuk sentuhan terakhir kan...apapun, walau sebusy mana pun papa ataupun mama, walau takde party bush untuk anak-anak mama, kami nak anak-anak mama tahu yang kami sentiasa mengingati dan menyanyangi kamu semua..hoho..

Untuk ulang tahun kelahiran ica yang pertama sebab jatuh nya pada hari ahad so dengan bangganya mengishtiharkan hari duduk rumah ataupun hari jenjalan papa bersama anak-anak..hehe..so mlm sabtu tuh, kami plan nak bawak anak-anak ke Tokyo german village garden utk hari esoknya. Kebetulan di sana adalah minggu terakhir untuk pesta Shibazakura (the most pink flowers).Dah merasa tiga kali musim bunga xpernah lagi berpeluang untuk menjeling shibazakura lagi tau..Jadi, kene lah manfaatkan semaksimum peluang terakhir yang ada huhu..Tu yang terus terlintas, why not klu kita potong kek kat taman tuh nanti sambil bersaksikan shibazakura..wahhh.sound good kan..jeng jeng. terus bergegas lah malam sabtu mama g daiso nak cari prop sikit-sikit janji ada orang kata untuk tangkap gmbr birthday princess mama nanti..semua last minute planning, berkejaran cari barang-barang sampai daiso pun nak tutup malam tuh..huhu..Prop yang mama sempat rembat malam tu adalah birthday banner, topi birthday girl, candle 1 year, bekas cupcake dan tikar piknik..wee hoo jadilah..

Ahad pagi-pagi lepas subuh mama dah bangun...Nak prepare apa-apa yang patut untuk picnic di garden nanti. semangat menggunung untuk mama baking cupcake red velvet sempena birthday ica memang ada dah pagi tuh....Percaya atau tidak, itulah first projek baking cupcake.huhu.cabaran takkan menghalang mama untuk terus baking..chewahhhh...Resepi nyer nanti mama akan kongsikan yer...

Dalam kul satu petang kami sampai di destinasi..Lepas tangkap gambar, posing-posing ngan bunga shibazakura, terus tebar tikar untuk berpiknik..Biasalah tuh kan lepas dah penat, perut pun lapor..mama pagi tuh sempat goreng spagethi jek..hehe..

Hah ni lah dia gambar sekitar picnic birthday ica..serba pink gitew..mementang bunga shibazakura fushia pink bangat, marissa pun abis mama pinkkan satu badan jugak..haha



Cubaan ica untuk rasa cupcake..nyum nyum nyum..


zoom sikit cupcake comot tuh..kikiki


Di belakang tadbir..Abam dan akio the little helpers.. ;) cute kan depa ni..

 

wajah marissa ketika genap usia satu tahun..


Abam sibuk nak pakai topi hello kitty macam birthday die plak..hehe


 Lepas dah kenyang tuh , budak-budak terjun sambung main kat taman permainan..Cardigan pun dah ntah ke mana..baju dah comot bagai..nampak mainan cuaca yang sejuk pun jadi panas..hihi



Walaupun piknik ni tak planning pun pada asalnya, mama and papa rasa enjoy sgt..sebab kan tak planning jugak macam-macam surprise ada hari tuh..mama akio dan hiro pun sempat baking cupcake chocolate..rupanya papa mereka sharing birrthday date ngan ica..wahhh...surpise sangat kan..ada dua set bday cupcakes..sodapppppp wei smpi tak sempat nak snap gambor.,hee

overall, we had really great day!!!

Last but not least..

Happy 1st birthday marissa elyna..
Be my cutest girl in the world and may Allah always bless u..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment