Wednesday, August 27, 2014

Kisah Naufal & Kelas Kumon di Jepun


Assalamualaikum & Ohaio Gozaimasu ;)

Esok genap sebulan setengah  Naufal di kelas Kumonnya. Mama start hantar Naufal ke kelas Kumon masa bulan ramadhan hari tu dan hari ni pula dah nak abis bulan syawal.  Sekejap jek masa berlalu. huhu. Mama sempat selitkan Naufal dalam summer program yang ditawarkan oleh Kumon di mana dpt extra empat kali kelas dengan bayaran normal untuk sebulan iaitu 6000 yen. Kumon ni takde yuran pendaftaran dan any hidden fee. Bila register terus boleh start belajar.

Ini pula kelegkapan belajar semua termasuk dalam yuran bulanan kecuali E-pencil ;)


Bila masa umur naufal genap tiga tahun pada hari kelahirannya mei lepas, mama dah start pasang niat untuk hantarkan naufal belajar or join mana-mana play group. Play group pun xsemudah yang disangkaka untuk di cari di sini dengan kekangan bahasa. huhu.

Bagi mama tak rugi untuk menghantar anak kita menimba ilmu tak kira lah ilmu itu berbentuk fromal or tak formal, apa sahaja bidang ilmu kerana ia sangat meluas. Hasrat mama dan papa tertunda dua bulan disebabkan macam-macam masalah yang tak dapat dielakkan. hihi. Pada mulanya, memang tak sangka Naufal akan join kelas kumon sebab mama selalu fikirkan nak join  kindergarden at least atas empat tahun dan bla bla. Maka, ada kemungkinan naufal x dpt join mana-mana activity disebabkan baru berumur tiga tahun selain daripada hantarkan ke taska. Kadang-kadang mama dan papa pernah juga rasa ahh tunggu jek balik malaysia dan sekolahkan di sana lagi bnyk pilihan.

Sampailah satu ketika, selepas hasrat yang tertunda selama dua bulan, entah macam mana tiba-tiba pada hari yang sama mama hantarkan marissa untuk dapatkan suntikan pnemococal di klinik berhampiran, dapat semangat yang trigger mama untuk menuju ke kumon untuk survey dan buat lawatan tapak. Ketepikan sifat nervous yang x boleh berbahasa nihongo, ketepikan sifat malu kerana saya adalah foreigner dan alhamdulilah bertemu dengan sensei yang mmg fasih berbahasa inggeris dan friendly. Lepas sensei explain what is Kumon all about especially for 3 years old boy like naufal mmg rasa teruja n yakin sgt inilah yg terbaik utk abang. Bila papa balik dan kami berbincang tentang subjek yang nak pilih iaitu english sbg permulaan. Ketepikan pemikiran yang mana "lagi berapa bulan nak balik rugi jek hanto" hihi.. Tak rugi lah sebenarnya sebab percayalah ilmu xpernah rugi klu kita cari. Insyaallah.

Berbalik pada cerita Kumon. Kumon ni disini adalah antara salah satu program after school yang terkenal di Jepun. Ada bnyk lagi program after school daripada syarikat2 lain yang lebih kurang mcm Kumon, ada juga aktiviti bersukan dan sebagainya. Tapi kumon mmg bersepah-sepah cawangannya di sini.

Mengikut pemahaman mama, mudah jek kumon ni lebih pada latih tubi subjek Matematik, english dan Jepun. Macam tusyen tapi bukan tusyen..haha ..Apa tuh? hah, Latih tubi  berbentuk worksheet yang diberikan mengikut potensi dan tahap anak-anak kita sendiri dan kaedah yang digunakan adah untuk develop self learners skill.

Dalam seminggu ada dua kali kelas yang perlu dihadiri Naufal iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Selebihnya, Naufal perlu siapkan homework di rumah. Setiap sessi kelas pula bergantung pada berapa lama boleh concentrate utk siapkan aktiviti yang disediakan pada hari tersebut. Paling cepat dalam setengah jam, paling lama sejam setakat ni. Sememangnya sensei sgt ambil berat tentang pelajar baru mcm Naufal, jadi abang diminta awal sblm kelas bermula untuk menyesuaikan diri. Sementara tggu naufal abis kelas, mama n adik ica sekodeng dari luar or jalan2 kat kedai2 yang berhampiran.

Sebulan yang lalu, hari pertama naufal ke kelas kumon yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Masa tu iras muke nampak happy tapi tak tahulah berapa lama die boleh concentrate nanti..hehee.. Sempat juga berposing ala ninja depan pintu kelas. yeehaa org nak g skool ;) hehe


Hari pertama mama dan papa join tgk abang belajar dan cuba fahamkan apa konsep yang cuba disampaikan. Naufal dicadangkan untuk start dari level satu. Aktiviti pertama naufal buat adalah belajar sesuaikan utk pegang pensel dan start dari worksheet yang paling simple.

Mama sangat suka dengan pendekatan yang kumon gunakan. xde pulak mendesak untuk belajar ABC seperti yang mama sangkakakn utk umur mcm Naufal. Back to basic ikut kesesuain dan potensi individu.


Lepas muka agak dah bosan, belajar vocabulary pula guna E-pencil. Pensil tuh ada lagu-lagu. Bila pointkan kat buku, die akan sebut dan naufal perlu repeat. Macam ni lah rupanya untuk level Naufal.



Sensei akan baca jek walaupun Naufal tak mahu repeat  ke tgk tempat lain ke or bla bla (very shy untuk bercakap or maybe conflict bahasa) . Iyelah atleast dpt dengar pun jadilah. Listen kan part of learning..Tak gitu?  hehe..Klu xdpt concentrate lagi, sensei akan guna kaedah flash card. Mama nya mmg seronok, tapi untuk naufal concentrate mmg sgt mencabar n menguji kesabaran.

Lepas tuh klu Naufal cemerlang dlm kelas dan siapkan semua activiti, dapatlah upah main puzzle heehehe.. Bagi main pun ketat jek mukenye nak abiskan.huhu


Sessi belajar berakhir pun depends pada concentration berapa lama naufal ambil masa untuk siapkan semua worksheet dan buku aktiviti. Paling x sabar bila sensei akan kata, u are done naufal for today and u can go back..haha..Balik rumah siap sedia lah dengan homework yang menimbun..huhu. Homework ni okei sgt bagi mama, sedikit sebanyak ia bagi mama idea mcm mana nak start ajar anak di rumah termasuklah membaca dan latih tubi.




Cabaran mama di Kumon pula adalah bila masa kes naufal meragam di dalam kelas. Moody. Nangis nak balik dan penat..huhu..Nak spend quality time setengah jam pun bukan semudah yang disangkakan..hahaha..Cabaran kedua pula, kita ada destroyer klu mama stay kat dalam kelas. kihkih. Hah ye, ica lah sibuk nak sekolah sekali ;P


So far dah sebulan setengah Naufal di Kumon ada nampak kemajuan walaupun bukanlah drastik tp still mama percaya itu adalah peningkatan dalam dirinya . Antaranya yang paling latest sensei kata naufal dah pandai pegang pensel (sebelum ni start menggunakan crayon) dengan cemerlang and request nak sit like big boy. X mahu dah duduk meja kecik..;P hee. Yang kedua nya paling ketara Naufal yang dahulu nye mulut ada emas, sekarang dah boleh repeat vocab..sangat sugoiii..sensei pun gembira bila Naufal dah ada confident utk berckp serta kenal vocabulary yang disebut. Alhamdulillah..Lepas sebulan kot..;P hihi. Bekenaan dengan latih tubi, Naufal mampu untuk belajar berdikari dan fokus untuk habiskan worksheet sehingga 10 pages. Kalau sebelum ni hanya mamp buat lima dah menangis dudk bawah kerusi..Besyukur sgt dengan perubahan Naufal di dalam kelas ;)


Lepas balik kelas, mestilah kene tuntut upahnye..haishhh. Upahnye sama ada nak man beskal ngan jiran, g playground or paling takkpun teman mama beli  grocery ;)


Jom buat throwback : Naufal start dengan worksheet yang atas paling kiri sekarang dah boleh sambung dotdot.


Inilah contoh worksheet yg abam baru jek buat tadi..menarik dan kreatif ;)


Lepas sebulan join program summer, tebal macam ini yang abang dah buat. Unexpected much but still proud of u  ;). Dulu crayon sekarang dah naik taraf pencil. Sharpener tuh present from sensei for his achievement ;)


Mama bersyukur, rutin harian Naufal sudah mula terisi dengan aktiviti/ homework walaupun hanya beberapa minit . Kalau dulu mama xde idea nak tackle apa yang naufal minat. balik-balik tgk Naufal asyik main game, i pad dan kartun 24 jam. tension juga mama..Huhu. Alhamdulillah, sekarang seminggu dua kali ke kumon, selebih harinya buat latih tubi di rumah.  Skill berbasikal pun dah bertambah laju sejak bawa basikal sendiri ke kumon ;) hehe

Yang pasti kami akan merindui kelas kumon yang hanya tinggal sebulan.

Teruskan usaha anakku semoga berjaya dunia akhirat. Amin.

Wallahualam.

A trip to saloon & Tips mengunting rambut si kecilku Marissa



Hai dan salam semua..Genki des ka?? hikhik

Cerita sehari sebelum raya adalah berkenaan misi menggunting rambut anak dara kami di saloon gunting rambut untuk rambut raya lah kononnye. Jujurnya, ini lah pertama kali anak dara ku trim rambut di kedai. Marissa's first hair cut lama dah masa umur die tujuh hari lagi. First hair cut yang paling special sampai botak licingg..hehe. Sebelum-sebelum ni ada juga dua tiga kali cobaan mama trim rambut kat rumah. Letakkan aja kat kerusi bumbo dan boleh bereksperimen..hehe.. Of coz mama bukan profesional, tapi takat gunting rambut depan ngan belakang bulih lah. Tapi untuk kes nak raya ni, memandangkan rambut ica tumbuh dengan lebat dan tebal sekali, pastu ada senget senget or xde kesekataan ekoran gunting dengan org yang x profesional, jadi mama dan papa decide utk guntingkan di kedai. Ala bukan g kedai saloon kanak-kanak tuh, mama just bawak adik ica g family saloon kat lalaport Nishi Funabashi jek (paling dekat dan murah). family saloon pun sekali potong dah seribu yen tau ica (RM30). Dengan harapan selain ica akan kelihatan lebih cumil di pagi raya dan sbg panduan if mama nak trim rambut adik ica lepas-lepas ni ;) hihi

Sebelum nak bawa pi saloon tuh, berdebar jugak hati takut-takut meragam lah tak moh potong rambut siapa tahu kan. Sebelum ni, mama ada pengalaman bawa Naufal ke kedai gunting yang sama dan masa tuh abang memberontak menjerit tak mahu gunting rambut. Mek jepun ni dah siap sound awal2 klu abang bergerak2 die xnk ambil risiko potong dan akan stop di tgh jalan.. Fuhh sentap jugak masa die ckp camtu. Iye la kan, budak2 bukan tahu apa kan tp kita boleh try what. Experience mama sblm ni masa gunting rambut abang kat rumah, mmg perangai abang akan jerit2, tp kepala die tak gerak. Mula-mula jek, lepas tuh dah dpt tackle mood abam akan ok lagi2 dapat pasang kartun pada tablet or tv. Tapi sebab mek jepun ni kerja kat family saloon bukan special saloon for kids, kurang lah friendly ngan budak2. So trip ke saloon untuk abng cancel hari tuh. Tapi x mematah kan semangat mama untuk bawa adik ica ke kedai yang sama (mcm desperate xde kedai lain nak di bawak) hahaha. Whateverlah kan..

As a result untuk adik ica ialah rambut ica berjaya di potong dengan fesyen rambut yang paling sesuai dengan bentuk kurus mukanya tuh..hehe..Tarra, papa kata dah mcm rambut org jepun plus rambut macam cendawan..wakakkakaka

Rambut ai mcm cendawan cerita mario ke mama?? hihi.. sama ke?


Macam mana adik Ica relax semasa sessi mengunting rambut? hah itulah persoalannya dan mama akan kongsikan tips untuk memotong rambut bayi and toddler yang mama rasakan tips yang berjaya di apply pada ica tapi kene tambah extra point no. 7 untuk abang naufal..hehe

1. Pastikan anak anda kenyang dan cukup tido sebelum ke kedai gunting rambut
2. Bawa gajet seperti i-phone ke i-pad dan seangkatan dengannya supaya anak anda leka dan happy  
3. Boleh juga bawa permainan yang mana klu boleh mainan yang dah lama x di tengok or buku yang menarik perhatian
4. Duduk bersama anak anda supaya si kecil merasakan lebih selamat dan selesa
5. Elakkan mengumpan makanan/snek sebab dikhuatiri tercemar dengan sisa2 rambut yang telah digunting
6. Selfie time ;)

Yeah, alhamdullilah..sekejap jek nak concentrate dan fokus untuk sessi gunting rambut lepas apply tips dari mama seperti kat atas tuh..hihi. Lepas tuh jangan lupa point no 6 untuk selfie. Kadang kala selfie with mama dan daughter semasa menggunting rambut ni adalah moment yang paling bahagia dan sesuai untuk di letakkan dalam  milestone pembesaran anak-anak.


You are done Marissa!! good job ;) muahhhh 100x


Lepas adik Ica selesai guntin rambut, mama n papa cubaah pujuk abam, mai lah potong mcm adik ica tak nangis pun.haissshh susah nak kata klu xnaklah kawapan dari mulut abang. Next time lah kot abang bila dah ready ;) 

Insyaallah semoga bermanfaat klu nak gunting rambut lepas-lepas ni.. ;)

Wallahualam.

Tuesday, August 26, 2014

Aidilfitri 2014 di Perantauan

Assalamualaikum dan hai semua ;)

Selamat hari raya!! eh jap, ada raya lagi kan? uhuk uhuk..raya sebulan kan..Jadinyer, masih tidak terlambat untuk mama melayangkan ucapan khas selamat hari raya aidilfitri kepada sesiapa jua yang sedang membaca blog mama terutama di kalangan kaum keluarga, sahabat handai dan sesiapa jua anda berada..Kalau adalah..Paling tak pun, papa my silent reader sejati kan..hehe..hope naufal n ica bila besar nanti pun ikut jejak langkah papa, always be my favorite ever reader..haha..bunyi macam desperate pula kan..

Di samping itu, sepuluh jari mama hulurkan keampunan jika ada yang terasa or terambil hati dengan mama samada secara sengaja ataupun x sengaja. X sengaja ni macam korang yang tengah baca ni, tetiba tak puas hati ke ngan apa yang mama tulis, i sincerely apologies.

Ok, let me flash back day one of eid mubarak..

Tahun ni merupakan tahun terakhir kami sekeluarga beraya di Jepun. Kalau nak ikutkan pengamalan mama beraya di perantauan, inilah kali kedua mama sekeluarga menyambut lebaran di sini. Kalau ikut papa pula, dah tiga kali beraya di sini. Kami sekeluarga pernah juga pulang beraya di Malaysia utk beraya bersama our big family. All together sepanjang tiga tahun di sini,  sempat bertemu empat kali syawal dan menyambut hari raya pertama di :

Tahun 2011 (ogos) : Papa beraya single di kedutaan besar Tokyo + Mama & abang di Johor





Tahun 2012 : Papa + Mama ( ica in my baby bump) + Abang di Pekan, Pahang.


Tahun 2013 : Papa + Mama + Abang + Ica di kedutaan besar Malaysia, Tokyo


Tahun ini : Papa + Mama + Abang +  Ica  di jeng jeng..di rumah sahaja..sob sob sob..


yup, hari raya pertama memang kami anak-beranak menyambut syawal di rumah. hukhuk..Kisah di malam sebelum raya tuh mama dah masak siap-siap lauk raya iaitu rendang dan ketupat untuk juadah berbuka di ramadhan terakhir juga. Mama xdelah masak meriah macam kat malaysia memandangkan pada hari raya kedua ada tetamu istimewa yang kami import dari Malaysia untuk masakkan lauk raya ;) siape lah tu kan yang sudi beraya di perantaun? mestilah tak lain x bukan tok ayah dan tak ibu, uncle aiman dan pakusu lah yang sudi menziarahi kami disini sambil beraya menyambil juga berjalan2. Haruslah kan.. seronok sangat bila atok2 dtg jepun melawat naufal n ica terutama di hari raya. Terima kasih atok-atok ye memeriahkan hari raya kami dengan kuih raya juga..hihhi

Sebelum subuh mama sempat lagi masak laksa Johor unutk tambah juadah raya selain rendang dan ketupat. Menu wajib mama biasnya lontong n rendang di pagi raya. Tp sebab kes atok nak masak lodeh  hari kedua raya, so mama pendamkan hasrat nak makan lodeh dululah yer.. Laksa Johor pun not bad untuk di makan di pagi raya ;) Papa memang suka makan Laksa Johor yg dimasak ibu mertua saya..memang lazat laksa johor mil saya mmg wajib utk mama menutut ilmu..Masalahnye, nuntut dah lebih 10 kali, confident nak masak tu tarak..asihhh..Tapi sampai bila kita xmahu try masakan kegemaran suami kita kan? hehe..semangat2! Maka nak dijadikan cerita,  semangat tiba-tiba jadi kentai abis nak try masak laksa johor.woot..barang-barang memang semua ada, papa dah belanja barang dapur untuk raya..bergegas juga mama masak sambil dalam hati ni kemain nervous jadi ke x, jadi ke tak..hihi.agak-agaknye?

jeng 
.
.
.
.jeng.
.
.
Tadaaaa..ini lah juadah perantauan pagi raya kami..;) blink blik senyum lebar bila papa kata boleh tahan rasanya.;) haha..ikhlas tak ikhlas tak tahu lar ye..


Bangun pagi-pagi raya tuh pun ade cerita sedihnye juga. Sedihlah kan bila dah plan nak beraya tahun terakhir di embasy tiba-tiba xjadi..semua gara-gara terlajak tidur lepas jadi burung hantu masak laksa johor..hukhuk..pagi tuh masing-masing termenung..memang sentapp sangat beraya kat rumah...pasang tv 1 dengar takbir raya lagi lah bikin hati nak nangis bila hanya ada kami berempat beraya d rumah. huhu..bukan apa, tak pernah rasa beraya selonely ini..hehe..Ala mama tak yah nak sedih sangat lah..Masih ada org tersayang duduk semeja makan kan sudah cukup menggambarkan moment paling istimewa..yupp mmg sgt berharga dan kenangan yang x dapat di lupakan.. Ingat kene sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dilimpahi Allah swt. Insyaallah.

Pagi raya tuh, lepas mandi papa terus menunaikan solat sunat aidilfitri di masjid gyotoku yang berdekatan dengan rumah kami. Naik basikal jek kayuh perlahan-perlahan sampai lah dalam masa lapan minit okei ;) Papa kata balik sembahyang nanti baru makan sama-sama lepas abam , ica dan mama semua dah siap berhias di pagi raya nanti...hehe..

Lepas perut dah kenyang, apa lagi lah kan, sessi wajib bergambar bersama keluarga untuk kenang-kenangan ;)

Model utama adalah :


  
dan adik manis kita sorang ni..




Potret raya kami tahun ini ;)
(gambar ni di ambil masa berkunjung di rumah rakan di Jepun)


Lepas sessi bergambor, kami siap-siap untuk beraya di rumah kawan-kawan. Di pagi raya pertama kami mendapat undangan rumah terbuka oleh tiga org rakan kami di Odaiba,  Urayasu dan Kasai. Sempat mama sanp gambar lauk yang meriah . Bukan sahaja lauk yang meriah, bila dah berkumpul reramai, memenag meriahlah hari raya pertama kami seperti di Malaysia..hihi..

Meriah kan? Lodeh pun ada wok!!


Terima kasih tuan rumah ana zuwaina dan aidil yang sudi menjemput kami dan hidangkan lauk raya yang sedap bangat ;)


Sambung jelajah raya kami ke rumah kedua pula iaitu rumah kak zainab dan abng hanif di Kasai. Special menu raya yang disediakan tuan rumah tentulah masakan japanese by japenese chef tau. Tak ingat apa lah nama hidangan itu, seingat mama cuma mee yang dihidang dengan air batu..kita panggil mee sejuk udah lah ye. 

Abam memang peberet kalau dapat makan mee..Adik pula sibuk ngan you tube..huhu




Jelajah raya pertama pula bersambung ke sessi sebelah malam ke rumah kak mega. Tiada gambar pula yang sempat di ambil..huhu..apapun terima kasih tak terhingga kepada tuan rumah..

Begitulah cerita hari raya pertama kami..Seharian juga lah cerita raya kami di snini. Balik jek rumah pengsan semua anak-anak kepenatan.. Kami pula pengsan kekenyangan..hehe..itu dah mesti ;) Malam tuh kami titur kepenatan dan x sbr utk tggu ketibaan atok keesokan harinya ;)

Apa lagi eh nak cerita pasal raya kami. Hah rasa dah abis dah semua mama sharekan kisah raya kami sekeluarga. Sebagai penutup, biarlah gambar kat bawah ni tolong ceritakan ;) hihihi


Faturing salam perantau di harian Kosmo buat kali pertama ;) hihi.

Wallahualam..