Wednesday, July 9, 2014

Apa yang mesti ada dalam beg bayi saya ;)



Assalamualikum semua ;)

Rasanya kali terakhir mama pakai handbag adalah hari terakhir sebelum adik ica di lahirkan. Lepas je adik ica lahir, mama terpaksa pencenkan perkhidmatan handbag mama dan lantik bag baby merangkap handbag baru mama. Bagi mama bila kita travel bersama baby dan toddler, bag baby memang perkara wajib yang mesti di bawa ke mana sahaja. Pernah juga suatu ketika dulu, masa zaman abg naufal bayi lagi, mama cuba jadikan handbag biasa mama sbg baby bag..tapi at the end, mesti ada barang yang x cukup and kadang-kadang menyebabkan bag tangan kita messy tanpa di sengajakan. Jadi, bagi pendapat mama, beg bayi boleh dilantik fungsinya menjadi beg tangan manakala beg tangan belum tentu boleh dilantik jadi beg bayi..hehe

Sejak menjadi mama, beg bayi pertama mama gunakan adalah dari koleksi super simple dimple dan yang kedua adalah Amanda quilted by babymel. Baby bag dari babymel adalah bag kesayangan mama yang kami beli online through amazon japan  dan mama pakai sampai la ni. Apa yang mama paling suka tentang bag ini adalah sebab bnyk inner poket made from water resistant material, ada sekali disediakan padded changing mat, ada insulated pocket bottle even mama xgunakan dan yang paling mama suka feature stroller strap so that boleh lah gantung kat stroller.

Inilah bag lampin yang telah berkhidmat sama usia dengan adik ica..yup, still sturdy and durable kan..Ruang poket yang bnyk memudahkan mama utk organize segala barang-barang yang perlu di bawa ke sana dan ke mari..hihi


Jom kita lihat apa yang mama sumbat dalam baby bag mama ni sampai menggelembong..Semestinya isi kandungan dalam bag ini berubah mengikut usia anak-anak kita. Since adik ica adalah satu tahun dua bulan dan abg Naufal  pula tiga tahaun tiga bulan, inilah apa yang ada dalam bag tanganku..hihi..Hebatkan beg tangan ku, mama double functionkan with keperluan duo kids sekaligus and my personal belongings.


12 harta karun paling penting dalam diaper bag saya :
  1. Nursing cover 
  2. Diapers
  3. Wet Tissue
  4. Changing mat
  5. Hand sanitizer
  6. Diaper rash cream
  7. Minyak panas bayi
  8. Segala perkakas makanan seperti snack trap cup, straw cup, sudu, plastic ziplock dan etc
  9. Segala snaks dan makanan seperti biskut, cereal, jar food and etc
  10. Pakaian salinan abang dan ica
  11. Sapu tangan
  12. Plastik utk buang dirty diaper ke baju kotor ke
  13. Sorry no space utk mainan abang dan ica..;P  
p/s : Tiada dalam gambar adalah handphohe ku yang tatkala ini tidak berfungsi..hehe

Selain bag ini boleh digantung pada stroller, ia pun boleh digayakan on my shoulder too..hehe.. kat bakul stroller pula penuh sumbatkan baby carrier. Banyak kan barang anak-anak. Bila dh bergelar mama, baru paham kan kenapa seorang mama klu nak keluar jenjalan ambik masa yg paling lama siapkan barang anak-anak sahaja..fuhh..barang-barang anak dah sekian bnyk atas bawah semua nak gantung, belum lagi perihal meyediakan bekal makanan pula yer tak..Its fun actually and always enjoy every moment.. Alhamdulillah, still graeful coz my hubby always help to manage our kids.



Sooner, i will miss my baby bag. When the right time is come, mama have to introduce kids backpack to ica and abam already have one, so each one should  responsible to carry their own loads..haha..and of coz , mama can ask papa to buy new handbag ;) haraplah papa baca..hehuuu

Wallahualam 

Happy fasting!!

Saturday, July 5, 2014

Ikan salmon di bakar rangup bersama homemade sos tartar


Assalamualaikum dan salam ramadhan al mubarak.

Alhamdulillah masih lagi diberi nafas untuk bersama-sama berpuasa  di hari ke 6 di bumi sakura. Cerita semalam buka peti ais jek nampak ikan salmon. Kesian nasib ikan salmon mama kali ini, asyik masuk keluar peti ais sebab kes tak tahu nak dimasakkan apa. hehe..Almaklumlah bila bulan puasa ni, selera nak makan lebih pada masakan ala bazar di Malaysia gitu. Klu masak ikan ini ala barat ke mmg x retilah mama nak suai padankan dengan nasi. Betul ke yang ikan salmon ini x sesuai mkn dengan nasi? Ini semua propa!! haha..

Sebenarnya bagi mama, ikan salmon ini paling sedap dan senang dimasak dengan kaedah grilled sahaja. Tapi takkan lah asyik nak grilled ngan garam jekkan..paling tidak pun nak ader dipping sos ke gravy ke..hehe..Lepastu sambung dok terbayang lagi ni, klu lah ada jual lah ikan ni kat bazar ramadhan, agak-agak ada jumpe ke versi salmon grilled ni? abis tuh nak masak apa ni? Jawapn die, mmg harus bertanya pada makcik google.  Search after search jumpalah resepi dari mak Jepun yang mama rasa praktikal kot untuk menu berbuka ala bazar iaitu ikan salmon di bakar rangup bersama sos tartar. 

Selain daripada itu, bagi mama yg penting sekali, tiap kali bila nak masak, mesti fikirkan masakan yang mama bakal masak ni make sure dpt menangi hati anak-anak. Basically, prinsip mama senang jek, menu yang kita makan biarlah sama dengan anak-anak maybe kita just adjust penggunaan garam ke chili ke..camtulah..

Bukan senang nak tackle selera naufal dan ica, org kata seorang mama kene rajin trial and error dan bereksperimen di dapur utk tahu makanan kegemaran anak anda. Walaupun mereka adik beradik tak semestinya mereka berkongsi makanan kegemaran yang sama. Letih lah mama camni klu dah besar nanti, setiap anak mama order masakan lain-lain..hihi..Sekian mukadimah..Lets masak time..;)

Resepi Ikan salmon di bakar rangup bersama homemade sos tartar

Bahan-bahan

  • 1 cawan bread crumb 
  • 1 sb olive oil - mama gantikan dengan butter/marjerin sbb xde stok olive oil
  • 1/2 tsp garlic powder - mama xletak
  • 1/2 tsp dried thyme or any herb
  • 450g skinless salmon fillet yang dipotong saiz byte dan taburkan garam dan black paper di kedua-kedua belah ikan- bhgin kulit nilah yg crunchy. so mama let it be
  • Freshly ground blackpaper
  • 1/4 all purpose flour
  • 1 biji telur

Mama buat separuh adunan jadi bahan-bahan tuh pun mama separuhkan. Masak ni xapa klu agak-agak janji cukup rasa.Tapi klu kek jgn sekali hentam-hentam..haha

Cara Penyediaan
  • Panaskan oven terlebih dahulu. Kemudian, masukkan bread crumb, butter, thyme dalm kuali dan goreng tanpa minyak sehingga garing serta keperangan macam gambar di bawah ini. Biarkan sejuk dan ketepikan.

  • Lepas tuh kita coating satu persatu macam biasa. Firstly kita coat dengan tepung.
  • Next follow dengan coating with telur pula.


  • Last but not least, kita salut dengan bread crumb yang di sangai tadi dan letakkan terus dlm tray oven.

  • Sedia di bakar dalam oven sehingga salmon masak x perlu lama untuk kekalkan tekstur ikan yang moist bile dimakan. Lebih kurang 20 minit pd suhu 180 darjah.
Ini lah hasilnya untuk budak-budak x puasa abam naufal dan adik ica. Rangup diluar, lembut di dalam..nyum nyum..Sesuaikan klu dijadikan snek untuk anak-anak ataupun lauk untuk bekal anak-anak ke sekolah.hihi



Mama kata makanlah ngan nasi goreng barulah kenyang. Inilah menu berbuka puasa kami yang simple semalam versi budak-budak x puasa..hehe


Untuk mama dan papa yang berpusa, of cozlah ada extra sikit iaitu special homemade dipping tartar sos seperti mcm gambar yang mula-mula kat ats tuh..menarik kan....hehu..Resepinya dan bahan-bahan yang digunakan mudah ajer seperti di bawah. Semoga bermanfaat. Insyaallah.

Resepi homemade tartar sos
by : Mak jepun @ Justonecookbook

Bahan-bahan


  • 2 telur rebus
  • ¼ bawang holand dicincang halus
  • 1 pickle or 7 cornichons/gherkins - mama x letak
  • garam
  • Freshly ground black pepper
  • ½ lemon- mama gantikan dengan cuka masakan
  • 4 Tbsp. Japanese mayonnaise
  • Parsley (optional) 

Cara penyedian
  • Hancurkan telur rebus dalam satu mangkuk besar
  • Bawang yang telah dicincang halus direndam dlm air sejuk lebih kurang 10 minit utk dptkan rasa pahit
  • Tapiskan bawang yang direndam tadi dan keringkan dengan kitchen towel (buat mcm sup bunjut)
  • Masukkan ke semua bahan tadi iaitu bawang yang telah ditoskan, garam, blackpaper, mayonis ke dalam mangkuk besar berisi telur.
  • Gaulkan sebati dan masukkan cuka/perahan lemon
  • Cover dgn plastik dan disejukkan dalam peti ais sehingga digunakan.


Wallahualam..

Selamat bersahur!!

Tuesday, July 1, 2014

Hari ke dua iftar : Ketayap gedik polka dot berinti karipap

Assalamualaikum dan selamat bersahur!!

Alhamdulillah selsesai sudah tiga hari berpuasa. Biasa bulan puasa, mama tidur lepas subuh, jadi adalah sedikt masa untuk mama selit-selit nak share something kat sblog. Bila berpuasa di musim panas, waktu siang lebih panjang daripada malam. Kami berbuka dlm pulul 7 malam, berterawih selepas isyak lebih kurang jam 9 malam dan sahur jam 2 pagi. Papa memang akan tidur dengan anak-anak  tapi klu mama yang terlelap sama, takut terlepas utk bangun sahur pula. Jadi mama lah jadi burung hantu. Hari ni burung hantu x bersendrian ada peneman burung hantu kecik. Siapa lagi kan klu bukan bdk yg selalu thn ngantuk dan x puas hati selagi mama x tido. Tak lain x bukan, ya abam Naufal lah jawapannyer..hihi

Selain dari menu utama kami semalam iaitu nasi putih dan gulai ikan, mama selitkan juga ketayap gedik polka dot..Lagi sedih papa namakan ketayap penuh jerawat..kahkahkah. Disebabkan ada lebih inti karipap semalam dan resepinya ada di sini, mama cuba variasikan penggunaan inti karipap di dalam adunan ketayap pula..Bak kata org tua, jangan membazir walaupun niat awal mama nak buat karipap frozen. Sebab x daya semalam maka adalah lebihan inti unruk hari ini,

Actually, mil mmg expert buat ketayap dengan inti rekaannye sendiri, mmg marvelous. sambil menaip nih telan iur jeklah..gulp. Mana x terliur nya, inti tuh  istimewa bg saya, apa yang mil cuba buat adalah fussionkan inti versi barat dan tradisional..hehe menarik kan..Insyaallah utk entry yang  lain, mama akan share inti ketayap version mil.

So hari ni kita fokus belajar buat batter untuk ketayap polka dot. Lets check it out bahan-bahannya.

Resepi ketayap gedik  polka dot inti karipap

Bahan2 Dadar
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan/susu segar - mama guna susu segar
  • secubit garam
  • esen pandan/4 helai daun pandan- mama tak letak
  • pewarna hijau secukupnya- mama gunakan sedikit pewarna warna kuning
  • 1 biji telur
  • sedikit minyak
  • Untuk polka dot, ambil dlm sesenduk kecil adunan dan campur dg sedikit serbuk coklat.isikan adunan berwarna coklat dlm plastik,gunting kecil dan dot2 atas kuali.
Bahan2 Inti karipap
Bolrh rujuk di sini.

Cara Penyedian
  • Bancuhkan kesemua bahan2 sehingga sebati dan tapiskan bancuhan- mama x rajin nak menapis
  • Panaskan kuali dengan api sederhana lalu lengserkan sedikit minyak
  • Dengan menggunakan piping bag, buat dot2 atas kuali dan biarkan seminit dua
  • Masukkan sesenduk adunan ke dalam kuali dan lenggangkan kuali hingga menjadi dadar yg agak nipis.
  • Biarkan kuih dadar masak. kuih tak perlu dibalikkan. Angkat & letak dalam pinggan. 
Hah inilah hasilnya ketayap gedik janji ada dot. Ada lebihan adunan dadar, mama siap decorate tulisan nama adik ica lah, bama naufal lah pastu lukis kartun ampanman lah..haha.Its fun! hasil die biarlah rahsia..chet padahal xsempat digambarkan..huhu



Wallahualam

Selamat bershur dan berpuasa.